CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Ridhuan Teh Palsukan Keputusan Spm?

25-11-2014 11:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12970| Komen: 34

Description: Dia Didakwa Melakukan Pemalsuan Rekod Salinan Slip Spm Milik Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee, Puteri Sabrina Shazlin Roslan Dan Dhuratul Ain Radzali Dengan Niat Supaya Rekod Itu Dipercayai Telah Dibuat, D ...
Lelaki Palsukan Sijil SPM Termasuk Milik Anak Ridhuan Tee Didakwa


KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memalsukan rekod salinan slip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk milik anak seorang penceramah bebas.

Mohd Firdaous Shariful Azman, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuraini Abdul Razak.

Dia didakwa melakukan pemalsuan rekod salinan slip SPM milik Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee, Puteri Sabrina Shazlin Roslan dan Dhuratul Ain Radzali dengan niat supaya rekod itu dipercayai telah dibuat, ditandatangani dan disempurnakan dengan kuasa seseorang bagi memperdaya Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat ITBM, Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara 10.34 pagi 4 Jun dan 3.21 petang 13 Jun lepas.

Mohd Firdaous didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam menawarkan jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan. Peguam Adenan Ismail memohon supaya jaminan terhadap anak guamnya dikurangkan atas alasan tertuduh perlu menguruskan syarikatnya dan perlu menanggung anak yang masih kecil.

Zuraini membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Dis untuk sebutan kes.

4

Bagus
1

Marah

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 25-11-2014 03:49 AM
Plagiat: Kenaikan pangkat Dr Ridhuan Tee di UPNM dikecam
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
Published: 21 November 2013




Bekas rakan sekerja Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggambarkan kenaikan pangkat ahli akademik pro kerajaan itu di sebalik pelbagai tuduhan plagiat yang dilemparkan kepadanya sebagai “tamparan” bagi ahli fakulti yang lain.

Senator Dr Ariffin S M Omar berkata, Dr Ridhuan yang dinaikkan pangkat kepada profesor madya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) awal tahun lalu diselubungi dengan tuduhan plagiat.

“Siasatan dilancarkan tetapi naib canselor dan timbalan naib canselor akademik pada masa itu tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Dr Ridhuan dan sebaliknya beliau dinaikkan pangkat pula,” katanya yang pernah mengajar di UPNM.

Dalam sidang akhbarnya di lobi Parlimen hari ini, Dr Ariffin berkata, kenaikan Dr Ridhuan tidak setaraf dengan pensyarah lain di universiti berkenaan yang bekerja keras untuk dinaikkan pangkat.

“Kita membuang pelajar yang didapati memplagiat kertas kerja mereka. Bagaimana pula jika pensyarah didapati melakukan perkara yang sama? Adakah kita menyatakan tidak apa jika tenaga pengajar yang melakukannya?

“Jika kerajaan serius terhadap impian menjadikan institusi pendidikan kita bertaraf dunia, maka mereka sepatutnya mengambil tindakan terhadap Dr Ridhuan sebagai pengajaran kepada yang lain,” katanya.

Dr Ariffin yang juga naib pengerusi DAP mengajar subjek Pengajian Strategik di universiti itu dari pertengahan 2010 hingga Januari tahun ini.

Beliau mendakwa menerima banyak aduan mengenai Dr Ridhuan daripada kakitangan dan pelajar.

“Ini bukan kali pertama beliau memplagiat kertas kerja kajian. Beliau sudah banyak kali melakukannya tetapi tiada tindakan dikenakan kepadanya hingga kini,” katanya.

Pada sidang akhbar yang sama, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok turut mengedarkan salinan kertas kerja Dr Ridhuan bagi satu projek bahasa Inggeris dan salinan artikel asal oleh Dr Airil Yasreen Mohd Yassin yang diambil daripada laman web Airil Sametok.

“Apabila anda bandingkan kedua-dua artikel itu, anda akan mendapati Dr Ridhuan meniru hampir keseluruhan artikel daripada Dr Airil, termasuk kesilapan tatabahasa dalam artikel asal, tanpa memberikan apa-apa pembahagian hak kepada penulisnya,” kata Kok.

“Kami difahamkan bahawa penulisan akademik ini mendorong kepada kenaikan pangkatnya daripada profesor kanan kepada profesor madya di UPNM,” katanya.

