CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Nurul Wahab Buat Ibu Mertua Menangis

20-11-2014 04:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17260| Komen: 64

Description: Kejutan Tak Menjadi Cerita Nurul Lagi, Hasrat Dia Dan Suaminya Untuk Memberi Kejutan Kepada Keluarga Suaminya Di Perancis Akan Berita Kehamilannya Tidak Kesampaian Apabila Keluarga Suaminya Itu Terleb ...
Nurul Wahab Buat Ibu Mertua Menangis


Tidak mudah untuk bergelar seorang wanita apatah lagi memikul tanggungjawab besar selaku isteri kepada suami tercinta dan ibu kepada anak-anak yang dikasihi. Namun, bagi penyanyi Nurul Wahab, kesempatan menjalani kehidupan berumah tangga merupakan satu nikmat baginya.

Perasaan disayangi dan menyayangi antara dia, suami dan anak-anak merupakan saat berharga bagi Nurul. Sedang hamil enam bulan, anak keduanya hasil pernikahan dengan Eric Depp, Nurul berkongsi pengalamannya bakal bergelar ibu buat kali ketiga.

“Kali ini saya alami alahan yang agak kuat berbanding kehamilan yang dulu. Biasalah setiap kehamilan pun lain pengalamannya. Ketika mengandungkan Zachery dahulu, tak ada alahan pun yang saya alami. Tapi kali ini saya cepat penat dan mudah rasa mengantuk. Selain itu juga, saya juga alami ‘morning sickness’ yang agak teruk."

Mengakui emosinya turut senang terganggu, Nurul memilih untuk sentiasa bersikap positif kerana bagi pelantun 'Aku Cinta Aku Rindu ini', kawalan emosi amat perlu bagi mengelakkan diri berasa tertekan. Selain itu, pengambilan makanan tambahan seperti vitamin juga memainkan peranan penting di samping rehat yang cukup.

GUA turut bertanyakan ibu kepada Ayu dan Zachery ini sama ada inginkan anak lelaki atau perempuan kali ini. Tidak meletakkan sebarang pilihan, Nurul menganggap kehamilan kali ini merupakan satu pemberian yang tidak ternilai baginya. 

“Sejujurnya saya tak ada nak anak lelaki ke atau perempuan. Bagi saya, Alhamdulillah Allah dah beri saya rezeki anak. Ada pasangan yang menunggu lama untuk mendapatkan zuriat dan saya bersyukur atas nikmat ini."

Kejutan Tak Menjadi Cerita Nurul lagi, hasrat dia dan suaminya untuk memberi kejutan kepada keluarga suaminya di Perancis akan berita kehamilannya tidak kesampaian apabila keluarga suaminya itu terlebih dahulu mengetahuinya.

“Mula-mula nak beri kejutan semasa saya pulang menziarahi mereka di Perancis bulan September lalu. Tapi sepupu Eric terlebih dahulu memberi ‘hint’ pada keluarga suami di sana. Saya dah agak yang kejutan ni tak akan jadi bila ibu mentua mesej saya dekat Skype sebelum ke sana 'Jumpa anda berempat’. 

Setibanya di sana, mereka semua menyambut kepulangan kami dengan ucapan tahniah dan ibu mentua saya sendiri menangis sebab terlalu gembira dengan berita ini," tambah penyanyi berusia 37 tahun ini.

Bercakap mengenai perkembangan dunia seninya, Nurul memberitahu sudah pun mempunyai perancangan untuk aktif tahun hadapan. Tahun 2015 juga bakal menyaksikan anak seni ini meraikan ulang tahun ke 20 nya bergelar seorang penyanyi. 

Mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas, Nurul yang kini memberi fokus kepada keluarga akan membuat kemunculan khas sebagai penyampai trofi di Anugerah Industri Muzik (AIM) 21 yang akan diadakan 6 Disember ini.

“Insya-Allah, saya akan kembali aktif dalam bidang nyanyian tahun hadapan selepas saya selesai melahirkan dan menguruskan pantang saya. Lagu-lagu dah ada dan perbincangan dengan komposer pun dah selesai cuma menunggu keputusan akhir dibuat. 

