CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Ultraman Turun Ke Malaysia!

30-10-2014 10:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13990| Komen: 102

Description: Sepanjang 'Roadshow' Berlangsung, Peminat Boleh Menonton Siri Kegemaran Mereka Itu Di Skrin Plasma Yang Disediakan.
Ultraman Turun Ke Malaysia!


BERMULA 27 Oktober hingga 9 November 2014, karakter adiwira terkenal Jepun, Ultraman dan watak jahat siri tersebut, akan membuat penampilan khas di Pavilion Kuala Lumpur, sempena persembahan ‘Ultraman Live in Genting 2015’ di Resorts World Genting pada 19 Februari 2015 nanti.

'Roadshow' selama dua minggu ini akan menampilkan ahli keluarga terbaru Ultraman yang baharu menyambut ulang tahun ke-50 siri terbitan Tsuburaya Production, iaitu Ultraman Ginga.

Selain itu, dua lagi karakter siri tersebut, Ultraman Zero dan Ultraman Tiga akan turut serta sebagai satu pasukan untuk beramah mesra bersama peminat.

Sepanjang 'roadshow' berlangsung, peminat boleh menonton siri kegemaran mereka itu di skrin plasma yang disediakan.

Malah, peminat berpeluang mengambil gambar bersama karakter siri berkenaan di lokasi terpilih Pavilion pada masa yang ditetapkan.

Selain itu mereka  juga berpeluang menyertai peraduan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Persembahan ‘Ultraman Live in Genting 2015’ yang bakal berlangsung pada 19 Februari hingga 22 Mac 2015 itu membawa keseluruhan produksi daripada Jepun.

Malah akan menampilkan ramai lagi watak Ultraman termasuk Ultraman Seven, Taro, Mebius dan Cosmos, serta dua raksasa kaiju.

Peminat siri ini boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan tersebut semasa road show itu nanti. Harga tiket bermula daripada RM48 sehingga RM88, dan pembeli terawal akan menerima diskaun sehingga 30 peratus.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangcomel 29-10-2014 05:49 PM
watak jahat tu godzilla ke
Quote alesandra 29-10-2014 05:56 PM
yg diharamkan dulu tu menda?komik?
Quote mattzzx 29-10-2014 06:24 PM
Budak2 mesti suka ni......
Quote Vellfire 29-10-2014 06:27 PM
mattzzx posted on 29-10-2014 06:24 PM
Budak2 mesti suka ni......

Huhu nak budak2 suka..terpaksalah bapa budak ajak budak tengok ultraman
Quote shernazz 29-10-2014 06:28 PM
Zaman aku skola ialah ultraman ace
Ape khabar agaknya beliau
Dh kawen ke blom tah
Quote mattzzx 29-10-2014 06:29 PM
Vellfire posted on 29-10-2014 06:27 PM
Huhu nak budak2 suka..terpaksalah bapa budak ajak budak tengok ultraman

Tapi bapa budak pening kerana budak nak beli toys ultraman....

Quote mak_wa95 29-10-2014 06:31 PM
hahahaha..best
Quote Vellfire 29-10-2014 06:35 PM
mattzzx posted on 29-10-2014 06:29 PM
Tapi bapa budak pening kerana budak nak beli toys ultraman....

Haha mesti dah byk ultraman kat rmh kan?
Teringat masa my boy masih kecik
baju, toys, beg nak semua ada gambar ultraman
Tv kat rmh tu pun asyik main citer ultraman jer

Quote mattzzx 29-10-2014 06:40 PM
Vellfire posted on 29-10-2014 06:35 PM
Haha mesti dah byk ultraman kat rmh kan?
Teringat masa my boy masih kecik
baju, toys, beg nak se ...

Mmg suka sangat Ultraman ni....mungkin cita2 bila besar nanti pun nak jadi Ultraman....hehehe

Quote tanganbercakap 29-10-2014 06:42 PM
budak2 suke sangat...kite yang besa ni tengok dok nak tegelak je rase
Quote ninja boy 29-10-2014 06:51 PM
ai tak faham kenapa ramai minat utraman yang sah2 pakai sarung topeng aja dan dinosor itu semua pakai topeng pakai patung palsu, rumah2 bangunan2 palsu dibuat dari kertas, mmg budak2 dulu2 kena tipu bulat2 tgk ultraman. sib baik aku x minat ultraman sbb mutu rancangan murahan pakai kertas pakai patung gituh
Quote Vellfire 29-10-2014 07:20 PM
mattzzx posted on 29-10-2014 06:40 PM
Mmg suka sangat Ultraman ni....mungkin cita2 bila besar nanti pun nak jadi Ultraman....hehehe

Haha lawak
Ko restu lah eks anak jadi ultraman
ada satu peringkat nanti dia tak akan minat ultraman lagi
Quote Vellfire 29-10-2014 07:22 PM
ninja boy posted on 29-10-2014 06:51 PM
ai tak faham kenapa ramai minat utraman yang sah2 pakai sarung topeng aja dan dinosor itu semua paka ...

Bila dah besor takdernya nak minat kat ultraman lagi
Ultraman ni utk budak bawah 6 tahun jer
Quote Vellfire 29-10-2014 07:22 PM
tanganbercakap posted on 29-10-2014 06:42 PM
budak2 suke sangat...kite yang besa ni tengok dok nak tegelak je rase

Layan gitu2 jerkan
Quote perang_candu 29-10-2014 10:41 PM
ultraman ni beri mesej moral yg baik kepada kanak kanak.. iaitu kuasa baik menentang kejahatan. semua kanak kanak nak jadi belah baik..
Quote JDT 29-10-2014 10:47 PM
Vellfire posted on 29-10-2014 06:35 PM
Haha mesti dah byk ultraman kat rmh kan?
Teringat masa my boy masih kecik
baju, toys, beg nak se ...

Anak saya yang bongsu tu perempuan tapi minat sangat ultraman..siap download sendiri yang berbahasa jepun..berpuluh episod...adoila..
Quote ChildrenOfBodom 29-10-2014 10:59 PM
bdk2 terencat ja tgk ultraman
Quote dauswq 29-10-2014 11:02 PM
mod @bzzts mesti suka ni
Quote lavaroyel 29-10-2014 11:02 PM
ChildrenOfBodom posted on 29-10-2014 10:59 PM
bdk2 terencat ja tgk ultraman

lu tak tgk pun terencat gak...aper citer?

dilahirkan segitu ke?




Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061897 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top