CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Balqis Dimarahi Peminat

21-11-2014 05:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19961| Komen: 33

Description: Filem Cinta Arahan Bade Haji Azmi Terbitan Suhan Movies Production Itu Turut Dibintangi Fizo Omar, Liyana Jasmay Dan Adi Putra. Pelakon Berdarah Kacukan Melayu, Arab Dan India Ini Berkata, Walaupun Ma ...
Balqis Dimarahi Peminat


Dimarahi seorang warga emas gara-gara geram terhadap watak jahat yang dibawa cukup membuatkan pelakon kelahiran Machang, Kelantan, Balqis Rameshan, 25, terharu sekali gus membuktikan dia berjaya membawa watak itu dengan berkesan.

Pelakon dengan nama sebenar Rabiatul Balqis Rameshan ini berkata, watak jahat yang sering dilakonkan sejak 2008 sedikit sebanyak membantu 'menjelmakan' namanya di kaca televisyen walaupun sekadar watak pembantu. Dia juga tidak pernah berkecil hati jika berdepan situasi demikian, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus membawa watak sedemikian..

Antara drama yang pernah dilakonkannya ialah Butang Baju Melayu, Tok Ketua, Setia Hujung Nyawa, Surat Cinta dan Tali. Kini, pelakon yang mendapat didikan Datuk Rosyam Nor, Erma Fatima dan Sabri Yunus ini mampu tersenyum lebar apabila filem pertama lakonannya, Isyarat Cinta bakal ditayangkan di pawagam Januari ini.

Filem cinta arahan Bade Haji Azmi terbitan Suhan Movies Production itu turut dibintangi Fizo Omar, Liyana Jasmay dan Adi Putra. Pelakon berdarah kacukan Melayu, Arab dan India ini berkata, walaupun masih belum berpeluang memegang watak utama, dia tetap bersyukur kerana sentiasa diberikan tawaran berlakon.

Terbaru, Balqis muncul dalam drama bersiri 16 episod berjudul Zahira yang ditayangkan di TV3 bermula 20 November lalu. Dalam drama adaptasi novel cinta arahan Khalid Nazri itu, Balqis yang memegang watak Sofia turut bergandingan bersama Adi Putra, Zara Zya dan Azizah Mahzan. Ibu kepada dua cahaya mata, Adellfea Raina Amini, 3, dan Arheanna Rafaella yang kini berusia lima bulan ini membuktikan kemampuan menjayakan watak komedi ketika berlakon dalam beberapa siri komedi antaranya Tan Tun, Biar Betul Bendul, Pangkin Atuk dan Moh Ke Kafe Kita.

"Memang banyak tawaran membabitkan cerita komedi. Namun, jika diberi peluang saya mahu mencuba watak lasak," katanya yang memiliki wajah mirip pelakon Intan Ladyana. Dalam pada itu, status sebagai isteri dan ibu juga tidak menghalang Balqis untuk aktif dalam bidang lakonan kerana suaminya, Amini Ahmad Tabarani, 27, yang juga bekas penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan memahami kerjayanya itu.

Katanya, dia pernah membawa anak keduanya ke lokasi penggambaran kerana masih menyusu badan ketika itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JDT 21-11-2014 07:35 AM
Tt mintak gambar....tak kenal langsung, tq.
Quote epalgebuu 21-11-2014 08:04 AM
apesal ko taip kebawah?
Quote SayaSayangMama 21-11-2014 08:06 AM
Xsuka la dia ni serabut muka. Rambut penuh tutup muka. Iolss xsuka wlu org kata dia cantik. Yela pndangan masing2. Nk tanya dia ni kacuk india ke?

Rambut mcm indian sikit.
Quote Athrun.Zalaa 21-11-2014 08:22 AM
Bro TT,
Ko letak berita view forum ni as webs ke mobile kalau guna mobile device?!!

