CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Penduduk Cemas, Kelibat Harimau Dikesan Di Paris

17-11-2014 05:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3040| Komen: 2

Description: Penduduk Bandar Montevrain Kemudiannya Memaklumkan Pada Laman Facebook Mereka Bahawa Harimau Itu Dikesan Berada Di Situ.
Penduduk Cemas, Kelibat Harimau Dikesan Di Paris



PARIS: Kelibat seekor harimau yang merayau-rayau di sekitar daerah Seine-et-Marne menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan penduduk kawasan itu.


Haiwan itu dipercayai terlepas dari Disneyland Paris yang terletak tidak jauh dari situ.

Kehadiran sang belang itu dikesan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya, sebelum merakam pergerakan haiwan itu dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.


Susulan itu, polis dan pasukan bomba Perancis terpaksa dikerah untuk menjejaki haiwan itu, termasuk menggunakan helikopter.

Penduduk bandar Montevrain kemudiannya memaklumkan pada laman Facebook mereka bahawa harimau itu dikesan berada di situ.

"Haiwan itu ada di dalam belukar di belakang gelanggang tenis dan padang bola yang terletak hanya sembilan kilometer dari taman tema itu," katanya.

Pihak berkuasa bandar dalam satu kenyataan berkata, polis dan pasukan penyelamat sudah berada di lokasi dan membuat kepungan menutup kawasan tersebut dan menasihatkan orang ramai tidak menghampiri kawasan tersebut. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 14-11-2014 09:01 PM
Bahaya juga tu... Sekali di serangnya...
Quote Mochi777 14-11-2014 11:02 PM
Macamane la boleh terlepas tu.. Bahaya kalau dia serang orang awam

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.038635 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top