CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH370 - Mufti Perlu Keluarkan Fatwa Status

26-11-2014 11:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4439| Komen: 6

Description: Pesawat Mh370 Yang Membawa 227 Penumpang Dan 12 Anak Kapal Dalam Perjalanan Dari Kuala Lumpur Ke Beijing, Hilang Daripada Skrin Radar, Kira-Kira Sejam Setelah Berlepas Dari Lapangan Terbang Antarabang ...
MH370 - Mufti Perlu Keluarkan Fatwa Status 


KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen dari pembangkang meminta mufti dan pihak berwajib mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan kekeliruan dialami waris penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang masih hilang sehingga kini.

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) berkata inisiatif tersebut (fatwa) perlu diambil untuk mencari penyelesaian dan tidak timbul lagi kekeliruan dari segi harta, wasiat, insurans dan sebagainya berkaitan anggota keluarga mereka kelak.

"Ramai datang kepada saya dan tanya apakah jalan penyelesaian untuk kekeliruan ini dan sampai bila ia perlu berterusan.

"Oleh itu, mana-mana kementerian atau mufti perlu dipanggil dan selesaikan masalah tersebut. Malah saya dimaklumkan dari MAS, bahawa status MH370 akan diisytiharkan menjelang hujung tahun ini.

"Jadi kita kena buat persiapan untuk waris anggota keluarga pesawat tersebut," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat hari ini.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

17

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kenarikelabu 11-11-2014 10:49 AM
Kerajaan dah senyap dah isu ni skg. Mmg tak membantu lgsg bila kena kt rakyat jelata
Quote R2D2 11-11-2014 11:59 PM
Tiada tarikh ditetap isytihar status MH370
11 November 2014


KUALA LUMPUR - Tiada sebarang tarikh ditetapkan dan diputuskan kerajaan untuk mengisytihar status MH370 yang masih hilang sejak lapan bulan lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, ini kerana kerajaan masih lagi menjalankan rundingan berterusan dengan kerajaan China dalam membuat pengisytiharan sama ada pesawat itu hilang dan sebagainya.

"Kerjasama erat kedua-dua kerajaan masih lagi berjalan. Malah pencarian masih dilakukan sehingga kini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, hari ini.

Pengarah Komersial MAS, Hugh Dunleavy baru-baru ini dipetik sebagai berkata, syarikat itu sedang menunggu bagi MH370 diisytiharkan secara rasmi hilang supaya pampasan boleh diuruskan bagi waris penumpang.

Mengulas mengenai perkara itu, MAS dalam satu kenyataan semalam memberitahu, itu cuma luahan pendapat peribadi dan sebarang tindakan sentiasa berpandukan nasihat pasukan teknikal yang bertanggungjawab bagi operasi pencarian.

Ab Aziz berkata, siasatan mengenai kehilangan misteri pesawat itu masih lagi dijalankan dan segala perkembangan akan dimaklumkan apabila penyiasat menemui sebarang petunjuk dan maklumat baru.

MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 malam 8 Mac.

Usaha mencari masih dijalankan di selatan Lautan Hindi. - Bernama
Quote batmana 12-11-2014 12:02 AM
pesal lak nk kuar fatwa
kuar surat mati sudah la..
Quote CrowneGlory 12-11-2014 12:21 AM
Angkara manggis sepjg tahun...
Quote fazamania 26-11-2014 02:10 PM
Isytihar je lah.. Kesian dekat waris
Quote uniq61 27-11-2014 03:26 PM
SEMUA SALAH KETUM

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.258874 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top