CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Revalina S. Temat Sudah Bertunang

10-12-2014 04:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11405| Komen: 15

Description: “Tidak Ada Apa Pun Yang Hendak Dirahsiakan (Tentang Pertunangan). Kalau Ada Yang Bertanya, Pasti Saya Menjawab,” Kata Revalina Yang Turut Berkongsi Hari Bahagianya Itu Dalam Laman Sosial Miliknya.
Revalina S. Temat Sudah Bertunang


BERITA pertunangan Revalina S. Temat dengan Rendy Aditya Gunawan yang berlangsung hujung November lalu men-cetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat industri hiburan Indonesia.

Banyak yang beranggapan pelakon berusia 29 tahun ini sengaja merahsiakan bakal suaminya itu sementelah namanya kerap dibabitkan dengan percintaan dengan beberapa lelaki sebelum ini.

Bagaimanapun pelakon yang dikenali menerusi drama Bawang Merah Bawang Putih ini menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.

“Tidak ada apa pun yang hendak dirahsiakan (tentang pertunangan). Kalau ada yang bertanya, pasti saya menjawab,” kata Revalina yang turut berkongsi hari bahagianya itu dalam laman sosial miliknya.


Sebelum ini Revalina bercinta dengan jejaka Arab bernama Kemal Idris sebelum Panji Trihatmodjo yang merupakan putera jutawan Indonesia, Bambang Trihatmodjo.

Tidak lama kemudian, Revalina menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan pelawak terkenal, Ringgo Agus Rahman sekitar 2009 sebelum hubungan mereka putus.

Sejak itu tiada lagi kedengaran cerita cinta membabitkan bintang filem Perempuan Berkalong Sorban ini dengan mana-mana jejaka.

Mengakui fobia untuk berkongsi cerita cinta dengan masyarakat kata Revalina, dia juga nekad untuk menyimpan bahagian tersebut agar kehadirannya dalam industri hiburan tidak disalahertikan.

“Tak sedap kalau Revalina asyik dikaitkan dengan cerita cinta. Sedangkan saya ada beberapa produk yang boleh dikongsi,” katanya.

Mengulas tentang Rendy kata Revalina, lelaki yang dikenali menerusi seorang teman itu dilihat cukup memahami dirinya dari saat awal perkenalan kira-kira dua tahun dulu.

“Salahkah jika seorang wa-nita bercinta dengan pasangannya yang jauh muda daripadanya? Itu bukan masalah besar kerana saya pun masih muda."

“Saya dan Rendy cuma berbeza usia tiga tahun saja. Saya percaya apa yang paling penting dalam sebuah perhubungan itu adalah persefahaman,” ujarnya lagi.

Enggan berkongsi tarikh perkahwinannya dengan Rendy yang bakal berlangsung pada tahun depan bagaimanapun Revalina memberitahu, dia akan mengumumkan perkara tersebut bila masanya sesuai.

Yang pasti Revalina menambah, dia akan menguar-uarkan berita perkahwinannya kepada masyarakat supaya tidak timbul sebarang fitnah selepas itu. - utusan.com.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merrissa 9-12-2014 04:34 AM
suke revalina nih cantik...
Quote ais_kosong 9-12-2014 07:03 AM
tahniahhhhhhhhhh...
sepadan ja..
Quote makton 9-12-2014 08:23 AM
tahniah......
Quote amyainsamad 9-12-2014 09:27 AM
tahniah..............
Quote myakayina 9-12-2014 10:36 AM
dalam filem Nina Bobo tu lain giler muka sheols..
Quote Mary_jane 9-12-2014 11:23 AM
Muka tunang dia mcm zarul umbrella pulok
Quote reenaz 9-12-2014 12:13 PM
Eh..macam penah dengar bawang putih ni bini tengku muda pahang? So gosip je la ek?
Quote Lorra2411 10-12-2014 04:58 PM
Mary_jane posted on 9-12-2014 11:23 AM
Muka tunang dia mcm zarul umbrella pulok

haah, lebih kurang mukanya.
Quote adekhairz 12-12-2014 11:45 AM
Dah lama x layan cter Indon..anyway tahniah..
Quote hanahani 16-12-2014 11:13 AM
TAHNIAH
Quote babyicha 16-12-2014 05:09 PM
tahniah.. tringat citer bawang putih bawang merah dolu2..
Quote Gospodinkvic 17-12-2014 11:03 AM
Tahniah
Quote melissa~~ 18-12-2014 01:04 PM
tahniah,cantik revalina.
Quote msarra 18-12-2014 03:17 PM
tahniah dah bertunang
Quote anno_miss 31-12-2014 08:42 AM
Congrates..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.090485 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top