CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiru Rekabentuk: Jaguar Land Rover Saman China

27-11-2014 02:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8841| Komen: 67

Description: Pegawai Eksekutif Jaguar Land Rover, Dr. Ralf Speth Memberitahu Majalah Autocar, Amalan Meniru Reka Bentuk Yang Masih Berlaku Di China Sangat Mendukacitakan.
Tiru Rekabentuk: Jaguar Land Rover Saman China


KENDERAAN pacuan empat roda Range Rover Evoque yang dikeluarkan oleh syarikat Jaguar Range Rover.

LONDON – Pembuat kereta terkemuka Britain, Jaguar Land Rover bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah syarikat pengeluar kereta dari China kerana meniru reka bentuk sebuah kenderaan pacuan empat roda milik syarikat itu.

Jaguar Land Rover dilaporkan berang selepas sebuah syarikat pengeluar kereta dari China, LandWind melancarkan model kenderaan pacuan empat roda terbaharunya, X7 pada pameran kereta Guangzhou minggu lalu.

Model X7 yang berharga £14,000 (RM73,500) itu mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan model Range Rover Evoque keluaran Jaguar Land Rover dan berharga £40,000 (RM210,000).



MODEL pacuan empat roda X7 keluaran syarikat China, LandWind yang didakwa meniru model Range Rover Evoque.

Pegawai Eksekutif Jaguar Land Rover, Dr. Ralf Speth memberitahu majalah Autocar, amalan meniru reka bentuk yang masih berlaku di China sangat mendukacitakan.

“Harta intelektual ini milik kami dan jika ada syarikat yang melanggarnya itu bermakna telah melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

Model kenderaan X7 yang lebih murah itu didapati mempunyai reka bentuk badan, lampu dan pelindung radiator yang hampir sama seperti Range Rover Evoque. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 27-11-2014 12:54 AM
macam mana dengan trend industrial espionage ye selepas era perang dingin?
Quote BotakChinPeng 27-11-2014 01:02 AM
Lantak lah
Quote sekngucing 27-11-2014 01:04 AM
ni tiru betul2 ni
Quote Acong 27-11-2014 01:18 AM
murah tu..................................
Quote Acong 27-11-2014 01:20 AM
china nie mmg celaka....... no respek pd design org lain
Quote incrossroad 27-11-2014 01:29 AM
Satu pekara u orang kena admit. China ada kebolehan untuk reverse engineering kereta, kapal selam, spacecraft, high speed rail dan lain2.

Mereka bukan takde otak. Tau tak graduan engineering setahun adalah 5million orang.

Company seperti huawei dan buat business sampai artic dan africa. Harga alibaba china dah melepasi ibm.
Quote sekngucing 27-11-2014 01:33 AM
reverse engineer bla bla bla
tp kalau takde tika susah juga
Quote skymania 27-11-2014 02:47 AM
china dan peniruan berpisah tiada..
Quote mbhcsf 27-11-2014 02:52 AM
incrossroad posted on 27-11-2014 01:29 AM
Satu pekara u orang kena admit. China ada kebolehan untuk reverse engineering kereta, kapal selam, s ...

yup , post grad depa yg dok kat uni uni europe ni  especially in it, engineering semua ni dok timba ilmu ni ...salah seorang cakap China dok bina education hub, research hub say in 20-30 years' time.

Quote primemova 27-11-2014 06:17 AM
China mmg celaka ! Kalau perabot, diorang selamba tiru perabot design dari italy... Sebijik sebijik diorang tiru... Cina ni bangsa yg tak fikir soal maruah dan etika... Yg diorang fikir hanyalah duit duit duit....
Quote noor2 27-11-2014 07:04 AM
Ikutla pada pembeli....tapi memang sakit hatila kalau orang meniru barang kita.
Quote Pajeri_Nenas 27-11-2014 07:28 AM
incrossroad posted on 27-11-2014 01:29 AM
Satu pekara u orang kena admit. China ada kebolehan untuk reverse engineering kereta, kapal selam, s ...

jgn menghalalkan yg haram
Quote tempur 27-11-2014 07:34 AM
noor2 posted on 27-11-2014 07:04 AM
Ikutla pada pembeli....tapi memang sakit hatila kalau orang meniru barang kita.

barang apa yang awak buat sehingga begitu marah ni...hehehe..
Quote noor2 27-11-2014 07:35 AM
tempur posted on 27-11-2014 07:34 AM
barang apa yang awak buat sehingga begitu marah ni...hehehe..

..saya cakap pasal topikla...hihi
Quote tobby 27-11-2014 07:41 AM
jepun dulu pun tiru gak.
Quote mirage_46 27-11-2014 08:01 AM

Quote namirulmukminin 27-11-2014 08:08 AM
mirage_46 posted on 27-11-2014 08:01 AM



Nampak sangat cikainye barang ciplak China ni.... tengok Disc Brake pon dah bleh tau.
Last edited by namirulmukminin on 27-11-2014 08:09 AM

Quote kentel 27-11-2014 08:08 AM
hihihi....mereka dan uang berpisah tiada...
Quote abas8888 27-11-2014 08:19 AM
ini dah kira copy paste je ni design ni..hahaha..perlu tahap intelektual yg tinggi ke utk copy paste??

tang mana reverse engineeringnya? jaguar komplen tiru tang body design..bukan teknologi enjin ke apa ke...

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053262 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top