CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Makan Bersama Gambar Mendiang Isteri

28-10-2014 11:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17994| Komen: 164

Description: Menurut Kenyataan Bashizadah Kepada The Huffington Post, Dia Ternampak Lelaki Tersebut Sedang Menikmati Makanan Sambil Menghadap Gambar Yang Diletakkan Di Atas Meja.
Makan Bersama Gambar Mendiang Isteri

Posting Twitter menunjukkan seorang lelaki warga emas menikmati makanan di restoran makanan segera ditemani gambar mendiang isterinya.


LONDON – BRITAIN. Seorang pengguna laman sosial Twitter, Madinah Bashizadah memuat naik gambar yang menyentuh perasaan menunjukkan cinta sejati  benar-benar wujud.

Bashizadah memuat naik gambar yang menunjukkan seorang lelaki warga emas sedang makan di restoran makanan segera 'In-N-Out Burger' ditemani sekeping gambar mendiang isterinya.

Menurut kenyataan Bashizadah kepada The huffington Post, dia ternampak lelaki tersebut sedang menikmati makanan sambil menghadap gambar yang diletakkan di atas meja.

“Saya andaikan yang wanita dalam gambar tersebut adalah isterinya dan sudah tiada lagi di dunia. Ia sesuatu yang indah, dalam masa yang sama sangat merobek hati saya,” katanya.

Tambahnya, pengunjung restoran yang menyaksikan kejadian itu turut berminat mendengar kisah disebalik gambar dan meminta lelaki itu berkongsi ceritanya.

Lelaki tersebut memberitahu mendiang isterinya meninggal dunia lima tahun yang lalu. Mereka bertemu kali pertama semasa berusia 17 tahun, namun terpisah disebabkan Perang Dunia ke-2.

Difahamkan lelaki tersebut terus mencari wanita tersebut selama 10 tahun. Suatu hari, dia menceritakan kisahnya kepada seorang tukang cukur yang sebenarnya merupakan bapa kepada wanita yang dicarinya. Mereka kemudian berkahwin selama 55 tahun sebelum wanita tersebut meninggal dunia.

Bashizadah memberitahu, lelaki tersebut sentiasa membawa gambar mendiang isterinya itu ke mana-mana sahaja.

Menurutnya, bahagian hadapan gambar tersebut menunjukkan gambar lelaki tersebut dengan mendiang isterinya duduk di sofa . manakala, bahagian belakang merupakan gambar lelaki tersebut bersama mendiang isterinya ketika zaman muda.


1

Bagus
16

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 27-10-2014 03:33 PM
Lelaki malaysia pagi kebumikan bini ptg dah nikah lain
Quote kucingTomey 27-10-2014 03:35 PM
annehuda posted on 27-10-2014 03:33 PM
Lelaki malaysia pagi kebumikan bini ptg dah nikah lain

sapa kata...dekat mesia ada lelaki yang betul2 cintakan pasangan dia...tapi akhirnya pompuan tu pilih org lain....tapi sebab cinta yang suci..lelaki tu tetap berdoa supaya pompuan tu bahagia....bagi dia..cinta tak semestinya memiliki....bagi dia cinta tu adalah melihat org paling dia sayang bahagia tersenyum .....apa yang membahagia kan pompuan tu adalah perkara paling gembira untuk lelaki itu....sob sob sob

Quote spiderman80 27-10-2014 03:35 PM
Saya kalau bekerja outstation dan tidak ditemani oleh isteri tercinta, saya pun selalu saja melihat foto bini saya iaitu Puan Botakchinpeng untuk lepaskan rindu.
Quote annehuda 27-10-2014 03:37 PM
kucingTomey posted on 27-10-2014 03:35 PM
sapa kata...dekat mesia ada lelaki yang betul2 cintakan pasangan dia...tapi akhirnya pompuan tu pi ...

* nak letak ikon muntah tak boleh sbb pakai hp*
Quote kucingTomey 27-10-2014 03:38 PM
annehuda posted on 27-10-2014 03:37 PM
* nak letak ikon muntah tak boleh sbb pakai hp*

tu la pompuan...ade laki baik kata nk montah la...awak terlalu baik la...bila terkawen dengan laki tak bropa elok ..kate sume laki jahat...ini kah keadilan di mesia?/
Quote GhostWalking 27-10-2014 03:39 PM
spiderman80 posted on 27-10-2014 07:35 AM
Saya kalau bekerja outstation dan tidak ditemani oleh isteri tercinta, saya pun selalu saja melihat  ...

