CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Lelaki Di Malaysia Suka Berpoligami

5-11-2014 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9269| Komen: 53

Description: “Selain Itu, Wanita Indonesia Tidak Akan Meninggalkan Suami Yang Makan Di Meja Makan Seorang Diri, Perkara Itu Akan Berterusan Walaupun Mereka Telah Lama Berkahwin. Ini Merupakan Adat Budaya Wanita I ...
WANITA SUMATERA JADI PILIHAN SUAMI UNTUK BERPOLIGAMI




Ini kata Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap

Sifat penyabar yang tinggi terhadap suami yang seringkali pulang lewat serta layanan mesra di meja makan adalah antara kualiti yang dimilik oleh wanita Sumatera yang menyebabkan lelaki Malaysia sangat mudah tertawan dengan mereka.

Menurut Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap, kebanyakan lelaki Malaysia tertarik dengan layanan yang lebih baik yang mampu diberikan oleh wanita Sumatera berbanding dengan wanita Malaysia.

“Contohnya, kawan saya sendiri berkahwin dengan wanita Sumatera, isterinya tidak kisah suaminya pulang lewat malah akan diberi layanan yang sangat baik tanpa perasaan marah dan ragu-ragu walaupun ditinggalkan sehingga lewat malam.

“Selain itu, wanita Indonesia tidak akan meninggalkan suami yang makan di meja makan seorang diri, perkara itu akan berterusan walaupun mereka telah lama berkahwin. Ini merupakan adat budaya wanita Indonesia dari dahulu lagi,” katanya

Ditanya, apakah kelebihan wanita dari Sumatera sedangkan ada antara mereka tidak berpelajaran tinggi, menurut Khairuddin, mereka terkenal dengan rupa paras yang cantik.

“Saya dapati kerana kecantikan mereka itu, lelaki negara ini tidak putus-putus pergi ke Medan, Indonesia terutama hari Jumaat dan pulang pada hari minggu.

“Berdasarkan maklumat, kebanyakan mereka yang pergi ke sana untuk bermain golf tetapi kemudiannya secara tidak langsung tertawan dengan kecantikan wanita di sana,” ujar beliau




Di bawah ini pula pandangan Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran:

Layanan yang mesra, lemah lembut, mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian lelaki dikatakan menjadi punca yang menyebabkan ramai lelaki tempatan ‘cair’ terhadap wanita Indonesia.

Sedangkan wanita di negara ini semakin sofistikated serta terlalu sibuk memikirkan kerjaya dan masa depan sehingga terlupa memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada suami.

Shatar berkata, perkara itu menyebabkan kaum lelaki di negara ini memilih wanita seberang kerana persepsi mereka yang masih bersifat tradisional dan konservatif dalam rumah tangga termasuk inginkan perhatian dan layanan.

“Kehendak yang tidak berpadanan ini telah menyebabkan lelaki Malaysia beralih kepada wanita seberang kerana lelaki kita masih mengharapkan dilayan dan dijaga seperti 25 tahun yang lampau. Sedangkan visi wanita kita lebih kepada kerjaya dan masa depan.

“Jadi untuk memenuhi kehendak itu maka mereka beralih kepada wanita seberang kerana mereka masih mempunyai pemikiran seperti wanita kita 25 tahun yang lalu yang menatang suami bagai minyak yang penuh,” katanya

Justeru, Shatar yang juga pensyarah Sains Kemasyarakatan menasihatkan wanita Malaysia agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga meminggirkan kepentingan suami


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 4-11-2014 05:41 PM
Bullshit ah.
Quote Eric.n9 4-11-2014 05:54 PM
Dak dak situ sekarang dah jadi mato duitan jer(cewek mater)
Pasal dek ramai uncle uncle malaysia yg mai situ.
Quote sabbath_shalom 4-11-2014 05:56 PM
Pakcik aku kawen ngan org Dumai Sumatera...bini dia garang n jenis pana baran..tapi bila laki dia tegur diam je.

Suami dia gi kebun dia tolong..suami dia gi buat rumah dia ikut.
Quote lavalive 4-11-2014 05:58 PM
Eric.n9 posted on 4-11-2014 05:54 PM
Dak dak situ sekarang dah jadi mato duitan jer(cewek mater)
Pasal dek ramai uncle uncle mal ...

wa pi medan..tarak sekor pun yg cantik..

wa pi dumai...lagi la teruk muka sekor2..

ntah jantan bodoh mana la pi bernikah dgn awek dumai...





