CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

71% Puas Hati Perkhidmatan Pengangkutan Awam Di Lembah Klang

19-11-2014 04:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4542| Komen: 70

Description: Katanya, Untuk Mengekalkan Kesinambungan Itu (Kepuasan Pengguna), Spad Akan Mempertimbang Beberapa Langkah Lagi Pada Masa Akan Datang Termasuk Mengkaji Keperluan Untuk Menggunakan Keretapi Yang Berkon ...

71% Puas Hati Perkhidmatan Pengangkutan Awam Di Lembah Klang




Kajian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) pada 2012 hingga 2013, menunjukkan sebanyak 71% daripada pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan operator-operator pengangkutan awam di Lembah Klang.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata perangkaan yang dicatat untuk kesemua jenis pengangkutan awam itu menunjukkan pihaknya cemerlang dan komited dalam usaha memperbaiki serta memajukan sistem pengangkutan awam darat khususnya di kawasan bandar.

"Bagaimanapun, dalam melaksanakan komitmen itu, kita tidak pernah meminggir perkhidmatan awam darat di luar bandar kerana kita tahu kawasan luar bandar turut menyumbang kesan limpahan ekononomi kepada negara," kata beliau.

Syed Hamid bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengangkutan Awam Darat (LPT) 2014 bertajuk: 'The Future of Our Cities - Thinking Ahead Building Together', di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, untuk mengekalkan kesinambungan itu (kepuasan pengguna), Spad akan mempertimbang beberapa langkah lagi pada masa akan datang termasuk mengkaji keperluan untuk menggunakan keretapi yang berkonsepkan "keretapi atas jalan" dalam kawasan bandar.

"Memang ada cadangan untuk 'train' jenis ini tetapi kita kena tunggu reaksi dan jawapan daripada kerajaan," katanya.

Terdahulu, dalam ucaptamanya, Syed Hamid berkata masa depan bandaraya Asean banyak bergantung dan dibentuk oleh mobiliti dan kecekapan pengangkutan awam daratnya.

Dua faktor ini memainkan peranan penting kepada pertumbuhan ekonomi negara, katanya.

"Tidak ada negara yang meningkat dari status berpendapatan rendah ke berpendapatan sederhana/tinggi tanpa memiliki pengangkutan awam darat yang signifikan dan dinamik.

"Oleh itu, adalah penting bagi kita sekarang memberi keutamaan kepada pelaburan pengangkutan awam, daripada memberi keutamaan kepada membina jalan raya demi hubungan pengangkutan dan menyelesaikan kesesakan," kata beliau. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabbath_shalom 19-11-2014 12:24 AM
Ok la tu utk ummah dunia ketiga..
Quote FOTHER-MUCKER 19-11-2014 12:39 AM
Wow 71% berpuas hati? Tu mesti indon bangla yang berpuas hati tu. Aku tengok bas pun dah macam tahun 50an punya bas. Condition jangan cakap lah.
Quote tungkai 19-11-2014 12:47 AM
SS - Syok Sendiri
Quote Muntz 19-11-2014 07:31 AM
KTM Komuter tunggu sampai sejam, jalan ke Shah Alam amik masa dekat sejam gak termasuk terberhenti tgh jalan bagai. Puas hati lah.
Quote chupachups 19-11-2014 07:58 AM
Harus data bancian dpd warga indon nepal ngan bangla..tu yg puas hati tu..
Quote tinkiwinki 19-11-2014 09:17 AM
betul ke survey kau ni??
Quote qronaldo7 19-11-2014 03:11 PM
xlogik.. kalau terbalikkan 29% baru logik sket
Quote Mary_jane 20-11-2014 01:55 AM
Sapa jela responden survey ni, mudah sgt puas hati. Igtkan spad bz discuss nk bt bullet train.
Quote rogayahtop 20-11-2014 11:38 AM
Maybe diorang survey makcik2 yg duduk kat rumah org2 tua kut. Akak yg naik komuter sekali sekala rasa nak histeria je kalau time balik kejer tu.
Quote Knowlee 1-12-2014 02:38 PM
Pengalaman saya guna pengangkutan awam ni KL:

1) Teksi
Ada pemandu teksi yg okay, tak tipu meter, memandu pun berhemah. Ada jugak yg memandu macam hantu, yg mana ada satu hari tu, sorang ni drive laju giler, kami dlm teksi tu dah berdebar-debar dah. Yang kuat membebel pun ada, sembang pasal politik paling ramai. Erk. Yang tak pakai meter pun bersepah. Selalunya mana yg letak harga tambang tu, kitorang reject je. Sanggup tunggu teksi lain daripada kena tipu.

