CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Jac Tak Ready Ke US

25-11-2014 05:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3770| Komen: 4

Description: "Malah Dia Merancang Untuk Menetap Di Malaysia Selepas Ini Kerana Selesa Tinggal Di Negara Ini," Jelasnya. Tambah Jaclyn, Bagi Mengubat Rasa Rindu Terhadap Suaminya, Mereka Sentiasa Berhubung Mene ...
Jac belum bersedia berhijrah ke Amerika Syarikat


Bagaimanapun katanya, suaminya akan kembali ke Malaysia sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember nanti. "Kami bukannya berjauhan untuk tempoh lama dan dia baharu sahaja kembali ke Amerika pada Oktober lalu kerana urusan kerja.

"Malah dia merancang untuk menetap di Malaysia selepas ini kerana selesa tinggal di negara ini," jelasnya. Tambah Jaclyn, bagi mengubat rasa rindu terhadap suaminya, mereka sentiasa berhubung menerusi telefon untuk mengetahui keadaan masing-masing.

Sementara itu, Jaclyn memberitahu, Unleashed memperlihatkan kredibilitinya sebagai penulis lirik menerusi tiga lagu.

Jelas Jaclyn, dia teruja diberi peluang oleh KRU Music untuk berbuat demikian kerana telah lama memendam hasrat untuk menulis lagunya sendiri.

"Biarpun ia bukan proses yang mudah tetapi saya berjaya melakukannya dan sudah pasti suami banyak memberi input tentang penulisan lirik yang baik.


"Selepas sepuluh tahun bergelar penyanyi, saya yakin ini adalah masa paling sesuai untuk saya tampil dengan karya sendiri,"
ujarnya.

Selain Remedy , album terbitan Edry Abdul Halim itu turut memuatkan lagu seperti Over  and Over, Delirious, Pinnacle, Sweeter Than A Dream dan Magical Moment duet bersama Az
Yet.

Dalam perkembangan sama, Jaclyn berkata, album berkenaan turut memperlihatkan kepelbagaiannya dalam menyampaikan lagu- lagu selain berentak balada bersesuaian dengan kehendak muzik masa kini.

Malah jelas Jaclyn, album berkenaan turut dihasilkan dengan teliti bagi memastikan ia mencapai standard dan dapat diterima pendengar antarabangsa.

"Asalnya pihak KRU ingin melancarkan single sahaja tetapi kami menyedari untuk pergi ke luar negara kita perlukan album penuh dan inilah hasilnya.

"Biarpun terpaksa berulang-kali melakukan rakaman bagi mendapatkan hasil terbaik namun saya puas," katanya. Unleashed mula dipasarkan dalam bentuk fizikal dan digital bermula Khamis.
2

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JDT 21-11-2014 07:24 AM
All the best, Jac...
Quote j3m4h 21-11-2014 07:48 AM
Iols jmp jac+hb @Davis corner ttdi..xsangka lak laki heols tu az yet..gud luck 4 her n cepat la berbaby jac..nk gak tgk genetic kokesen+estet kt baby tu..rambut sheol color purple so sendu la..jac ni mmg taste kt kokesen je ke?dulu ex-tunang dia pon kokesen kan?maybe nk perbaiki genetix sheol la kot..
Quote fizamn 21-11-2014 08:22 AM
bagus la jac nie... upgrade lifestyle sambar ex Az yet..... caya la...
Quote tomet05 21-11-2014 09:21 AM
ok lah tuh .. mesia pun ok kan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.196374 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top