CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Bible Yang Diserah Semula Tidak Boleh Diedar Di Selangor - Mais

17-11-2014 02:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10154| Komen: 102

Description: Adzib Menjelaskan Bahawa Kes Membabitkan Rampasan 321 Kitab Bible Daripada Premis Persatuan Bible Malaysia (Bsm) Pada Januari Lalu Pada Mulanya Sudah Dirujuk Kepada Pejabat Pendakwaraya Untuk Tindakan ...
Bible Yang Diserah Semula Tidak Boleh Diedar Di Selangor - Mais



PETALING JAYA: Penyerahan semula kitab Bible yang mengandungi perkataan "Allah" dilaksanakan dengan syarat ketat iaitu bahan itu tidak diedarkan di sekitar Selangor, kata Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, kitab itu yang diserahkan kepada Biskop dari Kuching, Datuk Bolly Lapok pada Jumaat, hanya untuk kegunaan penganut Kristian di Sarawak.

"Penyelesaian itu adalah sikap hormat menghormati yang wujud, selain memahami sensitiviti agama lain di negara ini.

"Sultan Selangor juga mengharapkan penganut agama lain turut melindungi sensitiviti umat Islam di negara ini, terutama di Selangor dan berharap pengedaran dan cetakan kitab Bible yang mengandungi perkataan "Allah" tidak lagi dilakukan kerana ia melanggar Enakmen Agama Bukan Islam 1988," katanya.


Adzib menjelaskan bahawa kes membabitkan rampasan 321 kitab Bible daripada premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu pada mulanya sudah dirujuk kepada Pejabat Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, diputuskan bahawa tiada tindakan yang perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak berhubung insiden itu.

"Pihak Pendakwaraya mengarahkan supaya pelupusan kitab itu dilakukan mengikut undang-undang.

"Apabila perkara itu disampaikan kepada Sultan Selangor, arahan dikeluarkan supaya Mais melupuskannya dengan menyerahkan semua kitab Bible yang dirampas itu kepada Persatuan Gereja Sarawak," katanya.

Majlis ringkas penyerahan semula kitab berkenaan diadakan pagi Jumaat sambil disaksikan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atira 14-11-2014 02:15 PM
berani ke pengecut2 tu nak moyan dgn sultan??
dgn bini pon depa takut
Quote kecimpret 14-11-2014 02:22 PM
abis laaa macai tuduh Sultan Selangor sapot kristian
Quote dauswq 14-11-2014 02:31 PM
sultan pun nak jd liberal kah? oppppssss


macai,
tg karang, selangor
Quote alesandra 14-11-2014 02:43 PM
betul la kata peyno...selangor neh negeri urban
Quote d'zeck 14-11-2014 02:43 PM
pulangkan tak bermakna langkah
menyebar bible yang ciplak
nama tuhan agama lain tu betul

bayangkan betapa bangangnya agama hindu
jika pinjam nama tuhan angin ka laut
ka yang buddha punya kat
dalam kitab hindu yang guna bahasa cina

Quote atira 14-11-2014 02:44 PM
d'zeck posted on 14-11-2014 02:43 PM
pulangkan tak bermakna langkah
menyebar bible yang ciplak
nama tuhan agama lain tu betul

apa yg ko merepek ni
Quote cmf_shalom 14-11-2014 02:45 PM
Alleluia..di hari jumaat ni....Xtian telah menang

Puji Allah
Quote d'zeck 14-11-2014 02:47 PM
atira posted on 14-11-2014 02:44 PM
apa yg ko merepek ni

so,

ang nak kata kristian yang menang ka
bible yang menang ka?

pfftt

Quote freebird 14-11-2014 02:49 PM
cmf_shalom posted on 14-11-2014 02:45 PM
Alleluia..di hari jumaat ni....Xtian telah menang

Puji Allah

tapi untuk di guna di serawak saja, taw!!
sebab serawak negeri kristian, negeri fixed deposit barisan najis...
Quote atira 14-11-2014 02:50 PM
d'zeck posted on 14-11-2014 02:47 PM
so,

ang nak kata kristian yang menang ka

tak de sapa menang...
tapi ada yg kalah terlungkup
Quote d'zeck 14-11-2014 02:51 PM
atira posted on 14-11-2014 02:50 PM
tak de sapa menang...
tapi ada yg kalah terlungkup

so,

ang nak kata JAIS kalah
ka islam kalah ka?

pfftt

Quote atira 14-11-2014 02:58 PM
d'zeck posted on 14-11-2014 02:51 PM
so,

ang nak kata JAIS kalah

bab2 skodeng org beromen baru jais menang
Quote namirulmukminin 14-11-2014 03:00 PM
Bio le org melayu nak baca bible pon... kalu dah iman tu kukuh, tak sesatnye.. Lagi mudah nak berhujah dgn org2 kristian kalu kita tahu isi kitab mereka.... Aku pon baca bible... tapi takde plak aku nak masuk kristien... Malah aku lebih kuat yakin bahawa Al-Quran itu membenarkan apa yang diturunkan kepada nabi-nabi yang terdahulu iaitu taurat, zabur dan injil... Kalu kita betul2 memahami Al-Quran, kita pon buleh nilai sendiri yang mana betul yang mana salah dlm bible tu... tak perlu takut pon... dalam kitab Perjanjian Lama tu banyak jgk yang selari dgn Al-Quran... Dalam Perjanjian baru je aku nampak banyak yang pelik2 skit... Tu pengalaman aku la baca bible ni...
Quote d'zeck 14-11-2014 03:01 PM
atira posted on 14-11-2014 02:58 PM
bab2 skodeng org beromen baru jais menang

so,

ang suka maksiat berleluasa

zina berkembang?

tanpa langsung ada pihak
yang berusaha mencegah?

ang support maksiat cum zina
atas dasar ang liberal ka
urban ka apa ka?

Quote atira 14-11-2014 03:02 PM
d'zeck posted on 14-11-2014 03:01 PM
so,

ang suka maksiat berleluasa

skodeng org beromen tu pon maksiat jugak
Quote d'zeck 14-11-2014 03:05 PM
atira posted on 14-11-2014 03:02 PM
skodeng org beromen tu pon maksiat jugak

skodeng tanpa tindakan,
itu subahat

menyiasat dan kemuka bukti,
itu tujuan mencegah kemungkaran

andai ada ahli keluarga atau
anak ang sendiri tertangkap romen n zina,
ang nak marah penguatkuasa ka
diri sendiri ka siapa ka?

Quote kecimpret 14-11-2014 03:06 PM
bila jadi camni yg busuk namanya Islam..dah rampas pastu terpaksa menebalkan muka serah balik...terima kasih la kat JAIS
Quote atira 14-11-2014 03:08 PM
d'zeck posted on 14-11-2014 03:05 PM
skodeng tanpa tindakan,
itu subahat

kejadahnye nak tunggu org tu beromen baru nak tangkap..
sebelum beromen la kasi tangkap...
pervert sgt lobai2 tu
Quote d'zeck 14-11-2014 03:09 PM
tak de siapa yang busuk
kecuali pihak yang sedia hati busuk

langkah JAIS membuktikan
masih ada pihak yang menjaga kepentingan
akidah umat,

selain menguatkuasakan undang2
yang jelas termaktub

isu ini tidak selesai di tahap
pulangkan bahan bukti dalam
bentuk kitab bible klon dan ciplak
itu sahaja

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.240459 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top