CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Hafiz Suip Kehilangan Mikrofon Kesayangannya

25-11-2014 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28177| Komen: 209

Description: Sementara itu, Hafiz turut mengakui mikrofon tersebut merupakan antara alat muzik pertama yang dibelinya hasil titik peluh sebagai penyanyi.

Hafiz Suip Kehilangan Mikrofon Kesayangannya


Penyanyi Hafiz Suip mendedahkan dia telah kehilangan mikrofon kesayangannya selepas majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung pada 7 November lalu.

Hafiz, 24, berkata, dia terkilan memandangkan harga alat pembesar suara yang dibelinya sejak lebih setahun lalu mempunyai nilai tinggi.

"Saya hilang mikrofon itu selepas persembahan ASK 2014, ia bukan dicuri sebaliknya kecuaian saya sendiri apabila meletakkan kotak mikrofon tersebut di bumbung kereta.

"Saya terlupa tentang mikrofon itu selepas berborak dengan seseorang sebelum masuk ke kereta, apabila saya sedar ianya sudah tiada," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Hafiz berkata, mikrofon tersebut tidak boleh digunakan oleh orang lain berikutan ianya sudah ditetapkan mengikut kesesuaian suaranya sahaja.

Tambah Hafiz, ia juga ada tertera namanya serta tidak boleh dijual dalam bentuk asal.

"Kalau ada sesiapa yang menjumpai mikrofon itu sekalipun, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya sudah set untuk kegunaan saya serta transmitter tertentu sahaja.

"Lagi pula ada terukir nama saya dan kalau nak jual pun hanya beberapa bahagian sahaja yang laku," ujarnya.

Sementara itu, Hafiz turut mengakui mikrofon tersebut merupakan antara alat muzik pertama yang dibelinya hasil titik peluh sebagai penyanyi.

Katanya, dia terpaksa mengumpul beberapa bulan hasil persembahan nyanyiannya semata-mata untuk membeli mikrofon tersebut.

"Harganya bukan boleh dapat dalam satu dua persembahan nyanyian, nak beli mikrofon itu saya terpaksa kumpul duit lama juga.

"Rasa nak menangis bila ianya hilang, ia juga banyak berjasa kepada kerjaya nyanyian saya. Insya-Allah kalau ada rezeki saya mahu beli yang lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu, dia sudah pun membuat laporan polis tentang perkara itu sejurus menyedari kehilangan tersebut.

"Saya dah buat laporan polis tetapi pihak polis beritahu perkara tersebut sukar diambil tindakan kerana ia adalah kecuaian saya sendiri," katanya.

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 24-11-2014 02:38 PM
Kena setting mikrofon baru suara keluar sedap ke?? Sedihnya..

Anyway, suara ko dah semulajadi sedap dik.. tak payah setting mikrofon mahal bagai..
dengar nasihat akak yang non-batak ni ye..
Quote Along_XX 24-11-2014 02:40 PM
Aishhhh.....sendiri cuai....beli je la yg lain atau tunggu la kot sesapa yg terjumpa pulangkan balik.....huhu
Quote siti_kus 24-11-2014 02:40 PM
ala siannya.. mohon org yg jumpa pulang kt hafiz blk.
Quote malukokram 24-11-2014 02:43 PM
Baru semalam nampak dia kat kenanga shopping centre..
Sempoi je tshirt ngan seluartrack.

Memang spisis jimat abis kot.
Quote achik2009 24-11-2014 02:44 PM
Along_XX posted on 24-11-2014 02:40 PM
Aishhhh.....sendiri cuai....beli je la yg lain atau tunggu la kot sesapa yg terjumpa pulangkan balik ...

bukan mikrofon dia yg ni ke yg jatuh masa perform dgn Aisyah AF2013 thn lepas?...
Quote cmf_conan 24-11-2014 02:47 PM
sebelum ni ada baca kes org letak plastik sampah atas bumbung kete pastu menonong bawak kete. lupa terus plastik sampah tu..
satu kes lagi handbag letak kat bumbung kete..menonong jugak bawak. lupa kata letak handbag kat situ.
Quote twins 24-11-2014 02:48 PM
Nak buat mcm mana hafiz.. dah memang tak lama jodohnya mikrofon tu bertuankan hafiz...
kalau ada rezeki nanti beli lain & jaga elok2.... Bang Nuar Jeng pun beli mikrofon sendiri....nak harapkan mikrofon yg diprovide banyak jer masalahnya... sekejap suara jadi besar... sekejap tak der suara langsung... feel habis semua ke laut cina selatan....
Quote Along_XX 24-11-2014 02:51 PM
achik2009 posted on 24-11-2014 02:44 PM
bukan mikrofon dia yg ni ke yg jatuh masa perform dgn Aisyah AF2013 thn lepas?...