Quote becir 4-11-2014 05:59 PM
"Justeru, Shatar yang juga pensyarah Sains Kemasyarakatan menasihatkan wanita Malaysia agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga meminggirkan kepentingan suami"

Ate, sian pempuan malaysia...u can never win.
Quote Eric.n9 4-11-2014 06:04 PM
lavalive posted on 4-11-2014 05:58 PM
wa pi medan..tarak sekor pun yg cantik..

wa pi dumai...lagi la teruk muka sekor2..

medan mmg hancus pun.
n mostly bukan ori org medan pun dah.
tu mainlad java kompeni hangkut dolu dolu.

Klu teringin nak muka mcm arab skit, ko gi naik atas skit. gi aceh.
Ha kat situ ramai muka muka arab.
Kek padang pun ramai muka mcm tu.
Patern muka arab tapi kulit melayu(sawo matang)

Quote lavalive 4-11-2014 06:06 PM
Eric.n9 posted on 4-11-2014 06:04 PM
medan mmg hancus pun.
n mostly bukan ori org medan pun dah.
tu mainlad java kompeni hangkut dolu ...

betul la..

sapa punyer pakcik la yg badigol pi cari kat dumai...



Quote GhostWalking 4-11-2014 06:07 PM
Kes benar :memang la derang tak kisah kalau suami balik malam sebab derang pun pasang bf chuolssss.
Quote Eric.n9 4-11-2014 06:08 PM
lavalive posted on 4-11-2014 06:06 PM
betul la..

sapa punyer pakcik la yg badigol pi cari kat dumai...

paling dekat kot dgn malaysia, heeheh. 2jam naik bot
Quote clarizsa 4-11-2014 06:10 PM
laaa aritu syok kt awek siam, pastu awek kemboja, skrg awek indon pula...

nape xde yg poligamikan awek kokesen ke... best gak tgk baby comel2...
Quote lavalive 4-11-2014 06:13 PM



muka yg pegang poster kalu ada yg sudi buat bini dah patut bersyukur dah...

lagi mau protes poligami...hape la..


Quote emmaisa 4-11-2014 06:13 PM
kesian lelaki2 sumatera...cewek2nya terpikat pada orang malaisia...
Quote nikaido 4-11-2014 06:35 PM
clarizsa posted on 4-11-2014 06:10 PM
laaa aritu syok kt awek siam, pastu awek kemboja, skrg awek indon pula...

nape xde yg poligamikan ...

ramai laki nak kawin awek kokesen, tp awek kokesen yg x ramai mau kat laki asean. size does matter
Quote lavalive 4-11-2014 06:38 PM
nikaido posted on 4-11-2014 06:35 PM
ramai laki nak kawin awek kokesen, tp awek kokesen yg x ramai mau kat laki asean. size does matter ...

tak ramai la yang hadap awek kokosen....sebab.

99% awek kokosen dah tarak dara...loheh dah.

tak pasal2 kena std kang..








Quote clarizsa 4-11-2014 06:39 PM
nikaido posted on 4-11-2014 06:35 PM
ramai laki nak kawin awek kokesen, tp awek kokesen yg x ramai mau kat laki asean. size does matter ...

hahaha... camtu ke...
Quote sabbath_shalom 4-11-2014 06:43 PM
Eric.n9 posted on 4-11-2014 06:08 PM
paling dekat kot dgn malaysia, heeheh. 2jam naik bot

Untung duduk Malaysia ni..Siam boleh dapat..Sumatera boleh dpt..Kalimantan pon boleh.

Sian pompuan Meleis..mesti stress.
Quote musangcomel 4-11-2014 06:46 PM
lavalive posted on 4-11-2014 06:13 PM
muka yg pegang poster kalu ada yg sudi buat bini dah patut bersyukur dah...

lagi mau protes ...

keji btol komen
tak sengaja aku tergelak
tak baik tau
Quote sabbath_shalom 4-11-2014 06:46 PM
nikaido posted on 4-11-2014 06:35 PM
ramai laki nak kawin awek kokesen, tp awek kokesen yg x ramai mau kat laki asean. size does matter ...


Ada je aku tengok lelaki Malaysia kawen mat salleh..ada sorang mamat ganu tu siap ikut balik Perancis..cari keje kat restoran..bini dia polis France kalau x silap.

Carefull la jugak ngan mat salleh suka barang exotic ni..lagi2 jenis nakal..nanti jadi kes macam kat Bali tu ha..ketap bibir laki kokusen. Last edited by sabbath_shalom on 4-11-2014 06:49 PM

Quote nikaido 4-11-2014 06:49 PM
sabbath_shalom posted on 4-11-2014 06:46 PM
Ada je aku tengok lelaki Malaysia kawen mat salleh..ada sorang mamat ganu tu siap ikut balik Peran ...

aku bukan kata semua dol. even sedara aku kawin mat salleh

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.067658 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top