CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pagar Cuba Dirempuh, Anggota Polis Dibaling Telur

29-10-2014 06:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2238| Komen: 0

Description: Salah Seorang Daripada Mereka Mendakwa Terdapat Anggota Polis Yang Bertindak Menendang Salah Seorang Ahli Daripada Kumpulan Penyokong Itu Dan Menuntut Supaya Anggota Polis Memohon Maaf.
Pagar Cuba Dirempuh, Anggota Polis Dibaling Telur

Anggota polis menghalang penyokong-penyokong Anwar yang cuba merempuh pagar penghalang.

   
PUTRAJAYA: Berlaku kekecohan di luar Istana Kehakiman, di sini, apabila sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba merempuh besi penghadang yang dipasang pihak berkuasa.

Kekecohan berlaku kira-kira 10 minit sebelum prosiding hari kedua yang berhenti rehat disambung semula pada pukul 2.30 petang Selasa.

Ia bermula apabila kumpulan terbabit memukul poster Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan kasut beramai-ramai sebagai tanda protes.

Tidak lama kemudian beberapa lelaki daripada kumpulan terbabit meluru ke arah penghadang besi yang dikawal pasukan keselamatan dari bahagian dalam dan cuba merempuhnya.

Salah seorang daripada mereka mendakwa terdapat anggota polis yang bertindak menendang salah seorang ahli daripada kumpulan penyokong itu dan menuntut supaya anggota polis memohon maaf.


Sedang anggota keselamatan mengawal rempuhan, salah seorang anggota polis terkena telur yang dibaling dari arah belakang.

Kekecohan tersebut akhirnya dileraikan oleh anggota parti yang lain.

Tidak cukup dengan itu, kumpulan terbabit juga bertindak membakar poster Mohd Saiful.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=836831&extra=page%3D1&page=11
10

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
13

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.030229 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top