CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Indah Tak Anggap Dirinya Lebih Menyerlah Daripada Faizul

25-11-2014 09:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9603| Komen: 64

Description: Indah Atau Nama Sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 26, Berkata, Kedua-Dua Mereka Mempunyai Kelebihan Dan Mempunyai Peminat Tersendiri Yang Memberi Sokongan Selepas Keluar Daripada Rancangan Tersebut.
Indah Tak Anggap Dirinya Lebih Menyerlah Daripada Faizul 

Indah akui lagu Percayalah bawa namanya pergi lebih jauh.



PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), Indah Ruhaila tidak pernah menganggap dirinya lebih menyerlah daripada juara program itu iaitu Faizul Sany.


Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 26, berkata, kedua-dua mereka mempunyai kelebihan dan mempunyai peminat tersendiri yang memberi sokongan selepas keluar daripada rancangan tersebut.

"Susah nak cakap tentang populariti atau kejayaan kerana bagi saya pertandingan sebenar adalah selepas keluar daripada program tersebut.

"Namun saya lihat kami masing-masing ada kelebihan berbeza, dia ada pengikut sendiri dan begitu juga saya. Pada saya itu semua rezeki masing-masing," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Indah yang turut bertanding di malam kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 29, pada malam Jumaat itu berkata, nasib lebih menyelebahinya berikutan kekuatan laguPercayalah.


Jelasnya, lagu tersebut telah membawanya terus dikenali serta pergi lebih jauh berbanding rakan-rakan AF 2013 yang lain.

"Saya yakin disebabkan tuah lagu Percayalah ini yang sebenarnya membawa saya pergi lebih jauh daripada kawan-kawan lain.

"Bagaimanapun, saya yakin kawan-kawan yang lain juga mempunyai rezeki mereka sendiri selepas ini," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang pertandingan Muzik Muzik 29, Indah berkata, dia agak gementar kerana pertama kali beraksi di pertandingan besar selepas AF 2013.

Katanya, dia sentiasa menganggap pertandingan tersebut sebagai sebuah persembahan bagi mengurangkan rasa gugup ketika di pentas itu.

"Susah nak cakap macam mana perasaan saya di atas pentas dan bersaing dengan penyanyi penyanyi popular terutamany ada Datuk Hattan dan Dayang Nurfaizah.

"Saya hanya anggp ia sebagai satu persembahan sahaja dan bukan pertandingan kerana kalau tidak saya akan gugup," ujarnya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote achik2009 24-11-2014 11:43 AM
agak2 Indah bole jadi pengganti Tok Ti tak?....
Quote enchikfitz 24-11-2014 11:46 AM
achik2009 posted on 24-11-2014 11:43 AM
agak2 Indah bole jadi pengganti Tok Ti tak?....

Indah dulu pun satu record dgn Siti, SRC. BBut still sendu. Jadi bila bernaung bawah Astro pun, mcm susah nak naik jugak. Last2 buat group The Lomas yg sendu. Tapi aku suka giler performance dia hari tu. Sedap. Belum tuah lagi agaknya.
Quote achik2009 24-11-2014 11:49 AM
enchikfitz posted on 24-11-2014 11:46 AM
Indah dulu pun satu record dgn Siti, SRC. BBut still sendu. Jadi bila bernaung bawah Astro pun, mc ...

The Lomas tu cilok dari nama Saloma ek?...
Quote tomet05 24-11-2014 11:53 AM
ermmm .. sendu la hai
Quote enchikfitz 24-11-2014 11:57 AM
achik2009 posted on 24-11-2014 11:49 AM
The Lomas tu cilok dari nama Saloma ek?...

Ha'ah..betullah tu
Quote alieyrina 24-11-2014 11:58 AM
Sora best tp kalu lagu tak best bg aku memg x best lah..
Quote achik2009 24-11-2014 12:02 PM
enchikfitz posted on 24-11-2014 11:57 AM
Ha'ah..betullah tu

kann?...dorg buang satu "a" je....
Quote akakmasihvogue 24-11-2014 12:28 PM
Indah suara sodap tapi takder X faktor...
Quote pipigebu 24-11-2014 12:30 PM
suara ok tp bila camera fokus kt gigi hari tu kuning... eeeuuwwww
Quote ikinbest 24-11-2014 01:01 PM
adik faizal husein kah?.. ade iras
Quote BebeQ 24-11-2014 01:14 PM
sedap juga dia nyanyi aritu.
Quote supernaturalee 24-11-2014 01:53 PM
die nyanyi xbest ms separuh akhir
dengarnye demam & sakit tekak


ms kt abpbh duet dgn asmidar, yg tu ye best
Quote kakprik 24-11-2014 02:01 PM
dia anak sedara ayai kan..pada aku tak der sorang pon budak2 af dari season dia yg menyerlah..lepas habis konsert semua sendu..
Quote setokinpurple 24-11-2014 02:05 PM
Dua dua sendu sampai tak tau sape lagi sendu.. Hmm sendu sesendu sendu nya
Quote dondangdendang 24-11-2014 02:07 PM
pipigebu posted on 24-11-2014 12:30 PM
suara ok tp bila camera fokus kt gigi hari tu kuning... eeeuuwwww

aku ingt aku sorg je yg perasan....
Quote jefri90 24-11-2014 02:22 PM
dulu pernah baca dia ni umur 24, kejap 26, kejap 28. tak konsisten betul.
Quote Mary_jane 24-11-2014 05:23 PM
I prefer aisyah aziz. You go girl!
Quote lampor 24-11-2014 10:50 PM
jefri90 posted on 24-11-2014 02:22 PM
dulu pernah baca dia ni umur 24, kejap 26, kejap 28. tak konsisten betul.

hahaha... umur ikut mood reporter
Quote beta_carotene 24-11-2014 10:52 PM
dari segi PR haritu tengok Muzik Muzik boleh tahanlah
boleh jawab dengan pro tanpa ada aura bimbo

tp perawakan dia macam 'keras' .. jenis yang tegas kot

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.061791 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top