CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Didie Alias akan Mengarah Tahun Depan?

25-11-2014 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10401| Komen: 14

Description: "Mereka Bergilir-Gilir Menjaga Dayyan Sehingga Kadang-Kadang Berebut Nak Jaga Adik. Alhamdulillah Anak-Anak Memahami Keadaan Saya Yang Kadang-Kadang Sibuk Dan Sentiasa Membantu," Katanya. Dalam Pe ...
Didie Alias akan Mengarah Tahun Depan


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Didie Alias memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah terpaksa membawa anak keenamnya, Muhammad Dayyan ke tempat kerja kerana tidak mempunyai pembantu rumah.

Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, 40 , berkata, dia tidak merasakan ada keperluan untuk mengupah pembantu rumah kerana masih mampu menjaga Dayyan yang kini berusia empat bulan tambahan pula suaminya, Norisham Ismail sentiasa berada disisi untuk membantu.

"Tidak rasa beban pun terpaksa membawa Dayyan ke tempat kerja kerana memang kami tidak merancang untuk mengambil pembantu rumah bagi menjaga anak.

"Bukan tidak mahu ambil pembantu tetapi memandangkan lima anak saya yang lain sudah pun besar jadi rasanya saya dan suami masih boleh menguruskan Dayyan," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Didie berkata, permintaan suaminya supaya Dayyan diberikan susu badan tanpa dicampur dengan susu formula sekurang-kurangnya untuk enam bulan turut menjadi faktor dia membawa anaknya ke tempat kerja.

Katanya, dengan cara itu lebih mudah dia menyusukan anaknya itu dan bersyukur kerana Dayyan tidak banyak meragam seolah- olah memahami situasinya yang perlu bekerja.


"Dia seorang anak yang baik dan jarang sekali menangis apabila berada di mana- mana acara yang melibatkan saya sebagai pengacara atau pun dilokasi penggambaran. Didie bersama suami, Norisham Ismail dan anak mereka Muhammad Dayyan.

"Sebelum memasuki set atau naik pentas saya akan menyusukan dia terlebih dahulu dan selalunya selepas itu dia akan tidur sehingga saya selesai bekerja," jelasnya.

Tambah Didie, biarpun pada awalnya dia berasa penat dengan rutin tersebut namun kini dia sudah terbiasa dengan situasi itu selain enggan berenggang dengan anaknya.

"Pada usia sekarang memang ada terasa penatnya namun saya lebih puas dapat melihat dia depan mata saya membesar dan suami juga banyak membantu ketika saya sibuk bekerja.

"Dialah orang yang paling sibuk sekali apabila berkaitan dengan anak kami dan sentiasa memanjakannya," ujarnya. Sementara itu, Didie juga memberitahu, anak- anaknya yang lain juga turut ringan tulang dalam menjaga adik mereka sehingga dia tidak berpeluang memegang anaknya itu.

"Mereka bergilir-gilir menjaga Dayyan sehingga kadang-kadang berebut nak jaga adik. Alhamdulillah anak-anak memahami keadaan saya yang kadang-kadang sibuk dan sentiasa membantu," katanya. Dalam perkembangan lain, Didie berkata, kerjaya seninya kembali rancak dengan pelbagai aktiviti selepas dia selesai berpantang selama 100 hari dan sudah bersedia untuk kembali aktif.

Bagaimanapun kata Didie, buat sementara waktu, dia hanya akan menerima tawaran yang tidak memerlukan dia bekerja dalam jangka masa panjang kerana perlu mengutamakan anaknya yang masih kecil. 

"Alhamdulillah rezeki semakin bertambah sejak melahirkan anak namun saya terpaksa memilih terutamanya lakonan kerana keadaan anak yang masih kecil.

"Bagaimanapun sepanjang November hingga Disember depan, saya banyak menerima undangan sebagai pengacara dan akan aktif berlakon pada Januari depan," katanya.

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tuun 25-11-2014 09:02 AM
Sya suka Didie ni. Baguslah dia bercita-cita tinggi.
Quote malaywood.NET 25-11-2014 09:06 AM
Suka tengok dia. Dia bekerja keras..
Quote supernaturalee 25-11-2014 09:07 AM
mana cerita nk mengarah thn depan?

crite psl aktiviti menetek die je nih
Quote sepitsiput 25-11-2014 09:10 AM
No offense... tp nama anak sheols tetap nk D khenn? Malangnya meols ada kenal sorg mohd dayyan...ponen penipu...kje gomen.. choi sgt. Hrp kehaprakan dayyan yg meols kenal x bjangkit kt baby Didie... opcoz la besar nnt hensem mcm daniel ank bujang didie tu
Quote kakprik 25-11-2014 09:15 AM
didie memang kuat kerja..
Quote kenarikelabu 25-11-2014 09:22 AM
supernaturalee posted on 25-11-2014 09:07 AM
mana cerita nk mengarah thn depan?

crite psl aktiviti menetek die je nih

Kena tukar tajuk tuh...Lady Gaga Gagah Menetek Anak.
Quote mixed 25-11-2014 09:24 AM
baby sheol chubby gak




Quote tomet05 25-11-2014 12:23 PM
rajin kije hokkay dd nih kan
Quote enchikfitz 25-11-2014 12:48 PM
Laki dia keje apa eh? Jadi PA skrg ke?
Quote cruisekeanu 25-11-2014 12:57 PM
La, baru 40 umur DA ini
Patutlah masih boleh mengandung
Ingatkan dah kertu sangat
Umur 40 sekarang ini bukan dianggap tua

kawan saya umur 40 ni tengok macam 20-an je
banyak orang tak percaya dia 40 bila sebut umur
anak dia dah tahun 1 di universiti
sebab dia makan organic food dan minum air kunyit serta cuka apple tiap hari (kata nya)
Quote Esmiria 25-11-2014 01:07 PM
mixed posted on 25-11-2014 01:24 AM
baby sheol chubby gak

Sado sungguh sominyaaa
Quote bambimbom 25-11-2014 01:22 PM
laki dia jadi PA dia ke?
Quote sam_survivor 25-11-2014 01:40 PM
cruisekeanu posted on 25-11-2014 12:57 PM
La, baru 40 umur DA ini
Patutlah masih boleh mengandung
Ingatkan dah kertu sangat

jaga makan, exercise, tak smoke/minum, tidur cukup inshaAllah nampak muda

Quote az4620 25-11-2014 02:34 PM
GAGAGGAGA

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.059783 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top