MP: Melayu di Pulau Pinang tidak terancam
Sebaliknya, tegasnya, media arus perdana telah memainkan propaganda untuk menunjukkan orang Melayu di Pulau Pinang terancam. “Ia adalah sebuah persepsi yang telah dibina untuk memperkecilkan DAP dan Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang anti-Melayu,” ujarnya dalam Forum ‘Adakah Melayu dan Islam Diancam’ anjuran DAP malam tadi. Menurut Zairil, hasil daripada perang propaganda menyebabkan beliau sering diasak dengan pelbagai soalan yang sama seperti adakah azan dan perarakan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad telah diharamkan di negeri itu. “Saya dikejutkan dengan soalan itu. Islam merupakan agama persekutuan. Walaupun tidak ada sultan di Pulau Pinang, tapi tidaklah sampai ke tahap azan dan perarakan Maulud Nabi dilarang,” katanya. Beliau mendakwa bahawa soalan seumpama timbul kerana menurutnya, BN telah berjaya membina persepsi sedemikian melalui media arus perdana. Zairil turut memberikan contoh bagaimana tidak seimbangnya media arus perdana menyampaikan berita apabila kerajaan di negeri itu merobohkan 20 gerai penjaja haram di Taman Pelangi, namun sebuah stesen televisyen hanya memfokuskan kepada empat penjaja Melayu sahaja. Malah, tambahnya, dalam satu kes yang berlainan, di mana empat gerai orang Cina dirobohkan kerana isu perlesenan, tetapi “tiba-tiba” gerai itu di milik orang Melayu. Beliau berkata, berdasarkan kepada laporan Majlis Pembandaran Pulau Pinang (MPPP), kebanyakan gerai yang diroboh adalah milik bukan Melayu. Selain itu, Zairil berkata, orang Melayu di negeri itu menerima manfaat seperti 90 peratus penerima skim kredit mikro di Pulau Pinang adalah usahawan Melayu, 70 peratus usahawan yang berjaya di bawah sistem tender terbuka adalah kontrator Melayu dan penerima bantuan tunai tunai negeri untuk golongan miskin juga sebahagian besarnya Melayu. "Kerajaan negeri Pulau Pinang telah membeli tanah dari bukan Islam untuk digunakan sebagai tanah perkuburan Islam dan juga untuk membina sebuah mahkamah Syariah yang baru. “Jika orang bekata orang Melayu tidak setanding dengan bukan Melayu kerana faktor sosio- ekonomi, itu tidak benar," katanya. Sementara itu, Penasihat Palimen DAP, Lim Kit Siang berkata perbelanjaan kerajaan persekutuan kepada agensi Islam di negeri itu juga telah meningkat sejak 30 tahun yang lalu. Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai belanjawan sebanyak RM4.3 juta pada tahun 1980 dan meningkat 29 kali ganda kepada RM125 juta pada tahun 1997. Perbelanjaan agensi lain seperti mahkamah syariah, jabatan wakaf, zakat dan Haji, universiti berteraskan Islam telah menyaksikan penggunaan dana yang besar sebelum ini. "Semua perbelanjaan ini adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Islam. Jika masih berkata Islam diancam, kami ingin tahu jika semua perbelanjaan ini adalah sia-sia," katanya. Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata terdapat satu kajian yang telah dijalankan dan menunjukkan orang Melayu berpendapatan kurang daripada orang bukan Melayu. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa perbezaan kekayaan tidak boleh dipersalahkan ke atas bukan Melayu tetapi menurutnya adalah kegagalan pemerintah. Sebagai contoh, katanya, apabila kerajaan persekutuan tidak membayar RM800 juta setahun royalti kepada kerajaan negeri Kelantan walaupun kebanyakan penduduknya adalah orang Melayu, dasar bumiputra telah bertukar kepada kronisme. “Menurut Syed Hussein Alatas dalam bukunya, jika kedudukan orang Melayu dari sebelum sehingga kini telah merosot, itu adalah kesilapan dan kelemahan para pemimpin yang berkuasa. "Oleh itu, kita tidak boleh mengatakan bahawa orang Cina adalah satu ancaman kepada orang Melayu atau India adalah satu ancaman kepada orang Melayu. Ia adalah pemimpin Melayu yang menjadi ancaman kepada orang Melayu," katanya. Husam juga kesal kerana adanya "kumpulan pelampau kaum" yang mendakwa mempertahankan Islam, walaupun Islam itu sendiri mengecam perkauman. Beliau berkata hal ini akan menyempitkan Islam untuk hanya orang Melayu,dan menimbulkan kemarahan kepada bukan Melayu dan menolak untuk menerima ajaran Islam. "Melayu boleh naik dan turun, tetapi mesej Islam adalah universal," katanya.