2) Bas
Taknak naik bas Metro sebab busuk. Bas Rapid so far ok la. Bayar RM1 untuk satu destinasi ke satu destinasi. Tak pernah lagi cuba bas percuma dan bas untuk wanita.

3) LRT/Monorel
So far, tak pernah lalui masalah lagi dengan LRT tu sendiri. Monorel pulak ada sekali sekala kena tunggu lama. Kena pandai tengok masam la. Hanya bermasalah dengan pengguna-pengguna yang takde disiplin atau biadap.

4) Beca
Kat Melaka.
Quote cemolot 1-12-2014 02:45 PM
buat survey dalam office sendiri ke hape? paksa kerani , pekerja am, makcik cleaner jawab?

KTM - silalah buang or lupuskan gerabak KTM lama.. kadang2 aircond tak berfungsi, padat macam nasi himpit, punctuality dah improved, tapi sela masa tu lama sangat.

LRT Putra - jarang naik, tapi setiap kali naik ok.

Teksi - Masih ada teksi yang tak guna meter tapi kira sekali naik, lepas tu paksa tunggu sampai teksi penuh baru nak jalan. kalau 4 orang penumpang, sekali jalan dah dapat RM40. kawasan: Bangi dan sekitarnya

Monorel - Seram kalau naik monorel. rasa macam naik roller coaster, cuma sekarang tengah penambahbaikan stesen, agak serabut juga.

Quote Changa 1-12-2014 02:51 PM
rogayahtop posted on 20-11-2014 11:38 AM
Maybe diorang survey makcik2 yg duduk kat rumah org2 tua kut. Akak yg naik komuter sekali sekala ras ...

habis itu akak expect komuter lengang ada 2-3 orang jah time peak hours?
akak pergi la ceruk dunia mana pun sama jah sesak pengangkutan awam di kala waktu puncak.
kalau enggan bersesak, pergi tahan cab, naik sorang2 jah.

habis itu akak ingat kat jepun yg pengangkutan awam tip top pada waktu puncak hanya 10 orang jah ke dalam satu coach yg naik?



Quote Changa 1-12-2014 02:54 PM
Knowlee posted on 1-12-2014 02:38 PM
Pengalaman saya guna pengangkutan awam ni KL:

1) Teksi

so makna kata betul la 70% berpuas hati,
tak paham akak dengan akak2 bimbo yg meroyan tak puas hati.

akak pun pernah naik public transport, last time akak naik KTM yg coach baharu dah banyak jalan mmg banyak improvement dan kurang sesak.
LRT mostly tiada masalah.
bus mmg lama sangat akak tak naik so akak tak boleh nak cakap ok ke tak ok.

yg tak puas hati itu mesti stok2 akak bimbo yg expect coach train akan hanya ada 10 orang, tak perlu bersesak2 dengan orang ramai waktu puncak etc.



Last edited by Changa on 1-12-2014 02:56 PM

Quote robertocarbos 1-12-2014 02:55 PM
Knowlee posted on 1-12-2014 06:38 AM
Pengalaman saya guna pengangkutan awam ni KL:

1) Teksi

kene pandai tengok masam?
wth that suppose to mean
Quote d'zeck 1-12-2014 04:49 PM
dengan siapnya MRT kelak, diyakini
isu kenderaan individu yang banyak
bazirkan petrol dan masa di jalan2 dalam
lembah kelang mampu dikurangkan
secara drastik
Quote saladin780 1-12-2014 09:51 PM
Knowlee posted on 1-12-2014 02:38 PM
Pengalaman saya guna pengangkutan awam ni KL:

1) Teksi

Aku paling tensen pemandu taxi yg kuat menyembang sampai masuk hal hal merapu
Quote noor2 1-12-2014 09:53 PM
saladin780 posted on 1-12-2014 09:51 PM
Aku paling tensen pemandu taxi yg kuat menyembang sampai masuk hal hal merapu

Yang dilayan kenapa..
Quote obelisk 1-12-2014 09:57 PM
noor2 posted on 1-12-2014 09:53 PM
Yang dilayan kenapa..

i pun kdg2 kene jugak dgn pemandu teksi yg suka berborak ni, terutama masa otw gi airport dr kl... jawab je la a'aah, iye iye... last2 ZzzZZzzz

Quote saladin780 1-12-2014 09:57 PM
noor2 posted on 1-12-2014 09:53 PM
Yang dilayan kenapa..

Mmg x layan pun noor..motip igt apa nak citer hal dalam kain tetiba..yg sembang hal2 politik berapi api tu jangan citerlah..kalah pm
Tu yg kalu terpaksa naik taxi terus purak2 tido..haha..btw prefer naik bas lg banding taxi..malas nk melayan karenah kebanyakan drebar taxi ni..tp yg ok pun ramai jugak..best gak layan sembang

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.055375 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top