CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Rumah Hantu Paling Menakutkan

26-11-2014 05:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10296| Komen: 30

Description: "Ini Penting Kerana Acara Kami Berunsur Sinematik. Jadi Kami Mengubah Temanya Setiap Tahun Namun Apa Yang Penting, Pengunjung Akan Rasa Diikat Anggota Badan Atau Mulut, Dimasukkan Dalam Kandang Ular ...
Rumah Hantu Paling Menakutkan


Sanggupkah anda merasai pengalaman di rumah hantu paling menakutkan di dunia? Percaya atau tidak, McKamey Manor, San Diego, California mempunyai 24,000 dalam senarai menunggu yang rata-rata tidak gerun memasuki rumah hantu itu.

Mungkin juga mereka tercabar mahu menjadi yang pertama mampu menghabiskan keseluruhan pengembaraan disediakan di dalam McKamey Manor. Sejak dibuka 14 tahun lalu, belum ada seorangpun pengunjung berjaya sampai ke garisan penamat.

Lihat saja gambar-gambar ini-amat menggerunkan! Jika memasuki rumah ini, bersedialah untuk diikat, disumbat dalam sangkar ular dan disimbah darah palsu.

Tidak hairanlah jika orang yang paling gagah sekalipun-termasuk anggota tentera marin-ada yang menangis ketakutan 'dikerjakan' hantu-hantu di McKamey Manor.


Kalau sekadar ingin menjenguk, anda boleh melihat pengembaraan menakutkan yang mengambil masa antara empat hingga lapan jam untuk dihabiskan secara online.

Pengasasnya Russ McKamey, 55, dan teman wanitanya Carol Schultz kreatif memastikan pengunjung merasai pengalaman berbeza setiap kali ke McKamey Manor.

"Ini penting kerana acara kami berunsur sinematik. Jadi kami mengubah temanya setiap tahun namun apa yang penting, pengunjung akan rasa diikat anggota badan atau mulut, dimasukkan dalam kandang ular atau dipaksa makan telur busuk," katanya.

Syaratnya hanya dua pengunjung boleh memasuki rumah itu pada satu-satu masa dan latar belakang mereka juga diperiksa sebelum dibenarkan masuk.

Tidak ada bayaran dikenakan untuk masuk ke rumah hantu itu namun pengunjung mesti berusia 21 tahun ke atas dan sihat mental serta fizikal selain menandatangani dokumen penepian terlebih dulu.

McKamey berkata dia menghasilkan projek itu kerana begitu meminati kisah seram seperti Psycho, Texas Chainsaw Massacre dan The House on Haunted Hill dan sanggup menghabiskan lebih AS$500,000 (RM1.6 juta) untuk menjadikan McKamey Manor pengalaman paling menakutkan di dunia.

"Pengalaman yang kami tawarkan adalah interaktif malah saya turut berbincang dengan peminat selain membuat kajian mendalam. Percayalah, apa yang dialami di sini amat unik-tidak ubah seperti merasai filem seram anda sendiri," katanya.

Tema di rumah hantu itu berubah setiap tahun.


McKamey Manor menjanjikan pengalaman interaktif dan unik.

Lelaki dewasa juga pernah menangis ketakutan akibat pengalaman di McKamey Manor.

Pengunjung disiram darah palsu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tinkiwinki 25-11-2014 02:41 PM
tak sanguuppp nak masukkk
Quote supernaturalee 25-11-2014 02:45 PM
giler ah

kena torture tu
Quote cmf_Kimmy 25-11-2014 02:47 PM
kalau macam ni lah gaya nya...tak de lah aku nak masuk.
Quote ajuDK 25-11-2014 02:49 PM
Scary huh
Quote MissMamamia75 25-11-2014 03:30 PM
xsanggup le ku redah masuk..
hatta rumah hantu versi funfair or kat theme park pun
aku dah jerit sakan..
lagi kan yg versi agak real mcm nih..


Quote kanan_kiri 25-11-2014 03:59 PM
gambar ketiga tu da mcm filem the saw pulak..
Quote fadzyjemi 25-11-2014 04:07 PM
takutttnyeeee.. mmg x la nk msk
Quote zulka 25-11-2014 04:22 PM
nak nak....best
Quote jarikuku 25-11-2014 04:27 PM
seram gilos.. tengok je pun dah seram apelagi nak masuk
Quote liyamariska 25-11-2014 08:10 PM
ni sampai tahap bermandikan darah pelesu nih, ai cam rasa lain mcm lak...
Quote Artemesiaa 25-11-2014 09:15 PM
Mak aiii extreme nyerrr
Quote leenaz 26-11-2014 02:28 AM
ni online ke real?
Quote justchu 26-11-2014 05:30 PM
siap kena siram kena ikat bagai
ni bukan rumah hantu
ni rumah psycho nih
Quote finding 26-11-2014 09:57 PM



hoh.. siap kena ikat, selotep mulut bagai...
Quote din_atos 27-11-2014 12:31 AM
Maknanya umah antu ni ada fizikal contact la.. Biasa umah antu xde gtu.
Quote dani-rox 27-11-2014 01:09 AM
rumah hantu stail baru nihh
password akan diberikan sebelum masuk, in case pengunjung takmo teruskan dah.
ada satu rumah hantu tuh, w/pon pengunjung dah keluar... para pelakon siap kejar lg sampai ke tempat parking
Quote coolie83 27-11-2014 08:53 AM
eh, apehal ade corey slipknot dalam tuh???

Quote mrsT 27-11-2014 10:02 AM
xde makne nye nak masuk situ..
Quote fifie_olin 27-11-2014 10:05 AM
hisskkk mcm kena dera plak ni....

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.138328 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top