Scarlett Johansson Bakal Berkahwin? Pada Ogos 2013, Scarlett Johansson mengumumkan berita gembira telah bertunang dengan jurnalis asal Perancis, Romain Dauriac. Aktres "The Avengers" tersebut juga sudah melahirkan anak pertamanya pada September 2014 lalu.
Semakin serius menjalin hubungan, ketika ini Scarlett dikhabarkan akan segera berkahwin dengan Romain. Rumor tersebut berhembus setelah aktres berusia 29 ini dilihat mengenakan cincin di jari manisnya. Scarlett menjadi sorotan setelah memakai cincin berlian di New York, Selasa (18/11). Namun, Scarlett belum memberi komen tentang rumor tersebut sewaktu ditanya di acara yang menjadi peringatan 2 tahun terjadinya Taufan Sandy. Sementara itu, setelah kelahiran anak pertama, Scarlett pernah mengungkapkan bahawa dia ingin berkahwin. Jika benar bagai dikata, maka tidak lama lagi dia akan mengahwini Romain. Scarlett sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan aktor asal Kolombia, Ryan Reynolds. Mereka tidak mempunyai anak hasil dari perkahwinan tersebut.
|
Mary_jane replied at 6-12-2014 01:20 AM
Aktres terkenal Hollywood, Scarlett Johansson telah mendedahkan dia sudah pun berkahwin buat kal ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.052191 second(s), 35 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.