CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Wafa Abdul Kadir Bertarung Nyawa Jalani Pembedahan

31-10-2014 11:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15232| Komen: 49

Description: Wafa Pernah Berlakon Dalam Filem Azizah The Legend Dan Drama Pasukan Gerakan Khas. Pada 1993, Wafa Pernah Dicalonkan Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (Abpbh).
Wafa Abdul Kadir Bertarung Nyawa Jalani Pembedahan



PETALING JAYA: Penerbit dan pelakon Wafa Abdul Kadir, 48, terpaksa bertarung nyawa selepas melalui pembedahan besar bagi membetulkan tulang lehernya kesan daripada kemalangan dua tahun lalu.

Rakan baiknya, aktres, Betty Banafe berkata, Wafa telah menjalani pembedahan tersebut pada Selasa yang mengambil masa kira-kira tujuh jam bermula pukul 11 pagi di Pusat Perubatan Tropicana di sini.

"Alhamdulillah, lega hati saya apabila suaminya memberitahu pembedahan yang dijalani itu berjaya dan keadaannya stabil. Saya difahamkan, besi yang dipasang pada tulang leher Wafa pada dua tahun lalu tidak dimasukkan dengan betul dan kerana itu ia telah memberi kesan kepada organ lain.

"Oleh itu doktor terpaksa membuang semula besi tersebut dan membetulkan tulang leher itu. Ia merupakan satu pembedahan yang merumitkan," katanya yang dihubungi mStar Online  di sini pada Rabu.


Betty telah memuatnaik foto keadaan Wafa selepas menjalani pembedahan di Instagram miliknya.


Tambah Betty, berdasarkan perbualannya dengan Wafa sebelum ini, aktres itu memaklumkan risiko terhadap pembedahan tersebut, sama dia boleh sembuh ataupun sebaliknya.

"Wafa memberitahu saya, jika dia tidak menjalani pembedahan, dia bakal berdepan dengan risiko hilang nyawa. Sekiranya menjalani pembedahan pula, kesannya juga tetap sama.

"Dan andaikata Wafa selamat, dia mungkin akan lumpuh, hilang peti suara atau tempoh masa untuk sembuh akan memakan masa yang sangat lama. Jadi dia mengambil pendekatan untuk meneruskan pembedahan itu," ujarnya yang meminta doa daripada semua pihak untuk kesejahteraan sahabat baiknya itu.

Wafa pernah berlakon dalam filem Azizah The Legend dan drama Pasukan Gerakan Khas. Pada 1993, Wafa pernah dicalonkan Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Beliau juga merupakan penerbit filem animasi Budak Lapok dan anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib.

Wafa melalui tiga perkahwinan termasuklah dengan seorang jurutera, Tajul Tamimuddin, 48, pada tahun 2010.

Hasil dua perkahwinan terdahulu, dia mempunyai empat orang anak berusia antara 16 hingga 27 tahun.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen daripada Tajul Tamimuddin tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 29-10-2014 01:56 PM
semoga dipermudahkan urusannya oleh Allah.
dan moga cepat sembuh.
Quote wizza 29-10-2014 02:14 PM
Ya-ALLAH kau permudahkan lah urusan hamba mu ini... berikan kesihatan yg lebih baek tuk dia.
Quote kukulangau 29-10-2014 02:15 PM
semoga dia segera sembuh
amin
Quote Nadzfizz 29-10-2014 02:16 PM
Kesian nya....semoga cpt sembuh
Quote hensem2012 29-10-2014 02:17 PM
mase dia popular filem AZIZAH THE LEGEND around 1992 dia janda kan..lps tue kawin dgn 2nd husband dia rasenye..now 3rd husband...
Quote ragarotan 29-10-2014 02:17 PM
semoga cepat sembuh
Quote stania83 29-10-2014 02:18 PM
Dr letak besi salah?
Quote encikWawad 29-10-2014 02:18 PM
semoga cepat sembuh dan bagusnya pada yang tutupkan rambut wafa ni dengan tudung
sebelum di ambil gambar - kalau betty yang buat - u r truly a good frend -
Quote MummySafa 29-10-2014 02:34 PM
semoga cepat sembuh..
Quote tomet05 29-10-2014 02:35 PM
kakak betty ke ?
Quote tomet05 29-10-2014 02:35 PM
get well soon neway ..
permudahkan urusan hambaMu ini
Quote DAYANG07 29-10-2014 03:08 PM
moga cepat sembuh
Quote kenarihitam 29-10-2014 03:14 PM
Get well soon ..ksian dia..
Quote addamnor 29-10-2014 03:26 PM
tomet05 posted on 29-10-2014 02:35 PM
kakak betty ke ?

ah ah betty ni nama penuh dia betty benafe binti abdul kadir
Quote addamnor 29-10-2014 03:28 PM
wafa ini lah yang berperang dengan ayahnya bukan? - si anak mahu meneruskan karier anak wayang bukak aurat segala, bapaknya pula mufti melarang akan cita2 anaknya..
Quote supernaturalee 29-10-2014 03:47 PM
azizah the legend

tajuk meletop

moga sembuh cepat
suka die dlm arbaie bujang kembali
Quote caprut 29-10-2014 06:47 PM
addamnor posted on 29-10-2014 03:28 PM
wafa ini lah yang berperang dengan ayahnya bukan? - si anak mahu meneruskan karier anak wayang buk ...

pstu betty jadu retis x kna mrah lak?
Quote Incanto 29-10-2014 06:50 PM
Semoga cepat sembuh
Quote farhana008 29-10-2014 06:52 PM
Cun wafa ni.mak wafa ni orang arab Mesir.dah meninggal lama.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.134261 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top