Petani tanam labu bentuk kepala Frankenstein DUA pekerja Dighera membuka bekas khas bagi membentuk labu yang menyerupai watak Frankenstein. LOS ANGELES – Seorang petani berjaya menanam buah labu yang mempunyai bentuk menyerupai wajah watak filem Frankenstein sebagai persediaan sambutan hari Halloween, lapor Mirror Online kelmarin. Petani tersebut, Tony Dighera mengambil masa selama empat tahun untuk menghasilkan tanaman labu berkenaan yang dijual pada harga £75 (RM245) sebiji. Dighera, 53, berkata, buah labu berkenaan dibiar membesar di dalam acuan plastik supaya buah berkenaan mempunyai bentuk menyerupai watak tersebut. “Saya mengambil masa selama empat tahun untuk menanam 27 jenis buah labu dan membelanjakan banyak wang untuk projek ini. “Bagaimanapun, akhirnya saya berjaya menghasilkan labu berbentuk watak berkenaan dan mula mendapat keuntungan daripada hasil jualannya,” katanya. Menurutnya, dia tidak berputus asa walaupun beberapa kali percubaannya gagal dan dia juga hampir kehabisan wang untuk menanam labu berkenaan. “Saya gembira usaha saya selama ini sangat berbaloi dan saya menerima tempahan yang luar biasa sempena perayaan Halloween tidak lama lagi,” ujarnya.
|
nourahfey posted on 16-10-2014 11:16 PM
Petani mesia buatlah durian bentuk PM kita ke,,,satu penghormatan tu,,
encikWawad posted on 16-10-2014 07:04 PM
jepun duk jual square watermelon kemain mahal lagi - kenapa petani mesia tak buat menda yang samaaa
...
siape_aku posted on 28-10-2014 10:36 AM
u think Malaysian would buy square watermelon? I don't think so because I will not buy it....heheh ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
20-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.143784 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.