Sama le tu kot....
Quote cmf_conan 24-11-2014 02:52 PM
twins posted on 24-11-2014 02:48 PM
Nak buat mcm mana hafiz.. dah memang tak lama jodohnya mikrofon tu bertuankan hafiz...
kalau ada re ...

micropon deme ni kalo gadai boleh dpt kancil sekor
Quote fuzzyfuzzy 24-11-2014 02:53 PM
Hapis cer ko tgk kt MUDAH..
Mana tau org yg curik tu dah advertise kt situ... Hehehe
Quote selayaknyalah 24-11-2014 02:55 PM
cmf_conan posted on 24-11-2014 02:47 PM
sebelum ni ada baca kes org letak plastik sampah atas bumbung kete pastu menonong bawak kete. lupa t ...

kes plastik sampah tu aku la salah sorang nye...kiki..

OT jap erk

masa tu aku nk pindah dr kl ke perak sebab br pas kawen..so aku clearkan semua brg la kat blk aku..then mcm bj or ape2 brg2 aku yg xguna aku nk buang la..msk lam plastik sampah itam...aku letak barang sume lam kete..pastu kebetulan hujan..aku letak la plastik smpah tu kat tas bumbung kete...aku mmg nk buang kat blakang umah flat aku..tong sampah jauh dr umah aku..so mmg naik kete la buang...kemudian masuk lam umah balik nk amik handbeg aku...pastu aku msk lam kete..aku drive menonong jek..sedo sal plastik sampah masa dh nk sampai tol sungai buluh...aku ckp kt ank sedara hubby aku yg teman aku...." alamak mira...achik lupa buang sampah la td..." aku pun benti tepi jln..plastik sampah tu xtau dh terbang kemana..hahahaha
Quote qqOfficial 24-11-2014 02:56 PM
agak2 berapa la seunit mic yang nak belinya mahu pulun beraPA KALI DUIT PERSEMBAHAN...  ratusan ribukahh..

akak samihah pun guna mic beli sendiri kan...  dgrnya black n tomok pun guna mic sendiriam berhad...
Quote achik2009 24-11-2014 03:00 PM
Along_XX posted on 24-11-2014 02:51 PM
Sama le tu kot....

ingatkan selepas mikrofon dia tu jatuh dah rosak terus...hehe...

masa jatuh aritu pun dia dah mcm nak nangis...ni kan pulak dah lesap...

Quote fiezameysekali 24-11-2014 03:00 PM
selayaknyalah posted on 24-11-2014 02:55 PM
kes plastik sampah tu aku la salah sorang nye...kiki..

OT jap erk

nk gelak leh
Quote achik2009 24-11-2014 03:02 PM
qqOfficial posted on 24-11-2014 02:56 PM
agak2 berapa la seunit mic yang nak belinya mahu pulun beraPA KALI DUIT PERSEMBAHAN...  ratusan ribu ...

rasanya dlm puluhan ribu la kot?...
ramai dah artis skrg yg guna mikrofon sendiri...
Quote tuun 24-11-2014 03:02 PM
Kesian Hafiz. Hrp2 dpt blk fav mic dia tu.
Quote Along_XX 24-11-2014 03:04 PM
selayaknyalah posted on 24-11-2014 02:55 PM
kes plastik sampah tu aku la salah sorang nye...kiki..

OT jap erk

Gelak guling2
Quote cmf_conan 24-11-2014 03:06 PM
selayaknyalah posted on 24-11-2014 02:55 PM
kes plastik sampah tu aku la salah sorang nye...kiki..

OT jap erk

Takleh bayangkan tgh sedap2 bawk kete tiba2 kecepurrrrr.. plastik sampah hinggap kat cermin kete
Kalo kene moto lagi haru
Quote Along_XX 24-11-2014 03:06 PM
achik2009 posted on 24-11-2014 03:00 PM
ingatkan selepas mikrofon dia tu jatuh dah rosak terus...hehe...

masa jatuh aritu pun dia dah m ...

Kalo puluhan ribu mmg patut nangis atau meraung dgn kelalaian sendiri......

Lihat semua komen(209)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.077913 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top