Sbb aku x brapa suka nmpak ruangan kosong


spatutnya camni...Cth:


Sekadar bertanya...
Kalau guna device/mobile, rasanya kat bwh sekali ada view as website.
Ke guna apps?!!
Quote Blueberri 21-11-2014 08:35 AM
la baru 25 ker...aku ingatkan dah 30 an...Nampak muka cam tua, hidung dia kembang sket kan...tak kenal dia nih...baru google, adalah jugak nampak dia berlakon telemovie...
Quote MissMamamia75 21-11-2014 09:18 AM
Athrun.Zalaa posted on 21-11-2014 08:22 AM
Bro TT,
Ko letak berita view forum ni as webs ke mobile kalau guna mobile device?!!

aku ingat laptop aku ni yang problem..
sbb byk2 thread2 yer kosong sebelah...mcm gambor yg ditepek ni..

xpuas membaca kan...rugi ruang...


Quote Athrun.Zalaa 21-11-2014 09:21 AM
MissMamamia75 posted on 21-11-2014 09:18 AM
aku ingat laptop aku ni yang problem..
sbb byk2 thread2 yer kosong sebelah...mcm gambor yg ditepe ...

Hehehe...
Sorry yer kalau ada yg sentap ngn komen sy...
Kalau xde yg sentap xpe...

Quote tomet05 21-11-2014 09:24 AM
aah .. pelik jugak asek ketepi ni kan
Quote sepitsiput 21-11-2014 09:35 AM
Athrun.Zalaa posted on 21-11-2014 08:22 AM
Bro TT,
Ko letak berita view forum ni as webs ke mobile kalau guna mobile device?!!

chuols kerja felcra ke?

anyway, minah ni dulu hindu kan? dah convert jd balqis...dulu bea nama dia.
Quote Athrun.Zalaa 21-11-2014 09:38 AM
sepitsiput posted on 21-11-2014 09:35 AM
chuols kerja felcra ke?

anyway, minah ni dulu hindu kan? dah convert jd balqis...dulu bea nama  ...

Ooo ok... Ye ke?!!
Same person la nih ye?!!

A'aa keje felcra...
Quote NaylaArisha 21-11-2014 09:42 AM
Athrun.Zalaa posted on 21-11-2014 08:22 AM
Bro TT,
Ko letak berita view forum ni as webs ke mobile kalau guna mobile device?!!

Rasanya dia just copypaste jer tu...
N sheols online thru fon jer

Quote NaylaArisha 21-11-2014 09:45 AM
JDT posted on 21-11-2014 07:35 AM
Tt mintak gambar....tak kenal langsung, tq.





sheols ni Rea Balqis Rameshan dari Pilih Kasih program realiti TV Rosham Nor

Quote schababe 21-11-2014 09:46 AM
balqis who?
Quote freakyskinny 21-11-2014 09:46 AM
igt kn budak kecik balqis tu...
dh kenape macik2 kertu nk meroyan ngan die...
rupe balqis laen laaaaaaaaaaaaa
Quote JDT 21-11-2014 09:52 AM
NaylaArisha posted on 21-11-2014 09:45 AM
sheols ni Rea Balqis Rameshan dari Pilih Kasih program realiti TV Rosham Nor

Thanks Yayang....baru rasa macam tengok orangnya...
Quote Mary_jane 21-11-2014 09:55 AM
Dulu balqis ni memula join pentas pilih kasih. Pkai nama bea rameshan. I tgk cite butang baju melayu bln pose td, maybe masa shooting drama ni la dia bwk ank g shooting tuk breasfeeding sbb bdn dia nmpk sgt bru lepas melahirkan.

Dia blakon ok xde horror mna pn. Moga terus success.
Quote amal12bh 21-11-2014 09:56 AM
oo..yg berlakon jadi doktor dlm cerita setia hujung nyawa ni..rasanya macam nampak dia kt airport kota bharu awal tahun haritu..tgh dukung budak kecik..kalau dia la..rendang jek orgnya..
Quote aviators 21-11-2014 09:57 AM
Seb baik ade yg tepek pic
Aku Ingat budak puteri balqis tu

Nak bukak  benang pls la be complete, banyak lak tu benang cara gini...
Quote edoraixora 21-11-2014 10:01 AM
balqis pulak....bukan dulu bea ke?
balqis semundur khan tadi

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.221411 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top