CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Kepala Manusia Jadi Hadiah!

25-11-2014 11:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8095| Komen: 50

Description: Lelaki Itu Yang Hanya Mahu Dikenali Sebagai Man, 40, Berkata, Sebelum Kejadian Kira-Kira Jam 4.30 Petang Itu, Dia Sedang Menyapu Sampah Sebelum Terlihat Bungkusan Mencurigakan Yang Pada Mulanya Disang ...
Kepala Manusia Jadi Hadiah!


Bukit Mertajam: Seorang pengusaha kedai makan terkejut apabila menemui bungkusan plastik hitam mengandungi kepala manusia yang ditinggalkan di hadapan restorannya di Lorong Impian Ria 5, Taman Impian Ria di sini, petang semalam.

Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40, berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, dia sedang menyapu sampah sebelum terlihat bungkusan mencurigakan yang pada mulanya disangkakan mengandungi bom.

Katanya, dalam keadaan cemas dia meminta rakannya membuka plastik berkenaan dengan perlahan-lahan bagi melihat isi kandungannya.

“Kepala manusia dipercayai milik seorang lelaki itu dibungkus menggunakan tiga lapis plastik hitam dan selepas membukanya kami mula berasa berdebar kerana melihat rambut yang disangka bulu bangkai haiwan.

“Namun, selepas semuanya dibuka saya tergamam kerana melihat kepala manusia tanpa kedua-dua belah telinga berlumuran darah dalam bungkusan itu,” katanya.

Man yang mengusahakan restoran itu sejak lima tahun lalu berkata, penemuan kepala itu turut menyebabkan dia merasa loya untuk menjamah makanan dan sungguh terkejut.

RAKAMAN CCTV suspek buang kepala.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nonarona 25-11-2014 07:28 AM
makk aiii ngeri nyee...sian kepala sapa la tu agaknye kan..
Quote Modngengade 25-11-2014 07:31 AM
Image cctv yg sgt amjadah...boleh ke membantu siasatan polis?

Teringat kes adik nurin...image cctv yg tersangat blurr...buat apa pasang cctv jika x boleh membantu apa2...ker sekadar nk menakutkan penjenayah
Quote nalis 25-11-2014 07:33 AM
Modngengade posted on 25-11-2014 07:31 AM
Image cctv yg sgt amjadah...boleh ke membantu siasatan polis?

Teringat kes adik nurin...image cct ...

Stkt bg takut je. Tu yg byk jual cctv palsu skrg ni
Quote ultra78 25-11-2014 07:38 AM
Kena upgrade ke cctv hd ni
. Lepas tu kena letak pada eye level. Pandai-pandailah sorok
Quote rospinki 25-11-2014 07:41 AM
apa nak jdi manusia skrg ni..
Quote GhostWalking 25-11-2014 07:43 AM
dalam radio tadi ada sebut kepala tu kepala milik orang Myanmar dan di laporkan yang ini adalah kes bunuh yang ke 20 di Penang dalam masa beberapa bulan.
Orang Myanmar dok jadi kongsi gelap ke kat sana?
Quote tagas 25-11-2014 07:54 AM
Ramai Pembunuh penjenayah bagai bebas berkeliaran di luar sana..
Quote tuun 25-11-2014 08:00 AM
Pasal buang kepala depan restoran? Mesti ada motif lain ni.
Quote noor2 25-11-2014 08:13 AM
Mati2 ingat kejadian kat luar negeri
Quote batmana 25-11-2014 08:20 AM
Modngengade posted on 25-11-2014 07:31 AM
Image cctv yg sgt amjadah...boleh ke membantu siasatan polis?

Teringat kes adik nurin...image cct ...

hd cctv mahal, seketul rm400 lbih.dpt kt dealer, jual rm600 - rm1000.blum lagi nk psg dvr cam + 500gb hdisk = rm500 je harganya, tiba kt malaysia mau kene up jadi rm1k lbih.



tu yg xramai psg sd aja..

Quote iman_aly 25-11-2014 09:17 AM
ish ngerinya... kepala siapa la agknya tu... x de telinga pulak.. manusia semakin kejam..
Quote setokinpurple 25-11-2014 09:43 AM
Motip buang dpn restoran? Ada kena mengena ke? Why noy buang dlm sungai terus..confirm takde org jumpa dah
Quote protonpersona 25-11-2014 09:50 AM
Bukan ke itu hari ada sorang menteri cakap malaysia ni masih aman...
Quote Mary_jane 25-11-2014 12:42 PM
Ada mafia ke dok kat penang nun?
Quote namirulmukminin 25-11-2014 12:44 PM
SELAMAT PETANG  YDH DATO'WIRA KP

CCC PG TERIMA MAKLUMAT DARI DCC SPT BERITAHU

Makluman menjumpai kepala manusia.  

Machang Bubok 5517/14 @ 24.11.14 @  1714 hrs.

Pengadu.
Noor sabariah bt. Abu Bakar
Kpt: 910707-02-6048 @ RF 188195
Anggota EO Balai Machang Bubok.

Tempat kejadian
Hadapan kedai alamat No 1, Lorong Impian Ria 4, Taman Impian Ria, 14000 Machang Bubok, Pulau Pinang

Saspek
2 lelaki tidak pasti bangsa menaiki motosikal

Menjumpai
sebuah kepala manusia jantina lelaki yg tidak pasti bangsa

Keterangan kes
Pada 24.11.14 jam lebih kurang 1615 hrs pengadu menerima panggilan telephone dari orang awam menyatakan menjumpai sebuah plastik beg berwarna hitam mengandungi sebuah kepala manusia.

Tindakan IO ASP ZULKIFLI HP NO 012-4336999
1. Merakam percakapan saksi awam.
2. Membuat rajah kasar tempat kejadian.
3. Kpl 139594 Zul dari D6 mengambil gambar tempat kejadian.
4. Konst 182508 Arif bersama pasukan D9 IPD SPT merisik kawasan kejadian untuk mendapatkan maklumat.

Ccc Penang.
Last edited by perang_sivil on 25-11-2014 11:08 PM

Quote kekcawan 25-11-2014 12:45 PM
dah mcm dlm citer csi
Quote chickenwing 25-11-2014 12:47 PM
Modngengade posted on 25-11-2014 07:31 AM
Image cctv yg sgt amjadah...boleh ke membantu siasatan polis?

Teringat kes adik nurin...image cct ...

kan....kesian bila teringat kes tu....sedih kanak2 diperlakukan begitu.....tapi sayang sampai skrg xdpt tangkap lagi....dh jadik cold case file agaknya.....
Quote Modngengade 25-11-2014 12:51 PM
chickenwing posted on 25-11-2014 12:47 PM
kan....kesian bila teringat kes tu....sedih kanak2 diperlakukan begitu.....tapi sayang sampai skrg ...

dan mcm2 org speku masa kes tu..ada org ckp kes along..bapa arwah berhutang dgn along...

Quote aurora273 25-11-2014 01:18 PM
cctv 9.30 malam... petang baru jumpa..???

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.059549 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top