CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik RAMBUT Lihat artikel

ATASI~Sedih! Rambut Bercabang

5-12-2014 11:43 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3596| Komen: 0

Description: Rambut bercabang adalah perkara yang paling tidak digemari terutamanya wanita. Rambut juga merupakan aset penting dalam aspek penampilan tidak kira lelaki mahupun perempuan.
Rambut bercabang adalah perkara yang paling tidak digemari terutamanya wanita. Rambut juga merupakan aset penting dalam aspek penampilan tidak kira lelaki mahupun perempuan. Rambut kering adalah tanda-tanda sebelum berlakunya rambut rosak dan bercabang. Jom LadyLista kongsikan tips penjagaan rambut.

1) Cuka epal

-Ianya berkhasiat untuk merawat rambut rosak dan membuatkan rambut menjadi lebih halus. Campurkan cuka epal dengan air limau, kemudian rapikan pada rambut yang basah. Biarkan selama lima hingga 10 minit. Kemudian cuci rambut dengan air bersih.

2) Minyak bijian

-Campurkan minyak bijian dengan daun pandan. Lumurkan pada rambut kemudian cuci rambut anda. Bagi mengelakkan rambut berbau hapak, pastikan sisa minyak bijian itu bersih dari rambut anda.


3) Gunakan minyak zaiton

-Setiap dua minggu sekali , rapikan rambut dengan minyak zaiton. Untuk lebih selesa, hangatkan sedikit minyak zaiton tersebut. Rapikan ketika rambut dalam keadaan basah. Biarkan selama lima minit kemudian basuh dengan menggunakan syampu.

4) Gunakan perapi rambut

-Seminggu sekali , gunakan perapi rambut. Biarkan selama 10 hingga 15 minit kemudian barulah dibilas. Ketika menggunakan perapi , jangan biarkan perapi rambut terkena kulit kepala kerana itu akan membuat kulit kepala anda berminyak. Bilas hingga bersih.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.039161 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top