Faizul Stress Nyanyikan Lagu Shahir Di Separuh Akhir Mm 29 KUALA LUMPUR, 17 NOV 2014: Juara AF2013 Faizul Sany akui hadapi tekanan ketika menyanyikan lagu Shahir, Dia Yang Kau Pilih di Separuh Akhir Muzik Muzik 29, baru-baru ini. Difahamkan dia telah membuat sesi latihan selama 2 minggu untuk menghayati dan mengalunkan lagu itu agar tidak terikut-ikut dengan penyanyi asal. “Saya pada mulanya terkejut, saya dipilih untuk mengantikan Shahir untuk menyanyikan lagu itu. Saya sudah lakukan yang terbaik kerana ini merupakan pengalaman saya yang pertama di pentas separuh akhir muzik-muzik,” kata Faizul kepada portal Murai.com.my Menurutnya, apakah punca dia mengantikan Shahir? Dia tiada jawapan untuk itu, dia hanya mengikut sahaja permintaan pihak pengurusan Astro dan mengalas tanggungjawab itu dengan sempurna. “Saya pun tidak tahu di mana Shahir, saya harap peminat di luar sana jangan membuat spekulasi yang negatif mengenai penggantiaan saya di separuh akhir ini,” katanya. Di separuh akhir muzik-muzik ke 29 di minggu pertama, hanya 1 lagu sahaja di pilih sebagai lagu terbaik. Namun lagu terbaik itu tidak semestinya akan di calonkan ke Anugerah Juara Lagu. Pihak juri mempunyai kuasa mutlak untuk memilih lagu yang terbaik untuk dipertandingkan. Faizul juga berharap lagunya nanti bakal di calonkan ke Anugerah Juara Lagu di masa akan datang. Ia antara impiannya untuk melebarkan sayapnya di industri muzik di tanah air. “Walaupun menyayikan lagu orang, saya anggap ini sebagai platform dan peluang keemasan buat saya untuk merasai bahang Anugerah Juara Lagu. Inshaa-Allah satu hari nanti, lagu saya pula yang dicalonkan,” seloroh Faizul mengakhiri perbualan.
|
setokinpurple posted on 17-11-2014 02:24 PM
Shahir ponya confident level very the low sbb tu dia jap timbul jap tengelam.
Better kau cari ke ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.284246 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.