CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Liwat Anwar : Sekitar Istana Kehakiman Lengang

30-10-2014 01:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 1906| Komen: 0

Description: Turut Diletakkan 'Notis Dilarang Menjaja Tindakan Kompaun Dan Sitaan Uuk3 Akta Kerajaan Tempatan'.
Keadaan sekitar Istana Kehakiman lengang pagi ini


PEKARANGAN kompleks Istana Kehakiman, di sini lengang pada hari ketiga rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan liwat yang didengar di Mahkamah Persekutuan, hari ini. - Foto BH Online

PUTRAJAYA: Pekarangan kompleks Istana Kehakiman, di sini lengang pada hari ketiga rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan liwat yang didengar di Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Tinjauan BH Online setakat jam 9.30 pagi tadi mendapati, hanya petugas media dan kira-kira 50 penyokong Anwar berkumpul di luar pekarangan bangunan menempatkan Mahkamah Persekutuan itu.

Anggota polis dan RELA bagaimanapun meneruskan kawalan ketat dengan menempatkan anggotanya di sekitar kompleks Istana Kehakiman dan menyaring mereka yang masuk ke dalam kawasan mahkamah.

Beberapa jalan turut ditutup di sekitar Putrajaya untuk memberi laluan kepada persiapan penganjuran Festival Kesenian Islam 2014 yang akan berlangsung pada 1 November ini.


Perbadanan Putrajaya juga turut menutup beberapa lokasi di sekitar Istana Kehakiman dipercayai bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.

Kawasan di tepi Istana Kehakiman itu dipasang pita kuning bagi menghalang penjaja berniaga di kawasan itu yang mula berniaga sejak semalam.

Turut diletakkan 'Notis dilarang menjaja tindakan kompaun dan sitaan UUK3 Akta Kerajaan Tempatan'.

Semalam Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat memberi amaran kepada penjaja yang membuka gerai makanan dan minuman tanpa kebenaran PPj di situ supaya menghentikannya sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang.

Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan terakhir Anwar, 67, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, Anwar tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dan terus memasuki kamar mahkamah untuk perbicaraan.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=836831&extra=page%3D1&page=15
6

Bagus
14

Marah
11

Terkejut
16

Sedih
13

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.034753 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top