Siapa yang terlibat dan bagaimana konsep album itu, kena tunggu sampai pengumuman seterusnya dari masa ke semasa," ujar Nurul.
Sebelum mengakhiri perbualan, GUA sempat bertanyakan Nurul akan rahsia beliau kelihatan cukup anggun dan ceria walaupun sedang hamil. 

Bagi Nurul, sentiasa positif
dalam kehidupan dan berbuat baik kepada semua orang merupakan antara sikap yang membolehkannya menjalani kehidupan yang gembira.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leezzaliza 20-11-2014 01:46 PM
Bagus la.. Die pun dah x de mak bapak. Bole la tumpang bermanja
Quote kakprik 20-11-2014 01:56 PM
apa produk terbaru nurul ni..dah lama rasanya aku baca  citer2 dia mengandung jer..
Quote lionsleepin 20-11-2014 02:02 PM
suka je nurul ni..nampak humble jek...laki dia masyukk ooh
Quote Blueberri 20-11-2014 02:02 PM
sekarang dah jadi nurul depp
Quote Mary_jane 20-11-2014 02:07 PM
Menangis terharu. Congrats nurul depp
Quote tomet05 20-11-2014 02:13 PM
nurul dan ajai dalam kenangan
Quote chinta89 20-11-2014 02:23 PM
tomet05 posted on 20-11-2014 02:13 PM
nurul dan ajai dalam kenangan

dulu konon pasangan paling bahagia.. apekan daya tiada jodoh berpanjangan..
Quote kaklehot 20-11-2014 02:26 PM
mesti nurul ni terrer ckp france..best nye dpt sll p paris..
Quote pichee 20-11-2014 02:53 PM
skrg ni dh nmpk nurul pnye kebahagiaan..kte sendiri dpt rsekan happines die...aku doa moga happines beliau berpanjangan...

maklumlah...sepanjang perkahwinana dlu...mmg sume org tau kot perangai ajai..komposer-artis baru..phm2 je la yea...bertahun2 nurul makan hati..sbb perangai ajai...

nw...nurul dh bahagia...
Quote Madel 20-11-2014 02:54 PM
Aku rasa, aku mcm penah baca jer atikel ni..
dejavu kah??
Quote munchkin 20-11-2014 02:58 PM
suka tengok nurul ni
Quote cantleyi 20-11-2014 03:04 PM
bagus la tu..seronok sangat kalu dapat buat ibu menangis terharu

feeling dia sangat dalam
seronok
Quote gula_tebu 20-11-2014 03:17 PM
mesti Anak_Misi pon tumpang bahagia, ini tak asyik tumpang bahagia tengok pingu je. kakak sendiri so-so je.
Quote kokocrunch 20-11-2014 03:18 PM
mengandung lg ke??..tahniah nurul depp
Quote nh83 20-11-2014 03:25 PM
Org yg baik pasti akan dpt pasangan yg baik jua..dia mmg wanita yg tabah.. Mcm cite dongeng pulak kn..at the end hidup bahagia bersama jejaka impian..ewahh..
Quote achicha 20-11-2014 03:28 PM
Madel posted on 20-11-2014 02:54 PM
Aku rasa, aku mcm penah baca jer atikel ni..
dejavu kah??

Bukan dejavu kot..

sebab ade ayat2nya tu macam kopipes dr blog Nurul tu..
Quote atapnipah 20-11-2014 03:30 PM
untonglahhhh..

disayang family in law..
Quote Madel 20-11-2014 03:39 PM
achicha posted on 20-11-2014 03:28 PM
Bukan dejavu kot..

sebab ade ayat2nya tu macam kopipes dr blog Nurul tu..

Khen..

Rasa nya part ayat yg mak mertua nangis tu..iols dah penah baca..
Kekonon nurul nak wat suprise tu,
..tu rasa nya wktu 1st baby kan..
Quote asamfish 20-11-2014 03:39 PM
dua2 passport anak simpan elok2 eh nurul
bukan ape
sebagai langkah berjaga2
masa bahagia ni la kena selalu berwaspada
bukan ape
langit tidak selalunya cerah

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.066163 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top