CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Peniaga Bogelkan Pencuri

30-10-2014 05:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4799| Komen: 17

Description: Pemilik Kedai Itu Mulanya Menarik Pakaian Yu Sebelum Menanggalkan Colinya Dan Mencampakkannya Ke Jalan Raya.
Peniaga Bogelkan Pencuri

Zhejiang: Seorang wanita hampir ditelanjangkan di khalayak ramai selepas baju dan colinya ditanggalkan oleh seorang peniaga yang menangkapnya mencuri.

Peniaga berkenaan dirakam bertindak demikian oleh orang ramai di bandar Wenzhou di wilayah Zhejiang, timur China, semalam, selepas dia menangkap wanita berkenaan, Yu Chung, 28, mencuri pakaian di kedainya.

Pemilik kedai Mei Hsueh, 39, yang berang dengan perbuatan Yu, memberitahu polis, dia menanggalkan baju dan coli Yu kerana mahu mengajar dan menghalang dia melarikan diri.

“Pencuri ini cuba mencuri pakaian saya. Kerana itu saya mengambil pakaiannya pula supaya dia akan berfikir dua kali sebelum mengulangi perbuatan itu.

“Saya juga mahu menjadikan kejadian ini pengajaran kepada semua pencuri lain,” kata Mei.

Pemilik kedai itu mulanya menarik pakaian Yu sebelum menanggalkan colinya dan mencampakkannya ke jalan raya.

Satu gambar dirakam menunjukkan wanita muda itu jatuh ke lantai sambil memaut kaki peniaga itu dan merayu colinya dikembalikan supaya dia boleh menutup dirinya daripada orang ramai.

Jurucakap polis Chi Tuan berkata, Yu ditahan dan akan didakwa dengan tuduhan mencuri sementara tiada tindakan diambil terhadap Mei. 

YU merayu supaya coli dan pakaiannya dikembalikan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 30-10-2014 02:18 PM
lengan pencuri...
Quote amyainsamad 30-10-2014 02:43 PM
mencuri lg...body hot
Quote kejoraria 30-10-2014 02:44 PM
baru dia kena buku dgn ruas
Quote matahari7001 30-10-2014 02:50 PM
adoi kejamm jugak..tak sampai hati nk tengok gambar tu 2 kali!
Quote uhuStic 30-10-2014 03:17 PM
maskulin pencurinya
Quote edmundo 30-10-2014 03:19 PM
Whoa...masuk gym ni.
Quote edoraixora 30-10-2014 03:22 PM
kejam pulak rasenye
Quote mattzzx 30-10-2014 04:42 PM
Satu pengajaran yang cukup bermakna untuk dia....
Quote cikatilia 30-10-2014 05:25 PM
lahai
tu la sapa soh curi2
Quote mattzzx 30-10-2014 05:29 PM
cikatilia posted on 30-10-2014 05:25 PM
lahai
tu la sapa soh curi2

Tak ada duit tapi nak bergaya juga......

Quote AcikLijah 30-10-2014 09:57 PM
padahal peniaga tu mmg kaki sangap nk tgk gadis bogel... alasan mcm cis!
Quote encikWawad 30-10-2014 10:05 PM
pempuan ke shemale ni - lengan maskul sebatu leh detect - ya hampon
kenapa tak tumbuk je peniaga tu - amik balik coli sheols -
Quote gaza 31-10-2014 12:04 PM
.......
Quote donut_1752 2-11-2014 01:18 AM
klo kt indon..dah ne bakar
Quote enchikfitz 2-11-2014 09:27 PM
Ganasnya..tapi selayaknyalah. Malaysia dah buat dah. Mungkinkah ambil idea dari sini juga?
Quote fizroy 3-11-2014 01:17 PM
nk kata padan muka pon xsmpi ati.....
Quote arira_arora 3-11-2014 05:04 PM
hurm.... nk expect ape kt chinaaaaa

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.055066 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top