Terdahulu, Dr Airil, pensyarah kanan di fakulti kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Malaysia, berkata beliau sedang menunggu nasihat pasukan undang-undang universiti berhubung perkara itu.

Kok mendakwa, Kementerian Pendidikan gagal mengambil perkara itu secara serius walaupun isu itu dibangkitkan beberapa kali di Parlimen.

“Pemimpin MIC, Vel Paari juga ada membuat laporan terhadap Dr Ridhuan mengenai perkara ini,” katanya.

Menggelar Dr Ridhuan sebagai rasis yang menganjurkan pembersihan etnik, Kok berkata, beliau hairan bagaimana Dr Ridhuan boleh mengajar subjek hubungan etnik di universiti itu.

“Kita akan hantar surat kepada Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan naib canselor UPNM supaya tuduhan terhadap Dr Ridhuan diambil secara serius,” katanya. – 21 November, 2013.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.xvHaH7xs.dpuf

Quote Mary_jane 25-11-2014 04:11 AM
Edisi bagai ketam mengajar ank berjalan lurus ke? Btw, beratnya tuduhan sebegini.
Quote Dovahkiin 25-11-2014 06:29 AM
Buat apa dia palsukan result SPM bebudak tu?
Quote pakis_hutan 25-11-2014 06:35 AM
Embarrassing!
Quote Modngengade 25-11-2014 06:58 AM
Ummah DAP jeles la tu terutama teresa cock
Quote Badut.Sarkas 25-11-2014 07:24 AM
Kah kah kah.. dah ada ummah yang sentap.
Quote akusukaq 25-11-2014 07:43 AM
Siasat dulu berita sebelum melompat seronok wahai macai ooii
Quote Badut.Sarkas 25-11-2014 08:08 AM
bapak kaki plagiat.. anak kaki palsukan result spm.. sepadan la tu..



ok ok.. tak leh gelak sangat.. kemungkinan ni ialah perancangan yahudi dan nasrani.. akhir zaman banyak fitnah.. bla bla bla... ustaz porno pun kena fitnah tempohari..




#ummah
Quote haryatie 25-11-2014 08:12 AM
biar betul ni..
takut jd fitnah lak..
biar la pihak berkaitan jlnkan siasatan..
Quote sharlenetexas 25-11-2014 08:19 AM
Mohd Firdaous Shariful Azman ada projek apa dengan itbm sampai nak menipu? Nak terbit buku ke nak dapat projek?
Harapnya ceo Encik Khair dapat selesaikan masalah ni. Suka dengan En Khair ni sebab itbm nampak jauh lebih proaktif berbanding dengan dbp. Untung pun nak tanpa meminggirkan kualiti sastera.
Quote lkick2113 25-11-2014 08:44 AM
la acong ni pantang ada berita pasal idola dia...terus bukak thread...



hidup acong dibayangi Ridhuan Tee
Quote Badut.Sarkas 25-11-2014 09:52 AM
sibuk nak nasihat orang lain konon takde telur la, kiasu la.. belakang anak sendiri kaki penipu rupanya..
Quote 123456 25-11-2014 09:58 AM
so anak dia pun ultra kiasu lah ya
Quote annehuda 25-11-2014 10:00 AM
Anak die nk apply keje ape je pakai spm? Anak die tak sambung blaja kah?  
Quote atira 25-11-2014 10:46 AM
palsukan?
so lepas palsu apa result spm anak dia?
Quote atira 25-11-2014 10:48 AM
tapi ummah meleis caprut punye memuja lobai cinapek penipu ni..
salah sorang yg puja lobai ni ada yg dah dok jepun bertahun... mentaliti masih caprut amat
Quote iza_yuss 25-11-2014 11:04 AM
persoalannya:

Apa result SPM yang anak dia dapat?
Quote kekcawan 25-11-2014 11:08 AM
jeng jeng jeng
Quote a_gen2 25-11-2014 11:26 AM
Dovahkiin posted on 25-11-2014 06:29 AM
Buat apa dia palsukan result SPM bebudak tu?

Org itu adalah runner. Dibayar utk buat kerja2 kotor.  Siapa yg bayar? Takkan budak SPM tak dak kerja mau bayar, berapa sen aje dia ada... fikir sendiri siapa yg akan berbangga bila seorg budak itu dapat 8A dlm SPM??  

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.062833 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top