CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Tiz Zaqyah Kahwin Sebelum Usia 30 Tahun!

25-11-2014 03:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7791| Komen: 17

Description: "Saya Benar-Benar Kagum Dengan Dia, Jadi Saya Fikir Mengapa Perlu Saya Menolak Sedangkan Ini Peluang Terbaik Untuk Menimba Pengalaman Daripadanya," Ujarnya Seludup Drama Pertamanya Yang Mengangkat ...
Tiz Zaqyah Kahwin Sebelum Usia 30 Tahun!


KISAH cinta pelakon yang juga model cantik ini bukan lagi rahsia di kalangan peminat seni tempatan. Namun dia mengakui belum bersedia menamatkan zaman solonya dalam
masa terdekat.

Akui Siti Zaqyah Abdul Razak atau nama layarnya Tiz Zaqyah, dia bagaimanapun tidak pernah menolak jika jodohnya sudah tiba. "Bagi saya, kalau sudah jodoh tidak akan ke mana. Sampai masanya saya juga akan mendirikan rumah tangga seperti wanita lain. 

"Cuma untuk memberikan tarikh yang sebenar memang belum diketahui lagi. "Apa yang boleh saya katakan, saya akan berkahwin sebelum usia 30 tahun," kata pelakon berusia 26 tahun ini. Akui bintang Kusinero Cinta ini, dia bagaimanapun kurang selesa berkongsi perkara peribadi kepada umum.

"Lebih baik bercerita mengenai karier dan perkara yang berkaitan dengannya. Lagipun itu fokus utama saya buat masa kini," jelas kekasih kepada Daniel Haziq ini. 


Berkongsi perkembangan terbarunya, pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini memberitahu dia bakal muncul dengan drama terbaru arahan Jehan Miskin iaitu Seludup yang akan disiarkan di Astro Prima bermula 4 Disember.

Menurut Tiz Zaqyah, Seludup merupakan drama yang sangat mencabar dan sebuah projek yang sangat dinantikan olehnya.

"Apabila mendapat tahu ia adalah projek Jehan, saya memang teruja lebih-lebih lagi selepas menonton projeknya sebelum ini, What If.

"Saya benar-benar kagum dengan dia, jadi saya fikir mengapa perlu saya menolak sedangkan ini peluang terbaik untuk menimba pengalaman daripadanya," ujarnya Seludup drama pertamanya yang mengangkat genre aksi.

Katanya, walaupun menerusi drama itu dia tidak perlu melakonkan pelbagai aksi, tetapi adegan peluknya bersama Pekin Ibrahim tetap dirasakan sukar.

"Bukan peluk penuh perasaan, sebaliknya peluk kerana ketakutan, pun begitu saya masih berasa janggal sementelah ia kali pertama saya berlakon dengannya," katanya turut mengagumi Namron dan Raja Ilya.

Dalam pada itu, Tiz Zaqyah mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon teater kerana tidak yakin dengan kebolehannya dalam bidang itu.

"Bukan takut mencuba, tetapi saya memang kurang yakin untuk berlakon teater," katanya lagi.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 25-11-2014 09:10 AM
bagus la kalau dah smpai jodohnya.. alhamdulillah..
Quote malaywood.NET 25-11-2014 09:16 AM
Okey lah kalau begitu. Semoga berbahagia
Quote kucen_miang 25-11-2014 09:21 AM
dengan siapa? dgn pakwe dia forumer cari tu ke?
Quote mijaa 25-11-2014 09:39 AM
ingatkan dah 30 umo die ni
Quote CrowneGlory 25-11-2014 09:51 AM
Belum 30 lg tp rupa mcm dh lebih 30..
Quote tinkiwinki 25-11-2014 11:00 AM
sempat tukar boyfriend lagi ni. hihih
Quote Esmiria 25-11-2014 11:43 AM
CrowneGlory posted on 25-11-2014 01:51 AM
Belum 30 lg tp rupa mcm dh lebih 30..

Kerana mekap.
Quote DayangKirana 25-11-2014 11:54 AM
seriously?..to me she already looks 30'ish..
Quote tomet05 25-11-2014 12:23 PM
ok lah tuh ada impian nak kahwin kiki
Quote enchikfitz 25-11-2014 12:44 PM
dah lama x nampak pakwetizzaqyah ni
Quote Mary_jane 25-11-2014 08:09 PM
Mana pic Daniel Haziq, kekasihnya?
Quote LiveYourLife 25-11-2014 08:35 PM
oh baru 26 thn
Quote menjad 25-11-2014 09:46 PM
sian nyer cepat nau nmpk tua dr usia
Quote fadzyjemi 25-11-2014 09:56 PM
muka dia kne mkn makeup.. nampak tua.. pdhal muda lg dia
Quote estrelle 25-11-2014 10:22 PM
budak sekarang kan matang sebelum usia
Quote apiang 25-11-2014 10:49 PM
Promosi murah duk citer hingaq pasal scene peluk dgn pekin... haih...
Quote gula_tebu 25-11-2014 11:14 PM
Laaaa baru 26 tp muka macam acah-acah 30 dah queenqya ni, patut la perangai pon macam BBNU. Ambik gambar begitu begini je gayanya. Huhuhu. Adik sesangat!

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.078562 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top