CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

"Ada Sebab Tak Pakai Baju Ezuwan Ismail"- Chacha Maembong

14-11-2014 05:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 39649| Komen: 167

Description: Pelakon Chacha Maembong Memberitahu Dia Mempunyai Alasan Tersendiri Untuk Tidak Menggayakan Busana Yang Direka Khas Oleh Pereka Fesyen Ezuwan Ismail Pada Saat-Saat Akhir Untuk Menghadiri Anugerah Skr ...
"Ada Sebab Tak Pakai Baju Ezuwan Ismail"- Chacha Maembong


PETALING JAYA:
Pelakon Chacha Maembong memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menggayakan busana yang direka khas oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail pada saat-saat akhir untuk  menghadiri Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, dia sudah memaklumkan hasrat berkenaan dan meminta maaf terlebih dahulu kepada Ezuwan.

"Bukan niat saya mahu kecewakan dia tetapi saya ada sebab sendiri kenapa tidak memakainya pada saat-saat akhir dan perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada Ezuwan sebelum ke majlis anugerah tersebut.

"Saya memang nak pakai tetapi keadaan tidak mengizinkan dan pembantu saya sudah menguruskannya dan meminta maaf atas perkara yang terjadi itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai luahan pereka fesyen Ezuwan Ismail yang kecewa apabila baju rekaannya tidak dipakai Chacha pada ASK 2014yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini pada Jumaat lalu.

Ezuwan melalui laman Instagram miliknya berkata, pelakon tersebut tidak memberikan sebarang alasan bertindak sedemikian dan tanpa rasa bersalah menggayakan busana pereka fesyen lain pada malam tersebut.

 
























Ezuwan Ismail


Sementara itu, Chacha berkata, dia juga kesal dengan tindakan Ezuwan yang memuat naik kenyataan di laman sosial tanpa menghubunginya terlebih dahulu.

"Saya pun terkejut dan terasa hati apa yang dia tulis di laman sosial itu. Tidak salah kalau dia hubungi saya sahaja untuk beritahu perkara itu. Lagi pun dia tahu sebab apa saya tidak pakai baju itu," katanya.

Jelas Chacha, dia bernasib baik kerana dapat mencari baju pengganti iaitu rekaan Fazil daripada butik Diandra Couture pada saat-saat akhir untuk ke majlis berkenaan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 11-11-2014 12:48 AM
apa alasannya?
Quote cmf_blingblings 11-11-2014 12:54 AM
tak muat!!! hahhahahah
Quote Mary_jane 11-11-2014 01:08 AM
Tepeklah pic yg di crop tanpa kepala tu. Nk tgk dress nya rupa apa
Quote shanshero 11-11-2014 01:09 AM
Family maembong ni bodoh2 belaka kan. Sekolah tak abis
Quote j3m4h 11-11-2014 01:39 AM
Designer pon spesis hadek2 quat sentap...saje nk mencapub..dgn harapan nnt byk la retis nk buat baju kt dia bile kontobesi gini..mcm kes JV buat baju utk LO le..pastu JV kan mule dikenali..ezuan tu taja baju@Cacha yg tempah kt dia??
Quote makneng 11-11-2014 06:48 AM
Teringat plak kes linda dolu2.
Quote maxim 11-11-2014 06:51 AM
Gambar kanan adalah baju rekaan Ezuwan Ismail yang sepatutnya dipakai oleh Cacha Maembong pada Anugerah Skrin 2014 yang diadakan 7 November lalu.

Quote maxim 11-11-2014 06:52 AM
Chacha (kanan) memilih untuk menggayakan busana daripada Fazil Diandra Couture pada malam ASK 2014.

Quote fifie_olin 11-11-2014 07:10 AM
ptt la dia x nk...x cntk lsg...plain jeh...serupa baju tdo...
Quote ais_kosong 11-11-2014 07:12 AM
xkena tema kot..
Quote ellynorman 11-11-2014 07:12 AM
maxim posted on 11-11-2014 06:51 AM
Gambar kanan adalah baju rekaan Ezuwan Ismail yang sepatutnya dipakai oleh Cacha Maembong pada Anuge ...

serupa kemban... pastu kedut2 kat pinggang tu .. buat nampak lagi kembang . dan.. tak lawo untuk chacha yg masih muda..
Quote CrowneGlory 11-11-2014 07:15 AM
Dah rupa baju jinjang mana si ezuwan ni reka.. Tgk ig the very warak baju mcm slut jugak yg ko reka..
Quote daiman 11-11-2014 07:29 AM
patutla dia tak mo pakai.. dah macam stok baju kat sogo jeh..
Quote sunshinelady 11-11-2014 07:37 AM
well, isnt it clear why she didnt want to wear the dress that night? hehe
Quote DayangKirana 11-11-2014 07:37 AM
huduh ok...aku pun tak hingin..da la ala2 berkemban gitu.. she'll look fat in that..

ko ni pun dek, lain kali kalau baju tu tak cantik, cakap jer straight to the face..tak payah nak jaga hati sangat..
ramai je gayah2 yang rasa diri fabulous designer walau baju rekaan diorang tu hauk sesangat..

Quote noraidil_06 11-11-2014 07:41 AM
DayangKirana posted on 11-11-2014 07:37 AM
huduh ok...aku pun tak hingin..da la ala2 berkemban gitu.. she'll look fat in that..

ko ni pun de ...

designer ni blh kritik.mampos all the pondan gang up cerca artis tu nanti.

ur name remind me of designer name kirana.mn dia skrg?
Quote hanamunir 11-11-2014 08:08 AM
buruk la baju tu,
tak macam nak gi anugerah..
buat jalan2 gi pantai, ok la kot..
pahtu nampak lak tu macam perut buncit..
Quote chinta89 11-11-2014 08:13 AM
ala2 berkemban.. patut la dia x mo pakai kot?
Quote watachiwa 11-11-2014 08:16 AM
noraidil_06 posted on 11-11-2014 07:41 AM
designer ni blh kritik.mampos all the pondan gang up cerca artis tu nanti.

ur name remind me of ...

syarifah kirana rite?

bj ezuwan tu plain sgt. bg cacha pkai tu bling2 cume nmpk muncit

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.096086 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top