CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Politeknik Rancang Perkenal Program Ijazah

27-11-2014 12:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5391| Komen: 33

Description: Mengulas Mengenai Kebolehpasaran Graduan Politeknik, Mohlis Berkata Sehingga Kini Lebih 75 Peratus Graduan Daripada Institut Berkenaan Mendapat Pekerjaan Dalam Tempoh Enam Bulan Selepas Tamat Pengajia ...
Politeknik Rancang Perkenal Program Ijazah


DUNGUN - Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) merancang memperkenalkan lebih banyak program peringkat ijazah dalam usaha menjadikan politeknik sebagai institut pengajian pertama pilihan pelajar untuk melanjutkan pelajaran.
          
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohlis Jaafar berkata, sehingga kini, politeknik mempunyai tujuh program peringkat ijazah yang dilaksanakan sejak tahun lalu di tiga politeknik premier iaitu Politeknik Ungku Omar Perak, Politeknik Shah Alam Selangor dan Politeknik Ibrahim Sultan, Johor.

"Antara program tersebut ialah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam dengan Kepujian, Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian, Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) dengan Kepujian.

"Tiga lagi program ialah Sarjana Muda Reka Bentuk Komunikasi Visual dan Media Baharu dengan Kepujian, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Eletronik Perubatan) dengan Kepujian serta Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Automotif) Dengan Kepujian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Kem Latihan Askar Wataniah Politeknik Malaysia (MaipTAAC) di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini petang semalam.

Mohlis berkata pihaknya akan melihat kepada keperluan semasa dan akan memperkenalkan beberapa program lain peringkat ijazah di politeknik yang terpilih.

"Di politeknik, sebenarnya kami memperkenalkan program-program yang tidak ditawarkan di universiti lain sebab ia berbentuk kejuruteraan dan teknologi yang membuka peluang lebih luas untuk pelajar diploma lepasan politeknik meneruskan pengajian," katanya.

Mengulas mengenai kebolehpasaran graduan politeknik, Mohlis berkata sehingga kini lebih 75 peratus graduan daripada institut berkenaan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

"Setiap tahun lebih kurang 33,000 hingga 35,000 graduan daripasda politeknik tamat belajar dan kami dapati 75 peratus mendapat tempat dalam industri, dan untuk tahun ini kami menyasarkan meningkat hingga 80 peratus.

"Kita mempunyai 33 buah politeknik di seluruh negara dan memang ada antara politeknik yang mencapai kebolehpasaran kerja graduan lebih daripada 85 peratus dan ini membuktikan graduan politeknik menjadi pilihan majikan dalam industri," katanya.
         


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tok_Batin 27-11-2014 08:10 AM
Tingkatkan kualiti lulusan diploma dulu lah.
Quote abas8888 27-11-2014 08:14 AM
kak ipar aku kerja politeknik..dia kata pening kepala sebab budak2 poli yg ambil ijazah ni secara meritnya tak layak ambil ijazah.. syarat utk masuk degree dari diploma ramai yg tak lepas..poli terpaksa rendahkan syarat kemasukan ke degree..pastu result degree jgn haraplah cemerlang.....

kenapalah orang atasan ni asyik lupa daratan??? dah tahu politeknik ni syarat masuk lebih rendah dari IPT, jadi jgn haraplah mereka nak score dalam akademik..mereka ni more to practical education..tujuan asal politeknik utk membekalkan sumber manusia yg ada kepakaran teknikal...nama pun poli teknik..as is multiple technic skills..

esok lusa poli nak buat Master PhD pula lah ya????
Quote KayuBatu 27-11-2014 08:21 AM
rasanya poli sesuai keluar utk tahap dip sja..... tingkatkan kualiti pelajar utk tahap pasaran kerja yg perlu diploma dan kemahiran..... poli akan lebih dihormati.....

beri peluang student poli gi universiti lain utk kejar ijazah supaya dpt banyakkan pengalaman dan luaskan pandangan di tempat baru.... kl dari awal kat satu tpt je rasanya agak jumud..... sekadar pandangan akulah....
Quote kentel 27-11-2014 08:27 AM
abas8888 posted on 27-11-2014 08:14 AM
kak ipar aku kerja politeknik..dia kata pening kepala sebab budak2 poli yg ambil ijazah ni secara me ...

