CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Mohon Sijil Kematian Sosilawati

27-10-2014 02:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11003| Komen: 44

Description: Berdasarkan Afidavit Sokongan, Erwan Suwari Rizuwan Mendakwa Pihak Jpn Memberi Alasan Secara Lisan Bahawa Sijil Kematian Tidak Boleh Dikeluarkan Berikutan Tiada Mayat Dijumpai Dan Individu Itu Akan Di ...
Anak Mohon Sijil Kematian Sosilawati


Kuala Lumpur: Lima anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan sijil kematian wanita itu.

Erwan Suwari Rizuwan Buhari, 28; Md Erwan Nasri, 27; Erni Erinawati Sofea, 25; Erni Rineelawati, 24, dan Siti Nur Fatimah, 17, memfailkan permohonan itu pada 24 September lalu melalui Tetuan Basharuddin Fa'izie Iskandar.

Di dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendaftar Diyana Md Razali menetapkan 25 November ini untuk pendengaran semakan kehakiman di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad.


Kelima-lima mereka memohon perintah bagi membatalkan keputusan JPN bertarikh 25 Julai 2014 untuk tidak mengeluarkan sijil kematian Sosilawati.

Mereka juga memohon suatu perintah supaya JPN mengeluarkan sijil kematian Sosilawati dalam masa 14 hari.

Berdasarkan afidavit sokongan, Erwan Suwari Rizuwan mendakwa pihak JPN memberi alasan secara lisan bahawa sijil kematian tidak boleh dikeluarkan berikutan tiada mayat dijumpai dan individu itu akan dianggap hilang.

Sekiranya tiada mayat dijumpai, seksyen 108 Akta Keterangan 1950 adalah terpakai di mana hanya selepas tujuh tahun surat anggapan kematian akan dikeluarkan.

Menurut Erwan Suwari Rizuwan, terdapat keadaan khas bagi kes ibunya iaitu mahkamah masih boleh sahkan kematian berdasarkan keterangan dan bukti yang diberikan.

Oleh itu dia memohon perintah deklarasi untuk mengesahkan kematian dan mengeluarkan sijil kematian Sosilawati.

JPN dalam surat bertarikh 25 Julai 2014 memaklumkan bahawa pendaftaran kematian Sosilawati hanya boleh dipertimbangkan selepas rayuan kes pembunuhan wanita itu diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Pada 23 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya selepas didapati bersalah membunuh Sosilawati dan tiga individu lain empat tahun lalu.

Pathmanabhan, pekerja ladang T Thilaiyalagan, R Matan dan R Khatavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa membunuh semua mangsa di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara jam 8.30 malam dan 9.44 malam 30 Ogos 2010.

ANAK sulung Sosilawati Erni Dekritawati Yuliana Buhari (kiri) bersama Erni Erinawati (tengah) berbincang dengan peguamnya Kamarudin Ahmad ketika perbicaraan kes bunuh Sosilawati dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2011.

8

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
13

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 21-10-2014 03:06 PM
simpati dgn 5 beradik ni.
Quote fifie_olin 21-10-2014 03:11 PM
dh mati kne gantung ke paria tu
Quote batmana 21-10-2014 03:18 PM
Merepek je jpn. Abis pembunuh tu bunuh sapa?bunuh org yg x wujud ka..
Quote TuntungReturn 21-10-2014 03:21 PM
knp pg mahkmah mesti pkai spek mate itam?
Quote revolusi_30 21-10-2014 03:22 PM
Habis kalau mcm tu pihak tamil pun boleh failkan rayuan la ... Or saman balas ... PaSal mayat tak wujud bak kata JPN
Quote shernazz 21-10-2014 03:23 PM
Banyak urusan tertunggak la ni
Payah beb kali xde sij mati hatta ko mati sume orang tau pon..xguna..sijil mau da
Quote FanTasyCreaTioN 21-10-2014 03:25 PM
Pada 23 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya selepas didapati bersalah membunuh Sosilawati dan tiga individu lain empat tahun lalu.
baru tau ..
walaupun dah jatuh hukum..
pun masih xleh keluar sijil kematian..





