CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Upsr 2014: 36,304 Dapat Semua A, Tahun 2013 42,646

26-11-2014 04:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9977| Komen: 65

Description: Walau Bagaimanapun Peratusan Calon Yang Mendapat Gred A Dalam Semua Mata Pelajaran Menurun Sebanyak 1.26 Peratus Pada 2014 Berbanding Tahun Sebelumnya.
Upsr 2014: 36,304 Dapat Semua A, Tahun 2013 42,646


PUTRAJAYA 26 Nov. - Sebanyak 36,304 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 berjaya mencatatkan A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, jumlah tersebut merupakan 7.89 peratus daripada keseluruhan calon UPSR tahun ini iaitu sebanyak 460,407 calon.

Walau bagaimanapun peratusan calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.26 peratus pada 2014 berbanding tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 271,776 orang atau 59.03 peratus calon telah mendapat minimum gred C dan jumlah tersebut tidak termasuk mereka yang mendapat semua gred A.

Keputusan UPSR boleh disemak bermula pukul 10 pagi hari ini dengan cara khidmat pesanan ringkas (SMS).

Calon boleh menaip UPSR, diikuti angka giliran selepas jarak dan hantar ke 15888.

Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi.

11

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 26-11-2014 11:57 AM
Padan muka sis..cash dari elohim dek bocorin soklan.
Quote jazaa 26-11-2014 12:08 PM
Thun depan nampaknya kena bocorkn lagi...klu tak prestasi sek nampak menurun....

Quote bellaa 26-11-2014 12:15 PM
jazaa posted on 26-11-2014 12:08 PM
Thun depan nampaknya kena bocorkn lagi...klu tak prestasi sek nampak menurun....

bukan tahun ni last upsr ke?
Quote jazaa 26-11-2014 12:18 PM
bellaa posted on 26-11-2014 12:15 PM
bukan tahun ni last upsr ke?

Owh iya ke....
Quote atira 26-11-2014 12:19 PM
penuh la FB aku nanti dgn result stret A anak masing2
Quote fatehana 26-11-2014 12:26 PM
bellaa posted on 26-11-2014 12:15 PM
bukan tahun ni last upsr ke?

mana ada last UPSR

tahun depan anak meols amek UPSR

diaorg ni yg katanya batch terakhir UPSR

lps tu exam UPSR x sama yg cam sekrg

Quote nolya 26-11-2014 12:30 PM
atira posted on 26-11-2014 12:19 PM
penuh la FB aku nanti dgn result stret A anak masing2

The so call mothers, happiness they like to share with others.
Quote atira 26-11-2014 12:32 PM
nolya posted on 26-11-2014 12:30 PM
The so call mothers, happiness they like to share with others.

aku selalu like dan ucap tahniah
Quote zwaty 26-11-2014 12:35 PM
atira posted on 26-11-2014 12:19 PM
penuh la FB aku nanti dgn result stret A anak masing2

betulla...dari awal bulan aritu fb aq kena serang dgn "anugrah cmerlang" okla klau anak ko pndai ko nak share..tp agak2la..
ni tiap dpat kertas2 tu dia load...bper subjek tu...dpt result kelas dia load...dpat sijil pnghargaan dia load...penat tau aq like...ha3
Quote nolya 26-11-2014 12:37 PM
atira posted on 26-11-2014 12:32 PM
aku selalu like dan ucap tahniah

Yes, we share the happiness and condolence the sadness.  Sign of good friendship n netizen.
Quote nolya 26-11-2014 12:39 PM
zwaty posted on 26-11-2014 12:35 PM
betulla...dari awal bulan aritu fb aq kena serang dgn "anugrah cmerlang" okla klau anak ko pndai k ...

yang tu dah terlebih riak.
Quote Cik_Andak 26-11-2014 12:41 PM
Dapat soklan bocor..ramai le dapat A.
Quote R2D2 26-11-2014 12:42 PM
Pencapaian keseluruhan UPSR menurun



Putrajaya: Seramai 36,304 daripada 460,407 calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini memperoleh keputusan Cemerlang iaitu semua gred A.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, peratusan calon yang mendapat semua Gred A pada tahun ini ialah 7.89 peratus berbanding tahun lalu 9.15 peratus, penurunan sebanyak 1.26 peratus.

Menurutnya, berdasarkan pecahan, seramai 16 Calon Berkeperluan Khas (CBK) memperoleh semua Gred A terdiri daripada satu calon buta, empat calon rabun, satu calon spastik dan 10 calon lain-lain kecacatan.

"Pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun ini menurun sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.27 mata GPN pada tahun lalu kepada 2.29 mata GPN pada tahun ini.

"Bagaimanapun, GPN pada tahun ini lebih baik jika dibandingkan dengan GPN 2011 dan 2012," katanya.

Katanya, nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon lebih baik.
Quote atira 26-11-2014 12:44 PM
zwaty posted on 26-11-2014 12:35 PM
betulla...dari awal bulan aritu fb aq kena serang dgn "anugrah cmerlang" okla klau anak ko pndai k ...

kannnn....
sbb tu bab2 ni.. aku share dalam group whastapp je la uols... dalam group tu ada tok nenek uncle auntie dia je....
dgn family ... best sikit... tang gagal ke hapa pon share dgn family jugak
Last edited by atira on 26-11-2014 12:46 PM

Quote pearl.silver 26-11-2014 12:44 PM
tggu berita tunjuk budak upsr dpt hadiah kereta dr parents...
Quote ColbyRaikkonen 26-11-2014 12:52 PM
Okay jerk kalau yang dapat A menurun....kalau yang dapat A tue btul betul cemerlang...
bukan sebab markah untuk dapat A dikurangkan untuk naikkan prestasi.
Quote R2D2 26-11-2014 12:55 PM
atira posted on 26-11-2014 12:19 PM
penuh la FB aku nanti dgn result stret A anak masing2

tu dah semestinya
walhal ada ramai lagi ibubapa yg tak seghairah mcm tu
Quote shielammb 26-11-2014 01:02 PM
Sekolah anak aku pon tahun ni peratusan kebanyakan subjek menurun dengan amat ketara
Quote bellaa 26-11-2014 01:07 PM
fatehana posted on 26-11-2014 12:26 PM
mana ada last UPSR

tahun depan anak meols amek UPSR

ouh.. gitu..

aku naek pening dgn gomen.
ubah format sana sini.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.347462 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top