tapi dari segi pekerjaan, mcm budak U lepasan degree plak yang lemboo....tak tau buat apa, blank..sedih...
Quote abas8888 27-11-2014 08:31 AM
budak poli memang tak kisah kerja apa pun..kerja tahap bawahan pun tak kisah..budak dari U memang memilih sikit..susah nak jumpa budak U kerja salesgirl/man atau kilang atau kerja yg gaji under RM1k..
Quote katokcun 27-11-2014 08:33 AM
kentel posted on 27-11-2014 08:27 AM
tapi dari segi pekerjaan, mcm budak U lepasan degree plak yang lemboo....tak tau buat apa, blank.. ...

setuju sangat2...byk yg menganggur pn budak U lepasan degree....
Quote jahcomel 27-11-2014 08:35 AM
bg aku y pnah keje site dulu lh,budak poli ni bagus mmg xbyk songeh lh,bg keje boleh setel...diaorg ni nk duk kt site 24jam pn xkisah...
Quote Cik_Andak 27-11-2014 08:37 AM
Rasanya tak perlu la politeknik buat program ijazah...
Quote Simunggu 27-11-2014 08:42 AM
quality diploma xada....nak upgrade azizah pula...dip. poli susah dpt kerja skg....
Quote sakurahati 27-11-2014 08:46 AM
biasanya diploma poli ni senang nak score..aku jumpa budak2 poli pointer mmg tinggi2..tapi bila nak apply sambung degree kat IPTA cam susah jek nak lepas...anak staf kat opis aku ni, pointer diploma 3.3 pun tak dpt sambung degree kat IPTA..dah puas adjust pun tak lepas jgk..
Quote Loxlaxman 27-11-2014 08:51 AM
Err ... nape ekk banyak bebudak Politeknik datang temuduga pakai slipar jer ... cikgu depa tak ajaq ke?
Quote Badut.Sarkas 27-11-2014 08:54 AM
bagus la.. pastikan juga mereka tak perlu membayar balik duit PTPTN..
Quote Psychedelia 27-11-2014 09:02 AM
Bersepah2 la rakyat ada ijazah nanti.. Ijazah semakin tak berkualiti dah sekarang..
Quote abas8888 27-11-2014 09:04 AM
kalau byk budak diploma diambil masuk degree kat ipta, tak muat..budak matrikulasi je dah beribu..seeloknya lepas dapat diploma kerja lah dulu..kerja terus pun tak apa sebab matrik memang targetnya degree..budak diploma dah ada pasaran kerja mereka yang tersendiri..
Quote benzo33 27-11-2014 09:06 AM
Aku lebih prefer gajikan student lepasan poli,ILP,IKBN atau yg graduated dari skill institution. Setakat ni aku takde masalah dgn graduan poli. dorang kalau diberi tugasan2 teknikal, cepat je belajar dan siapkan.

Cuma aku terkilan jugaklah, sebab ada company bayar gaji minimum @ RM900 untuk budak2 mcm dorang ni, walaupun dah 2-3 tahun kerja, sedangkan dorang ada kemahiran teknikal.
Quote lurve82 27-11-2014 09:22 AM
laki aku keje kilang pun mmg ramai amik bdk dip poli...dia ckp bdk poli lebih pandai buat keje..ye la sbb skill kot...tp nk smbg ke univ mmg susah..ye la univ tgk qualification jgk...bdk2 poli ni spm tahu la camne kan...tp klu kata sistem poli utk degree xberkualiti tu xbetul..sbb semua poli setiap thn kena audit MQA, SIRIM etc...smpi 5S@EKSA pun nak kne audit...tp mmg certain bdk2 poli hauk sikit...tp ada la yg excellent...ala student univ pun xsemua yg excell....
Quote honeybee1802 27-11-2014 09:27 AM
Dah hilang hala tuju apa poli nehhh?
Quote honeybee1802 27-11-2014 09:31 AM
lurve82 posted on 27-11-2014 09:22 AM
laki aku keje kilang pun mmg ramai amik bdk dip poli...dia ckp bdk poli lebih pandai buat keje..ye l ...

Dip poli more to skill...dip uitm more to persediaan nak ambil degree....pendapatan aku la...kalo praktikal lebih suka ambil dak poli..
Quote lurve82 27-11-2014 09:44 AM
honeybee1802 posted on 27-11-2014 09:31 AM
Dip poli more to skill...dip uitm more to persediaan nak ambil degree....pendapatan aku la...kalo  ...

aku ex dip uitm..mmg pun..bila tgk dip poli...klu electrical tu dorg dh blaja wiring sumer sekali...klu dulu dip uitm blaja basic je...masuk lab xde la smpi buat wiring kena panjat2 bagai...skrg dip uitm aku xtau camne...dip poli siap blh amik sijil utk wiring lg...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.056050 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top