CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Zul Ariffin Nafi Ditaja Kekasih

28-10-2014 03:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12425| Komen: 32

Description: "Selepas Gayatri Memuat Naik Gambar Kereta Berkenaan Di Instagram Kakak Saya Memuat Naik Gambar Kereta Saya Dan Kekeliruan Timbul Sebab Kereta Berkenaan Kelihatan Sama.
Zul Ariffin Nafi Ditaja Kekasih

Kehidupan Zul Ariffin bukan ditaja oleh kekasih.



PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin menyangkal dakwaan kononnya hidupnya ditaja oleh kekasihnya, penerbit Gayatri Su-Lin Pillai agar dapat menikmati kehidupan mewah termasuk memiliki kereta jenis Maserati.

Zul, 28, bagaimanapun tidak terkilan dengan tuduhan berkenaan kerana menganggap ia perkara biasa yang terpaksa dilalui oleh anak seni sepertinya.

"Semua yang saya miliki sekarang adalah hasil titik peluh saya malah pakaian untuk penggambaran pun saya beli sendiri dan isu ditaja oleh Gayatri tidak timbul kerana saya tidak pernah mengharapkan sebarang 'tajaan' daripada sesiapa pun.

"Kereta Maserati yang didakwa dia belikan untuk saya tidak benar dan lebih baik dia beli untuk dirinya sendiri sebab dia yang minat kereta itu," katanya kepada mStar Online.


Bagaimanapun Zul tidak menafikan dia ada membeli sebuah kereta baharu jenis Audi beberapa minggu lalu dan kekeliruan timbul apabila Gayatri memuat naik gambar kereta Maserati di Instagram miliknya sehingga menyebabkan salah faham sesetengah pihak.

Jelas Zul, dia terpaksa menjual motosikal berkuasa tinggi dan sebuah trak miliknya untuk membeli kereta tersebut dan bukannya atas bantuan kekasihnya itu.

"Selepas Gayatri memuat naik gambar kereta berkenaan di Instagram kakak saya memuat naik gambar kereta saya dan kekeliruan timbul sebab kereta berkenaan kelihatan sama.

"Orang mungkin tidak tahu bagaimana cara saya hendak beli kereta idaman saya itu dan terus membuat spekulasi apabila melihat gambar di Instagram," katanya.

Tambah Zul, biarpun sudah mempunyai kereta baharu namun dia tetap menggunakan kereta MyVi untuk ke lokasi penggambaran kerana ia lebih fleksible dan menjimatkan.

Dalam perkembangan lain, Zul kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri berjudul Istikarah Cinta begandingan bersama pelakon baru Faey Khusyairy.

Selain itu, Zul juga bakal bertindak sebagai pengacara bersama Anugerah Skrin 2014 yang akan diadakan pada 7 November depan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepitsiput 27-10-2014 10:41 PM
dia ni ada bakat jadi gigolo
Quote cemolot 27-10-2014 10:50 PM
species umang-umang detected
Quote helmeita 28-10-2014 08:07 AM
aduh isu ni tak abis abis lagi ker....... takut nama tenggelam ker... maklumlah drama 200% dah habis.. hahahahahaahahahahah
Quote tomet05 28-10-2014 09:55 AM
semogaberbahagia lah kan
Quote moxes 28-10-2014 10:09 AM
zul ariffin who? sorrylah..dah outta date!
Quote katakau 28-10-2014 10:17 AM
tak minat dia..sekian..
Quote tigerads 28-10-2014 10:40 AM
beli kete mahal2...pakai myvi gak ke hulu ke hilir...typical....jenis suka trophy wife nih kot..
Quote mylmor 28-10-2014 12:23 PM
tigerads posted on 28-10-2014 10:40 AM
beli kete mahal2...pakai myvi gak ke hulu ke hilir...typical....jenis suka trophy wife nih kot..

myvi kan jimat minyak..pastuh senang nak cilok...kalau p travel jauh2 baru bwk audi dia kot...
tapi..kesian kat gaya.....
Quote zafira 28-10-2014 12:26 PM
lantak pi lah... dah girlpren banyak duit... dah CINTA... semua pun boleh... nak gadai suar dalam pun boleh...
Quote chaintea 28-10-2014 12:28 PM
ok..iols caya statement u zul

sbgmana iols caya bulan tu segi empat bentuknya
Quote amyainsamad 28-10-2014 12:29 PM
so???? lantak dia la
Quote tigerads 28-10-2014 12:32 PM
mylmor posted on 28-10-2014 12:23 PM
myvi kan jimat minyak..pastuh senang nak cilok...kalau p travel jauh2 baru bwk audi dia kot...
ta ...

ku relakan jiwa konsepnya si gaya tu...
Quote mylmor 28-10-2014 12:41 PM
tigerads posted on 28-10-2014 12:32 PM
ku relakan jiwa konsepnya si gaya tu...

gaya ni patut cari yang lain jek
muke ade walaupun kertu...duit ade...


Quote Nurul8001 28-10-2014 01:37 PM
taja ke tak taja ke..lantak kanlah..diam2 je sudah..

sapa2 yg nak percaya bahawa dia ditaja, takkan berubah pendapat dengan pernyataan ni..

sapa2 yg tak terfikir pasal penajaan ni, boleh jadik dah tau pulak..

fokus je lah pada kerjaya..dia ni dah tak perlukan isu2 mcam ni untuk naik..sebab dia dah ada pakej untuk jadik pelakon..
Quote bambimbom 28-10-2014 01:44 PM
Memang la tak ditaja.. tp disponsor.. wah byk duit dia beli moto besar la.. truck la.. padahal dolu2 blakon pn ala2 je..
Quote tinkiwinki 28-10-2014 04:26 PM
bambimbom posted on 28-10-2014 01:44 PM
Memang la tak ditaja.. tp disponsor.. wah byk duit dia beli moto besar la.. truck la.. padahal dolu2 ...

kaaann. suspicious sungguh. iolls minat dia ni berlakon. tapi banyak benor gossipnye kekadang meluat laks.
Quote putehkundor 28-10-2014 04:51 PM
Jadi yg sebetulnya...dia ada 2 kereta- myvi dan Audi mok.

Maserati tu rogayah yg punya...gituhhh....

Nak pi mana2 dia bawak myvi jah sebab jimat...sbb minyak naik....gituhh..
Quote honeybee80 28-10-2014 04:54 PM
muka hensem tp playboy..nasib ko laa gayah tampung biawak hidup..janji ada laki kan
Quote shara154 28-10-2014 05:04 PM
Maserati ke audi kereta dia?
Huhu fishy je, kaya gila baru top 1 drama.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.269688 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top