Quote Modngengade 21-10-2014 03:29 PM
fifie_olin posted on 21-10-2014 03:11 PM
dh mati kne gantung ke paria tu

tgh tunggu rayuan dikk....selayaknyalah paria2 tersebut digantung....

Quote tentera_laut 21-10-2014 03:30 PM
TuntungReturn posted on 21-10-2014 03:21 PM
knp pg mahkmah mesti pkai spek mate itam?

mata bengkak sebab sedey menangis..
sedey la nak amek sijil kematian ibu..
Quote GhostWalking 21-10-2014 03:30 PM
FanTasyCreaTioN posted on 21-10-2014 07:25 AM
baru tau ..
walaupun dah jatuh hukum..
pun masih xleh keluar sijil kematian..

Putrajaya: Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan lima hari bermula 9 Februari 2015 bagi mendengar rayuan bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang dikenakan hukuman gantung sampai mati atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Aziah Ali menetapkan tarikh itu selepas bertemu dengan peguam mewakili semua perayu bagi pengurusan kes hari ini. Turut bersidang bersama adalah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3277#sthash.Nr8Gwa0m.dpuf
Quote melinda_kerr 21-10-2014 03:32 PM
Kesiannya..dah bunuh org nk merayu..cpt2 lah kau ke tali gantung
Quote jazaa 21-10-2014 03:32 PM
fifie_olin posted on 21-10-2014 03:11 PM
dh mati kne gantung ke paria tu

Blm kott....
Nak bg kurus sikit, klu gemuk tskut tali putus...

Quote GhostWalking 21-10-2014 03:32 PM
tentera_laut posted on 21-10-2014 07:30 AM
mata bengkak sebab sedey menangis..
sedey la nak amek sijil kematian ibu..

roy...roy...hati kau memang romantik roy..(curik dialog)
Quote robertocarbos 21-10-2014 03:33 PM
akta nie diwartakan sebab kekadang hilang selama 10 tahun,
tengok2 muncul, so xnak la jadi macam kes tu,
tapi mcm kes susilawati ni bukti jenayah dah ade and kukuh, so boleh keluarkan sijil kematian
Quote fifie_olin 21-10-2014 03:34 PM
jazaa posted on 21-10-2014 01:32 PM
Blm kott....
Nak bg kurus sikit, klu gemuk tskut tali putus...

kalo x kurus2 gak kasi tembak bleh x...kalo x pon c4 terus....pe de hal kannn

Quote fifie_olin 21-10-2014 03:35 PM
Modngengade posted on 21-10-2014 01:29 PM
tgh tunggu rayuan dikk....selayaknyalah paria2 tersebut digantung....

nape mesti nk rayuan bagai.....sah2 depa yg bunuh kan,...beraya dlm pintu besi lg la nmpknya

Quote jazaa 21-10-2014 03:40 PM
fifie_olin posted on 21-10-2014 03:35 PM
nape mesti nk rayuan bagai.....sah2 depa yg bunuh kan,...beraya dlm pintu besi lg la nmpknya

Buat sekali lepas...dua kali lepas...lelama kena gak...mcm mona fendi....

Ramai yg mati kat tgn paria ni....


Quote Modngengade 21-10-2014 03:41 PM
fifie_olin posted on 21-10-2014 03:35 PM
nape mesti nk rayuan bagai.....sah2 depa yg bunuh kan,...beraya dlm pintu besi lg la nmpknya

sistem perundangan dik....setiap pesalah berhak membuat rayuan katanya....

Quote cupu 21-10-2014 03:41 PM
arwah org kaya.mest byk harta kan.duit dkt bank bagaiklu xde sijil mati,pewaris xleh nk amik dan bhgi pusaka kan?

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.201942 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top