CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Nuha Dedah No Telefon

26-11-2014 04:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32725| Komen: 193

Description: “Cuma Selepas Kejadian Itu, Saya Menerima Beribu-Ribu ‘Whatsapp’ Sehingga Telefon Saya ‘Hang’,” Katanya Ketawa.

Nuha Dedah No Telefon


Penyanyi Nuha AF2014 akui tidak menyimpan perasaan marah mahupun kecil hati atas teguran peminat terhadapnya.

Nuha atau nama sebenarnya Syamila Nuhair Zainordi berkata isu itu timbul selepas dia memuat naik sekeping foto yang mendedahkan alamat dan nombor telefon peribadi di akaun Instagram (IG) miliknya.

Gadis yang berasal dari Selangor itu ketika dihubungi Astro Gempak berkata, tujuan dia berbuat demikian adalah disebabkan untuk memenuhi permintaan peminat yang ingin menghantarkan hadiah kepadanya.

“Sebenarnya saya buat begitu hanya untuk memenuhi keinginan peminat yang kerap kali bertanya bagaimana cara untuk hantarkan hadiah dan saya juga tidak mahu menghampakan peminat saya.

“Selepas beberapa minit saya ‘upload’, ramai pula peminat yang marah dan beri nasihat supaya saya padamkan foto tersebut kerana khuatir akan membahayakan saya.









Peminat risau akan keselamatan Nuha selepas dia mendedahkan maklumat peribadi secara terbuka
.




“Saya tak marah atau pun kecil hati kepada mereka yang menegur sebaliknya berterima kasih sebab risaukan saya.

“Cuma selepas kejadian itu, saya menerima beribu-ribu ‘whatsapp’ sehingga telefon saya ‘hang’,” katanya ketawa.

Tambah Nuha, kejadian itu memberi pengajaran kepada dirinya supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Saya masih baru dalam bidang ini dan perlahan-lahan cuba menyesuaikan diri. Saya sedar banyak lagi perkara perlu saya belajar untuk berada dalam industri.

“Saya faham ini merupakan antara cabaran bagi saya dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.” katanya.






Kata-kata Nuha yang ditujukan kepada peminat selepas memadamkan maklumat peribadi tersebut.



Dalam pada itu, penyanyi berusia 21 tahun itu juga berterima kasih kepada para peminat yang banyak memberikan tunjuk ajar kepadanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damian_lee 26-11-2014 01:14 PM
bahayanya ramai tau num telefon .....
Quote khailya 26-11-2014 01:18 PM
wpn aku bukan retis...
aku takkan sesekali mudah nak bagi no tepon kat org..
bahaye ooo
Quote kentel 26-11-2014 01:20 PM
khailya posted on 26-11-2014 01:18 PM
wpn aku bukan retis...
aku takkan sesekali mudah nak bagi no tepon kat org..
bahaye ooo

retis CI
Quote damian_lee 26-11-2014 01:20 PM
khailya posted on 26-11-2014 01:18 PM
wpn aku bukan retis...
aku takkan sesekali mudah nak bagi no tepon kat org..
bahaye ooo

kan? ... sekarang ni dengan number telefon pun kita leh track org tu kat mana ... coz banyak apps dah sync and some application ada function location detector ..... bahaya kot ...
Quote meklin 26-11-2014 01:20 PM
ni stock hadap sangat nak glamour
kesian!
Quote cemolot 26-11-2014 01:21 PM
iols yang bukan retis ni pun kalau ada benda nak upload segala mala no hp, no ic semua tutup..nama penuh pun tutup nama bapak.. berani sungguh..
Quote khailya 26-11-2014 01:22 PM
kentel posted on 26-11-2014 01:20 PM
retis CI

kene tukar gambar retis ni..hihihi
Quote khailya 26-11-2014 01:23 PM
damian_lee posted on 26-11-2014 01:20 PM
kan? ... sekarang ni dengan number telefon pun kita leh track org tu kat mana ... coz banyak apps  ...

tahu takpe... !huhu
dengan no tepon, alamat , no ic tu.. mcm2 org boleh buat ha...


Quote damian_lee 26-11-2014 01:26 PM
cemolot posted on 26-11-2014 01:21 PM
iols yang bukan retis ni pun kalau ada benda nak upload segala mala no hp, no ic semua tutup..nama p ...

nak kekal ... kena ada cerita .....
Quote maxim 26-11-2014 01:29 PM
bodow





Quote fuyupoktek 26-11-2014 01:32 PM
Bijak angad
Quote aderaderker 26-11-2014 01:33 PM
Nuha who?
Quote hijau88 26-11-2014 01:34 PM
So, ni leh jdi tmpt bermastautin yg seterusnya warga af2014 ni.
Quote fifie_olin 26-11-2014 01:44 PM
kemarok tul ...gile glemer ke hape....
bkn best pon pmpn mata 4 ni
Quote doubleA 26-11-2014 01:48 PM
banyak lagi cara lain nak layan peminat dek non.

bahaya reveal semua maklumat, reveal kat media sosial pulak tu
Quote Gnola83 26-11-2014 01:48 PM
Ok. Ada gosip baru dah walopunnnn :lol
Quote Gnola83 26-11-2014 01:49 PM
Lurus betollah budak nuha ni. Punyalah nak hadiah sampai sanggup kasi alamat n fon number bagai. Bagi jela alamat astro nuha oi
Quote setokinpurple 26-11-2014 01:54 PM
Comel betul nuha... Aku rasa benda ni kelakar. Lepas ni hati2 ye nuha
Quote noraidil_06 26-11-2014 01:54 PM
I reveal je no hp kt media social.tp memandangkan I dh kertu, x de la org bkn2 contact civilised belaka orgnye.it s all about bisnes

Lihat semua komen(193)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.107708 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top