CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Rumah Untuk Warga Asing Meningkat Kepada Rm1 Juta Seunit

19-11-2014 02:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3802| Komen: 3

Description: Dalam Mesyuarat Yang Dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Di Sini Hari Ini, Mtn Bersetuju Supaya Garis Panduan Perolehan Hartanah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana M ...
Harga Rumah Untuk Warga Asing Meningkat Kepada Rm1 Juta Seunit

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Majlis Tanah Negara (MTN) hari ini bersetuju supaya harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing ditingkatkan daripada RM500,000 seunit kepada RM1 juta seunit.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini, MTN bersetuju supaya Garis Panduan Perolehan Hartanah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dikuatkuasakan pada 1 Mac 2014.

Kertas mengenai 'Pengemaskinian Garis Panduan Perolehan Hartanah' yang menguatkuasakan peningkatan harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2014.

Garis panduan itu adalah antara empat kertas pertimbangan dan tiga kertas makluman mengenai beberapa dasar penting berkaitan dengan tanah dan perhutanan yang dibincangkan pada mesyuarat MTN ke-70 itu di bangunan Parlimen.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu antara yang menghadirinya ialah menteri-menteri kerajaan Persekutuan yang berkaitan termasuk Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel serta semua menteri besar dan ketua menteri.

MTN juga bersetuju dengan 'Kertas Cadangan Semakan Kadar Cukai Tanah di Semenanjung Malaysia bagi Tahun 2015' supaya pihak berkuasa negeri menyemak semula kadar cukai tanah sebelum tamat tempoh 10 tahun bermula dari tarikh yang paling terdekat dari tarikh semakan sewa sebelumnya selaras dengan peruntukan Seksyen 101, Kanun Tanah Negara 1965.

Kertas Cadangan Mengenai Impak Aktiviti Perlombongan dan Pengkuarian Terhadap Pengurusan Hutan Secara Berkekalan di Semenanjung Malaysia' turut dibincangkan pada mesyuarat itu.

Menurut kenyataan itu lagi MTN bersetuju dengan kertas cadangan itu yang menyatakan supaya kerajaan-kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mengawal atau seboleh-bolehnya mengelak sebarang kelulusan aktiviti perlombongan dan pengkuarian dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal.

Satu lagi kertas pertimbangan yang dibincangkan ialah 'Kertas Cadangan Berkenaan Impak Aktiviti Pembangunan Tanah Terhadap Pengurusan Hutan Secara Berkekalan Bagi Kawasan Hutan Paya Laut di Semenanjung Malaysia'.

Melalui perbincangan itu, MTN bersetuju supaya kawasan Hutan Paya Laut dalam Hutan Simpanan Kekal sedia ada dikekalkan dan keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal ditingkatkan melalui pewartaan kawasan Hutan Paya Laut dalam Tanah Kerajaan.

Sementara itu, tiga kertas makluman yang dibentangkan ialah mengenai penglibatan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam mekanisme REDD+ (Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation in Developing Countries) bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.

Mesyarat turut mengambil maklum mengenai keputusan Penilaian penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Tahun 2013 dengan Pejabat Tanah Kulim, Kedah telah mendapat lima bintang.

Kertas makluman ketiga pula adalah mengenai 'Kemajuan Penyelesaian Tunggakan Urusan Tanah dan Prestasi Pendaftaran Pindah Milik Tanah Dalam Satu Hari di Pentadbiran Tanah Negeri' sehingga bulan Ogos 2014.

5

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
18

Sedih
14

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 18-11-2014 02:57 PM
sesuaila dengan poliassi TSKI sebelum di dihalau keluar....
mgkin lepas ni semakin banyak rumah berharga lebih 1 juta akan dibina
Quote Esmiria 18-11-2014 04:33 PM
wau..byk tuu
Quote jazaa 18-11-2014 04:38 PM
Sejuta???...

Local pun skrg dah kena beli rumah double storey rm1.2 mill...sepatutnya rm2.0 mill...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.082652 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top