|
Ghani kata KMA jadi kambing hitam. Lim Guan Eng pula bagitahu para penyokongnya, kalau tak bayar sewa, tak boleh berniaga. Ghani Jiman siap marahkan media kununnya putar belitkan benda nih... Ghani ni dah panas punggung sebab tembelang pecah amanahnya orang dah tahu ke? Atau takut lubang rahsia lebih besar terpokah? Paling best bila dia kata, semuanya ini hanya technical error. (Malaysian Insider)Menurut Pisau pula:
Lim Guan Eng Ketua Menteri Paling Celaka Dalam Sejarah Negeri,sekali lagi berbohong kepada rakyat. Tindakan beliau menuduh Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd. Jiman berniat jahat adalah cubaan untuk menutup kekejaman beliau terhadap para peniaga bazar ramadhan di KOMTAR.Pisau dedahkan pula sikap berat sebelah LGE berhubung Food Court haram di Bukit Mertajam kepunyaan penyokong kuat DAP.
Kenyataan Guan Eng yang dipetik dari twitter
'PDC Dato Rosli maklum penganjur Bazar Ramadan Komtar kutip sewa dpd peniaga tetapi tak bayar kpd PDC itu sebab PDC halang.PR dianiaya lagi'.Pembohongan Guan Eng membuatkan anjing anjing belaan beliau menyalak diblog blog hinggakan menuduh UMNO terbabit dan membuat fitnah kepada Khalifah sosialis kesayangan mereka.
Hari ini digemparkan apabila para peniaga dan wakilnya En Gani telah mendedahkan betapa mereka dianaiya oleh Kerajaan DAP. Pihak PDC dikambing hitamkan untuk menutup kerja jahat menghalang peniaga melayu berniaga di KOMTAR.
Satu sesi mesyuarat diadakan bersama PDC dan peniaga bazar ramadhan KOMTAR.
Dalam sesi mesyuarat,En Ghani telah menyelar pihak PDC kerana cuba berbohong apabila mendakwa pihak penganjur tidak membayar sewa kepada pihak PDC.
Tindakan cuba menganaiya dan mempermainkan peniaga melayu adalah satu tindakan yang kurang ajar,dalam masa yang sama DAP telah mengerahkan pihak keselamatan dan MPPP untuk merobohkan gerai gerai orang melayu adalah satu tindakan yang zalim.
...Pihak Majlis Perbandaran dihalang oleh Guan Eng untuk menjalankan tugas. Walhal arahan untuk merobohkan Food Court haram sudah dikeluarkan dan tarikh merobohkan gerai tersebut adalah 8hb Ogos 2010.Hangpa pi pula ke blog dr Novandri, gerai haram New Lane takda apa pun ... baik saja
Tetapi berdasarkan hasil siasatan Pisau,pemilik food court tersebut adalah seorang penyokong kuat DAP dan hasrat pihak MPSP untuk merobohkan food court haram tidak tercapai apabila Guan Eng rasis sosialis telah menghalang agar tindakan tersebut dihentikan. Selanjutnya :klik sini
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
20-4-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.087711 second(s), 40 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.