CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pendapatan Tinggi Bayar Petrol Ikut Harga Pasaran - Ahmad Maslan

24-10-2014 09:29 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6647| Komen: 48

Description: Mereka akan membayar harga RON95 mengikut harga pasaran. Misalnya kalau harganya RM2.58 sen seperti sekarang, maka RM2.58 sen lah
Golongan Pendapatan Tinggi Bayar RON95 Ikut Harga Pasaran Mulai Jun 2015


Datuk Ahmad
Maslan
BANGI, 23 Okt (Bernama) -- Harga jualan petrol RON95 bagi golongan berpendapatan tinggi adalah mengikut harga pasaran mulai Jun tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

"Mereka akan membayar harga RON95 mengikut harga pasaran. Misalnya kalau harganya RM2.58 sen seperti sekarang, maka RM2.58 sen lah. Mungkin bila harga minyak dunia turun, maka turunlah. Kalau naik terpaksalah (bayar lebih tinggi)," katanya.

Ahmad berkata golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula akan terus menikmati RON95 pada harga subsidi.

"Sistem ini lebih adil sebab hanya golongan yang layak sahaja akan menerima subsidi," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan taklimat berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) untuk pegawai kanan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta agensi-agensi dibawahnya di sini hari ini.

Harga RON95 ketika ini ialah RM2.30 seliter.

Ahmad berkata mekanisme dan kaedah pelaksanaannya sedang diperhalusi Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sama ada menggunakan MyKad atau kad-kad lain.

Menurutnya sistem yang sama akan turut dilaksanakan kepada pengguna diesel mulai Januari tahun depan melalui menggunakan kad fleet.

Dalam sidang media yang sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata taklimat mengenai CBP itu amat penting supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan perkara tidak benar yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab
.

Katanya penerangan kepada penduduk luar bandar juga akan diperhebatkan bukan sahaja menerusi taklimat ke seluruh negara oleh Kementerian Kewangan sendiri, malahan melibatkan agensi-agensi di bawah KKLW.

Ia penting supaya kefahaman mengenai CBP itu dapat diperjelaskan hingga ke peringkat akar umbi, kata beliau.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 23-10-2014 11:55 PM
jadahnye pendapatan tggi la yg duk bayar cukai tggi2. sungguh ketidak adilan. aku suggest menteri2 je yg bayar petrol ikut harga london. pemegang mykad masih menerima subsidi. Last edited by Orix on 24-10-2014 12:00 AM

Quote clarizsa 24-10-2014 12:44 AM
dan bergembira lagi para kroni yg akn dpt projek yg menelan sekian byk belanja pulak ni...

tahniah ... bijak sgt..
Quote sidewinder 24-10-2014 12:58 AM
baru skrang nak buat ? ada member yg keje ngan company yg ada related(vendor) ngan station minyak petronas cite ngan aku tahun 2006 dia cakap nak implement sistem ni....ni dah 2014.....slow giler org2 tua umno ni buat keje....dah berapa syok warga2 asing dok pakai minyak petrol bersubsidi.....lembap sungguh org2 tua umno nak buat keputusan.....
Quote mummy_vouge 24-10-2014 03:31 AM
Kekdahnye isi minyak tunjuk slip gaji ke?
Quote AHMADVW 24-10-2014 04:55 AM
antara menteri2 yg akan hilang jawatan next pru akAL SINGKAT MCM MACAI,, hrpkan dahi je luass


well
ermm

gosh
Quote vasepecah 24-10-2014 06:10 AM
Erm menteri yg ntah ape
Quote pinkzara 24-10-2014 06:16 AM
bodohnya sistem camni.
camana dia nak trace tu?
susah nak mati besok ni..sbb semasa hidup, tak sudah2 menyusahkan hidup org.
Quote sub5zero 24-10-2014 07:41 AM
Apa la nk pening2 kepala...depa blh wajibkan pengusaha stesyen minyak buat stesyen khas utk pprt.....tulis besar2 kereta bwh 1000 cc dgn moto kapcai 135cc je blh masuk isi minyak.
Quote makneng 24-10-2014 08:16 AM
erm...makin beku otak aku baca idea ni..alahai.
Quote annehuda 24-10-2014 08:25 AM
aku nak kasi cadangan hanya menteri menteri dan ahli keluarga diorg je yg patut bayar petrol pakai harga pasaran. yg tu barulah adil
Quote blackred99 24-10-2014 08:29 AM
dia ni kalo bukak mulut, mmg menyakitkan hati.
Quote isseliparjepun 24-10-2014 08:31 AM
Camne dia berpikir ek? Aku tak paham si Ahmad Maslan ni dengan statement dan akan pikirannye tu. Dia pikir tak rakyat? Aku cadangkan menteri ni bukak forum cari ni utk cermin diri sendrik
Quote goyangpinggung 24-10-2014 08:41 AM
yg meroyan kt sini rasa diri tu berpendapatan tinggi ke? ke ala2 kadar je janji leh sentap
Quote callance 24-10-2014 08:43 AM
bolah lak menteri ni pikir cenggini..
ingat blaja tinggi2 leh dapat gaji besar. tp nak byr loan blajar lg, tax, mnyk mahal..
Quote dondangdendang 24-10-2014 08:49 AM
macamana perlaksanaan nya nanti??
Quote ekod79 24-10-2014 08:57 AM
bagila subsidi kuota 100-200 liter sorang utk sebulan...barula semua merasa
Quote intriQue 24-10-2014 09:02 AM
Ini tidak adil

dah ler income tax dah potong ribu riban bulan2
Quote zjen 24-10-2014 09:07 AM
annehuda posted on 24-10-2014 08:25 AM
aku nak kasi cadangan hanya menteri menteri dan ahli keluarga diorg je yg patut bayar petrol pakai h ...

takde guna punya la,   kuasa ada kat dorang
Quote dragger 24-10-2014 09:23 AM
aku rasa nak implement projek ni pun dah makan jutaan ringgit.. develop system yg bole trace mykad utk setiap pengguna, dgn nak kena install system tu kat setiap petrol pump (berapa byk la plak petrol pump kat Mesia ni) pastu dgn nak maintaining system ni lagi.. mane lagi nak tukar / repair system yg rosak lagi.. banyak betei duit kerajaan mesia ni..

tapi tak tau le klau dpt kat kroni ker... hehe


Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.077021 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top