CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Merajuk Lebih 3 Bulan

26-11-2014 02:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17185| Komen: 169

Description: "Lebih Memburukkan Keadaan, Anak Bongsu Kami Yang Berusia Enam Tahun, Ariyana Dan Paling Rapat Dengan Ibunya Kerap Demam Dan Gemar Menyendiri Hingga Membimbangkan Kami," Kata Azrin Yang Juga Bekas ...
Isteri Merajuk Lebih 3 Bulan

Ulu Tiram: "Saya sangka dia merajuk hanya sehari dua, tetapi sehingga kini sudah lebih tiga bulan menghilangkan diri," kata Azrin Talib, 37, yang buntu selepas isterinya, Yasminda Abdul Majid, 36, menghilangkan diri sejak 13 Ogos lalu.

Menurutnya, ketiadaan isterinya itu menyebabkan kehidupannya termasuk enam anak tidak terurus dan tiga anaknya turut tidak bersekolah dalam tempoh berkenaan.

Katanya, dia juga terpaksa berhenti kerja sejak ketiadaan isterinya itu kerana terpaksa menjaga anak mereka.

"Lebih memburukkan keadaan, anak bongsu kami yang berusia enam tahun, Ariyana dan paling rapat dengan ibunya kerap demam dan gemar menyendiri hingga membimbangkan kami," kata Azrin yang juga bekas juruteknik di Taman Bukit Tiram, di sini, semalam.

Azrin berkata, dia semakin buntu dengan nasib rumah tangganya yang dibina sejak 17 tahun lalu berikutan tindakan isterinya itu menghilangkan diri dan hingga kini gagal menghubungi keluarganya.


AINUR Rihanna menunjukkan foto ibunya serta surat yang ditulis khas buat  Yasminda  yang menghilangkan diri sejak tiga bulan lalu.


4

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote obelisk 26-11-2014 08:00 AM
tak try cari ke? or report polis...
Quote faraway1 26-11-2014 08:00 AM
apa yang dia buat sampai merajuk begitu sekali bininya..
Quote kakilicious 26-11-2014 08:00 AM
alahai kesiannye la anak2... smpai x sekolah... baliklah kak, sian ank2....

Quote pooh~key 26-11-2014 08:00 AM
Tu laaaa..... Asyik dok harapkan bini je yang buat kerja rumah. Mendapatlah kau.
Quote Muntz 26-11-2014 08:09 AM
Isteri takder takkan suami tak reti nak urus kot. Kalau dah sampai tahap mcm nie, boleh diceraikan jer sbb nusyuz.
Quote haryatie 26-11-2014 08:19 AM
merajuk pasal per..
parah sungguh ..merajuk pun smpai nak larik2 tinggalkan ank..
ada something le tu...

Quote chinta89 26-11-2014 08:28 AM
laki lari tgal bini, bini boleh handle anak.. bini lari tgal laki, laki tak boleh jaga??

ok ni pendapat aku sila jgn hencap...
Quote Limao 26-11-2014 08:31 AM
Mesti kes dah lama terpendam nih.
Anak-anak die pon aku tengok dah besar.
Boleh aje tolong ayah basuh baju, jemur baju, iron baju, masak nasik, goreng telur kot.
Melampau eh sampai tak pi skolah.
Quote jazaa 26-11-2014 08:32 AM
chinta89 posted on 26-11-2014 08:28 AM
laki lari tgal bini, bini boleh handle anak.. bini lari tgal laki, laki tak boleh jaga??

ok ni pe ...

Betul tu....

Sampai ank pun tak gi sekolah
Dah besar-besar pulak tu...apa masalah dia???

Duit belanja tak de ke????


Quote missus_meow 26-11-2014 08:33 AM
Kawin di usia muda .... umo 36, anak 6 .... produktif ....  isteri xde, segala2nye jd tunggang langgang .... maybevthevwufevwas just fed up with her situation .....
Quote miss_baby 26-11-2014 08:42 AM
sampai kena berenti keje? anak tak sekolah?
jantan bodo..
selama ni boleh jer isteri tu handle anak ramai2 tu..nko tak appreciate..
mendapat la kau
Quote chinta89 26-11-2014 08:49 AM
jazaa posted on 26-11-2014 08:32 AM
Betul tu....

Sampai ank pun tak gi sekolah

forumer mne dekat ngn dia ni, cube g check. i pun nk tau ape mslh sampai x g skolah budak2 ni.. bukan kecik2 dah besar dah..
Quote jazaa 26-11-2014 08:54 AM
miss_baby posted on 26-11-2014 08:42 AM
sampai kena berenti keje? anak tak sekolah?
jantan bodo..
selama ni boleh jer isteri tu handle ana ...

Tgu dua tiga hari lg...harap-harap ada update...

Entah-entah selama ni binik yg tanggung mkn minum & belanja rumah...dia kerja setakat tampung duit rokok dia je...



Quote biskutsusu 26-11-2014 08:58 AM
ok le tu
kawen 17 tahun dan ada 6 orang anak
kawen muda
Quote rosasa 26-11-2014 08:59 AM
chinta89 posted on 26-11-2014 08:28 AM
laki lari tgal bini, bini boleh handle anak.. bini lari tgal laki, laki tak boleh jaga??

ok ni pe ...

kan..majoriti laki2 ni bila bini takdak, tak boleh nak urus anak dan rumahtangga

penyudahnya cari lain

kalau ada lelaki yang memang suka buat kerja2 rumah, mmg mampu bertahan
Quote zulka 26-11-2014 09:02 AM
ni contoh laki yg tak pernah buat / tak pernah ambil tau hal2 kerja rumah dan anak2..
bila bini takde habis sumer huru hara...ni mesti gosok bajupun tak reti...padanla muka ko bro...
Quote noor2 26-11-2014 09:09 AM
Ya allah. .selama 3 bulan la ank x versekolah?
Quote slapler 26-11-2014 09:15 AM
berhenti kerja alasan utk jaga anak dirumah bukan jln terbaik...
x kerja = x duit
x duit bgm nak bg mkn anak?
1st step of decision making pun dah salah,
mungkin slh dia jg isteri x balik2..
x patut jg seorang ibu tergamak meninggalkan 6 org anknya yg masih kecil.
cuba cari di lombok, mgkn lari ke sana...
Quote chinta89 26-11-2014 09:19 AM
rosasa posted on 26-11-2014 08:59 AM
kan..majoriti laki2 ni bila bini takdak, tak boleh nak urus anak dan rumahtangga  

...

agaknya mmg tak penah ambik tau hal ehwal rumah.... tau buat anak je.

eh jahat plk aku tuduh mcm tu..

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.052047 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top