CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

{4} Bonus 1 1/2 bulan: Gesa CUEPACS !

27-9-2012 04:23 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 22258| Komen: 283

Description: SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin Bajet 2013 yang akan dibentangkan Jumaat ini akan menyediakan bonus satu setengah bulan kepad ...


26 September 2012

        SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin Bajet 2013 yang akan dibentangkan Jumaat ini akan menyediakan bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam.
       
        Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan sudah memberikan bonus setengah bulan kepada penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri lalu.
       
        "Kita tuntut bonus dua bulan gaji sebelum ini dan setengah bulan sudah dapat, jadi baki lagi sebulan setengah itu kita harap dapat diberikan dalam belanjawan kali ini," katanya kepada Sinar Harian Online.
       
        Selain itu, Cuepacs juga menuntut agar kerajaan menyediakan lebih banyak skim perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar RM80,000 hingga RM200,000 dan RM80,000 hingga RM150,000 di kawasan pedalaman.
       
        "Harga rumah yang ada sekarang ini tinggi dan tidak mampu dimiliki golongan berpendapatan RM2,000.
       
        "Jadi, kita harap selepas ini kerajaan dapat menentukan juga harga rumah yang mampu dibeli oleh penjawat awam yang mendapat gaji RM2,000 hingga RM5,000," katanya.


        Omar berkata, elaun perumahan sewa bulanan yang ditawarkan ketika ini iaitu RM180 sudah tidak relevan pada masa ini, oleh itu, Cuepacs mahu ia ditingkatkan kepada RM350 hingga RM450.
       
        Sementara itu, Omar juga menyatakan bahawa nasib 40,000 pekerja kontrak wajar diperjuangkan dengan mengubah status mereka kepada pekerja tetap.


        Malah, Cuepacs juga mahu faedah pinjaman perumahan dikurangkan kepada satu peratus selain melakukan perubahan ke atas Sistem Saraan Malaysia.
       
        "Kini, penjawat awam menikmati faedah pinjaman perumahan empat peratus, jadi kami mahu ia dikurangkan kepada satu peratus. Kita harap perkara ini diambil perhatian kerana ini memang ditunggu oleh penjawat awam," katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stars83 27-9-2012 07:08 AM
nanti ada lah porumer2 yg anti gomen komen x puas ati nanti..tungguuuu....
Quote cecite 27-9-2012 09:20 AM

mmg kan weols slalu dpt n of d year?

Quote azmira81 27-9-2012 09:23 AM
kalau dapat, Alhamdulillah......

iols menumpang rezeki hubby jah
Quote devilito 27-9-2012 09:39 AM
wow.... tingginya permintaan itu...... bonus.....bonus......
Quote KTMan 27-9-2012 09:59 AM
minta jangan tak minta...sementara kerajaan Najib keadaan cemas, boleh memerintah ke idak lagi akhir tahun depan... kalau dia rasa tak selamat dia kasi, kalau dia rasa strong boleh menang tak ada harapannya...
Quote surwanis 27-9-2012 09:59 AM
akan naik lagikah rege barang2an?
Quote tuan_wu 27-9-2012 10:03 AM
mtk jgn x mtk....dpt ke tidak blkg kira....  
Quote kelip2_07 27-9-2012 10:06 AM
wow..bgs abe omar..moga2 diperkenankan
Quote snowyqueeny 27-9-2012 10:10 AM
semoga dapat. boleh tambah saving aku ngn hubby ngehngehngehhhh eceh saving la sangat
Quote MrsJohn 27-9-2012 10:11 AM
dream on lah, nak bagi 1/2 bulan pun semput
Quote hellyboringe 27-9-2012 10:19 AM
mintak byk dpt sikit..dari mintak sikit lagi dpt sikit..baik demand tinggi2 dulu hehehe
Quote wekwek1 27-9-2012 10:27 AM
x yah bagi lah

bukan orang gov nak undi bn pon

Quote wekwek1 27-9-2012 10:28 AM
dlu gaji aku 2k dpat je beli apartment

mcm ne nak dpt beli rumah

tiap kali rehat shoping alamanda dan menyogO

ehhh

tu bukan pekeje goV...tu pekeje lain

pekeje gov maksumm gitew
Quote taji2906 27-9-2012 10:46 AM
wekwek1 posted on 27-9-2012 10:28 AM
dlu gaji aku 2k dpat je beli apartment

mcm ne nak dpt beli rumah

tahun bila beli aprtment tu? kat area mana?
la ni harga melambung...
lagi satu, harga mampu milik tu takdak...


Quote toki_rompin 27-9-2012 10:53 AM
wekwek1 posted on 27-9-2012 10:27 AM
x yah bagi lah

bukan orang gov nak undi bn pon

Kamu ini baru keluar dari perut kaldai ka?

Apa kena mengena bonus org gomen dgn BN?

Opah kamu ajar duit gomen = duit BN kah?

Quote smallmama 27-9-2012 11:07 AM
Dengar2 bonus lebih sikit tahun ni, tapi tak tahulah berapa bulan, dapat sebulan/sebulan setengah pun syukur sangat2. Kenapalah dengki sangat ngan orang gomen ni..ingatkan kami ni banyak sangatke gaji, kalau sokongan 30 tahun kerja tak sampai pun 4K...
Quote wekwek1 27-9-2012 11:12 AM
toki_rompin posted on 27-9-2012 10:53 AM
Kamu ini baru keluar dari perut kaldai ka?

Apa kena mengena bonus org gomen dgn BN?

aku tak kata kaitan pon

tp dah dikatanya gov skarang nak amek hati gov servant

ko tapaham ke?
Quote mallcop 27-9-2012 11:16 AM
Kesian ngan orang2 gomen, dapat bonus tu boleh lah layan keperluan anak2 sekolah tahun baru!

Harap2 jangan lah mak pak yang sibuk2 tukar kereta, tukar sport rim or gi holiday2 obersi! Tambang Airasia kan murah..tengok2 berbondong2 ke Bandung!
Quote ibu_haritz 27-9-2012 11:20 AM
gud job CUEPACS... setuju sgt klu ade hrga rumah yg dicadangkan dgn kenaikan elaun perumahan...

Lihat semua komen(283)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.210094 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top