CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Sultan Pahang Dukacita: 'Apa Palanivel Buat?'

21-11-2014 11:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12799| Komen: 66

Description: Ahad Lalu, Palanivel Yang Juga Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Berkata, Sejuta Pokok Akan Ditanam Di Cameron Highlands Terutamanya Di Lereng-Lereng Bukit Bagi Mengurangkan Hakisan Tanah Seteru ...
Sultan Pahang dukacita: 'Apa Palanivel buat?

Sultan Pahang menemui sebahagian mangsa banjir  lumpur sewaktu berkenan melawat kawasan bencana. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Ahmad  Shah murka dengan Ahli Parlimen Cameron Highlands,  Datuk Seri G. Palanivel  dan telah menitahkan beliau untuk segera mengambil langkah-langkah bagi mengelak  tragedi yang sama berulang kembali pada masa akan datang.

Memberi  reaksi terhadap bencana bajir lumpur baru-baru ini yang mengorbankan lima nyawa,  Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa kecewa baginda terhadap Palanivel yang  dilihat kurang cekap melaksanakan tindakan, walaupun kes seperti itu pernah  berlaku pada masa lalu.

"Apa yang Palanivel buat? Tiada apa. Rakyat di  situ kini menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku.

"Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihan raya lalu, tetapi  adakah ini yang diberikannya kepada rakyat?" titah baginda seperti yang  dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Sultan Ahmad Shah  turut mengingatkan Palanivel agar memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat yang  telah memilihnya dalam pilihan raya lalu atau berdepan dengan risiko kehilangan  undi mereka pada pilihan raya akan datang.

"Beta rasa malu dengan  kejadian ini. Beritahu menteri kamu supaya memberi keutamaan kepada kawasan  sendiri terlebih dahulu," titah baginda.

Baginda juga menitahkan agar  semua penerokaan tanah haram untuk pertanian di seluruh Cameron Highlands  dihentikan serta-merta, selain mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang  bertanggungjawab membiarkan masalah itu berlarutan.

Ahad lalu,  Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, sejuta pokok  akan ditanam di Cameron Highlands terutamanya di lereng-lereng bukit bagi  mengurangkan hakisan tanah seterusnya menhindar kejadian runtuhan tanah.

Menurut Palanivel, program menanam pokok itu akan dimulakan secara  berperingkat dalam tempoh tiga tahun. Beliau menambah, pihak kementerian juga  mahu memperoleh 11 plot tanah sepanjang tebing Sungai Bertam, Ringlet yang kini  dimiliki pihak perseorangan melalui Akta Pengambilan Tanah 1960.

  Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya  akan menempatkan para pegawainya di Cameron Highlands bagi meningkatkan usaha  pemantauan aktiviti-aktiviti rasuah di lokasi.

Pengarah Siasatan SPRM,  Datuk Mohd Shukri Abdul menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat tentang  rasuah atau aktiviti haram di kawasan berkenaan untuk menyampaikannya kepada  SPRM.            

3

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote d'zeck 20-11-2014 11:46 AM
dan ketiadaan palanivel mengiringi
lawatan Tuanku Sultan Pahang juga
menimbulkan banyak persoalan


Quote ResellerMaxis 20-11-2014 11:46 AM
murka dekat g palanivel buat apa..murka lah dekat adnan yaakob..
Quote Esmiria 20-11-2014 11:49 AM
ResellerMaxis posted on 20-11-2014 03:46 AM
murka dekat g palanivel buat apa..murka lah dekat adnan yaakob..

Haha. sokong.
Quote d'zeck 20-11-2014 11:50 AM
serah semula parlimen
cameron kepada pertubuhan
kebangsaan
Quote atira 20-11-2014 11:52 AM
palanivel dgn denan carut..
dua2 patut kene hencap..
dua2 tak buat kerja.. makan gaji buta.. sampai kerugian ( nyawa, material, alam) yg amat besar kpd pahang dan malaysia..
elok dicampak je ke neraka
Quote offwhite 20-11-2014 11:55 AM
apabila seorg sultan murka...tamparan buat atok pala...tempias utk bn...najib????
Quote MengkuduMasam 20-11-2014 11:55 AM
aku baru balik dari cameron.. sempat laa sembang ngan local ppl...

dia kata banjir yg sama last year disebabkan ade project yg tek berlaku... tanah xdpt tampan air...
yg bestnya.. katanya project tu sultan pahang punya... jumlah kematian yg dilaporkan sedikit.. sebenarnya lagi ramai...