Abis Liang-liang kamu nak letak mana?
Quote revolusi_30 27-10-2014 03:40 PM
kucingTomey posted on 27-10-2014 03:35 PM
sapa kata...dekat mesia ada lelaki yang betul2 cintakan pasangan dia...tapi akhirnya pompuan tu pi ...

Dlm tv ada la laki mcm ne ... Kalau real life tak kene santau ada can perempuan ne kene simbah asid or cuka getah ...lol
Quote annehuda 27-10-2014 03:40 PM
kucingTomey posted on 27-10-2014 03:38 PM
tu la pompuan...ade laki baik kata nk montah la...awak terlalu baik la...bila terkawen dengan laki ...

Yelah dh lelaki baik kt malaysia ni samada dah kawen,dah jadi muhrim, dah mati or gay. Silalah pilih yg mane 1
Quote kucingTomey 27-10-2014 03:41 PM
revolusi_30 posted on 27-10-2014 03:40 PM
Dlm tv ada la laki mcm ne ... Kalau real life tak kene santau ada can perempuan ne kene simbah asi ...

pandai2 je kau
Quote cupu 27-10-2014 03:42 PM
kucingTomey posted on 27-10-2014 03:35 PM
sapa kata...dekat mesia ada lelaki yang betul2 cintakan pasangan dia...tapi akhirnya pompuan tu pi ...

ntah...ada jer lelaki mesia yg romantik.

jiran aku bini dia masuk wad lama,psl diabetis.ms hidup mmg romantik gila la.psl aku mmg dekat ngan umh dia,selalu jer dgr dia menjerit2 nm ini dia.pntag xde depan mata.bila bini dia meninggal,kami sefamily kesian sgt.tp xlama lps tu,dia kawen ngan misi yg jg bini dia..cehh..
Quote kucingTomey 27-10-2014 03:42 PM
annehuda posted on 27-10-2014 03:40 PM
Yelah dh lelaki baik kt malaysia ni samada dah kawen,dah jadi muhrim, dah mati or gay. Silalah pil ...

neh yang tengah menaip neh...dia tak kawen lagi ...dia tak shemale...dia tak mati dan dia tak gay......jadi pilihla dia
Quote bellaa 27-10-2014 03:43 PM

Quote revolusi_30 27-10-2014 03:43 PM
kucingTomey posted on 27-10-2014 03:41 PM
pandai2 je kau

Salu akak tengok metrosex banyak cite2 Cintaku Ditolak berakhir dgn tragedi ... Hahaha
Quote helle 27-10-2014 03:43 PM
kucingTomey posted on 27-10-2014 03:35 PM
sapa kata...dekat mesia ada lelaki yang betul2 cintakan pasangan dia...tapi akhirnya pompuan tu pi ...

pengalaman sendiri ke dik...bertabahlah..

Quote GhostWalking 27-10-2014 03:43 PM
kucingTomey posted on 27-10-2014 07:38 AM
tu la pompuan...ade laki baik kata nk montah la...awak terlalu baik la...bila terkawen dengan laki ...

itu hang kucingtomey.ni side2 yang dah kawin.aku nak defend laki pun takleh sebab ada benarnya.Petang terus kawin tu idok le tapi lepas beberapa bulan dan ngam2 setahun memang ramai.umur ala2 50-60an hokkeyyy
Quote NIXAR 27-10-2014 03:43 PM
dulu ada kan cite pakcik tu tiap2 hari ziarah kubur arwah bini dia. ada thread kt ci ni dulu
Quote kucingTomey 27-10-2014 03:44 PM
cupu posted on 27-10-2014 03:42 PM
ntah...ada jer lelaki mesia yg romantik.

jiran aku bini dia masuk wad lama,psl diabetis.ms hidu ...

tu romantik ke bana tu bang??

Quote kucingTomey 27-10-2014 03:46 PM
helle posted on 27-10-2014 03:43 PM
pengalaman sendiri ke dik...bertabahlah..

pengalaman bang kucem la bang kucem tulis...pengalaman org wat pe bang kucem nak tulis dik
Quote annehuda 27-10-2014 03:46 PM
kucingTomey posted on 27-10-2014 03:42 PM
neh yang tengah menaip neh...dia tak kawen lagi ...dia tak shemale...dia tak mati dan dia tak gay. ...

*nak letak ikon kentut xboleh sbb pakai hp*

Lihat semua komen(164)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.322048 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top