katanya laa.... dia tipu.. aku pun tipu laaa
Quote d'zeck 20-11-2014 11:58 AM
MengkuduMasam posted on 20-11-2014 11:55 AM
aku baru balik dari cameron.. sempat laa sembang ngan local ppl...

dia kata banjir yg sama last y ...

kutip cerita kat longkang
dapat la info longkang

nak tutup jumlah orang mati
dalam 'dunia gajet media'
yang mudah macam hari ni
bukan senang

Quote Jagendas 20-11-2014 12:03 PM
ResellerMaxis posted on 20-11-2014 11:46 AM
murka dekat g palanivel buat apa..murka lah dekat adnan yaakob..

tak boleh
nanti income kurang
Quote amira_safia 20-11-2014 12:04 PM
pelik juga sultan ni ... tak kan sultan ni tak ada power untuk banteras gangster?    ... atau sultan ni tutup sesuatu ... hurmmmm  ...
Quote atira 20-11-2014 12:04 PM
salah sorang yg menarah balak2 kat pahang tu udah tentu bayangan tuhan...
Quote ResellerMaxis 20-11-2014 12:08 PM
MengkuduMasam posted on 20-11-2014 11:55 AM
aku baru balik dari cameron.. sempat laa sembang ngan local ppl...

dia kata banjir yg sama last y ...

setiap kali banjir pun macam tu..dekat johor dulu banjir besar pun macam tu kata jiran-jiran n masyarakat setapat..banyak kematian xdilaporkan lah apa lah..padahal non hado..

tengok kes sulu, kes mh370..konon-konon banyak kerajaan sorok..
Quote d'zeck 20-11-2014 12:08 PM
amira_safia posted on 20-11-2014 12:04 PM
pelik juga sultan ni ... tak kan sultan ni tak ada power untuk banteras gangster?    ... atau sult ...

kalo nak one man show je
tak payah la ada penurunan kuasa

ahli parlimen, ADUN, ketua masyarakat,
agensi2 semua tu ada bidang
tanggungjawab masing2

sikap rakus penduduk atau peneroka
tanah perlu
juga disalahkan

Quote annehuda 20-11-2014 12:09 PM
d'zeck posted on 20-11-2014 11:58 AM
kutip cerita kat longkang
dapat la info longkang

senang je dzeck ko je yg tak tau. samelah dlm malaysia si najib ni citer baik2 je kt oversea nun najib ni dikeji. tp kerajaan pandai tutup je.

Quote d'zeck 20-11-2014 12:15 PM
annehuda posted on 20-11-2014 12:09 PM
senang je dzeck ko je yg tak tau. samelah dlm malaysia si najib ni citer baik2 je kt oversea nun n ...

asal kawasan ramai cina susah nak govern

isu DNA main peranan utama
juga

Quote nour2001 20-11-2014 12:18 PM
Selama ini soltan pahanag tak pernah ke lalu lalang atau buat tinjauan kat daerah mcm cameroon hiland ni..kalau tuanku tinjau kawasan dah tentu tuanku akan perasan kesan tarahan dan teroka yg pesat di kawasan ii...takleh harap denan carut kasi laporan saja...bila dah berlaku musibAh mcm ni baru tgk keadaan rakyat...
Quote annehuda 20-11-2014 12:18 PM
d'zeck posted on 20-11-2014 12:15 PM
asal kawasan ramai cina susah nak govern

isu DNA main peranan utama

kekdg kan dzeck aku rasa mcm nk nangis pun ade sbb aku tak sangka wujud org ngan kepala otak mcm ko ni kt malaysia ni ha. ko pegi la cek dna ko tu dulu betul ke 100% pure melayu. mcm dh termakan nasi kangkang bn dah ko ni, ape kerajaan buat ko angguk setuju.

Quote d'zeck 20-11-2014 12:19 PM
annehuda posted on 20-11-2014 12:18 PM
kekdg kan dzeck aku rasa mcm nk nangis pun ade sbb aku tak sangka wujud org ngan kepala otak mcm k ...

cina DAP pun gerenti angkat tangan
dengan sikap haloba dan kiasu
penanam2 sayur di cameron,

yang majoritinya cina

Quote jofizo 20-11-2014 12:21 PM
murka kat ahli parlimen buat pa, depa silih berganti.... tu hat yg dok kt pej.tanah, majlis daerah berpuluh tahun takkan la buta x nampak apa yg berlaku kat depan mata.....

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.201014 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top