CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

DAP tolak hudud Pas

15-12-2014 10:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4179| Komen: 10

Description: Selain Guan Eng, Pemangku Pengerusi Dap, Tan Kok Wai Dalam Ucapannya Turut Mempersoalkan Beberapa Pihak Yang Cuba Memperkenalkan Undang-Undang Bersifat Keagamaan Di Negara Ini.
DAP tolak hudud PasResolusi diluluskan sebulat suara 938 perwakilan

BARISAN pemimpin DAP, Pas dan PKR yang hadir dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya, semalam.


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud semakin sukar apabila DAP menegaskan pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan undang-undang Islam itu jika berjaya memerintah negara selepas pilihan raya umum akan datang.

Pendirian DAP itu juga diper-ku-kuhkan melalui satu resolusi menolak pelaksanaan hukum hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan yang diluluskan sebulat suara oleh 938 perwakilan semasa Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penolakan hukum hu-dud perlu dimuktamadkan kerana itu adalah aspirasi pengundi dalam memberi sokongan kepada pembangkang untuk merampas Putrajaya.


“Untuk menang Pilihan Raya Umum ke-14, kita mesti ada pendirian tegas, kedudukan jelas bahawa pakatan pembangkang yang memerintah di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud.

“Itu mesti jelas sama sekali, kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi sederhana bukan pengundi ekstrem,” katanya ketika ucapan perasmian di persidangan itu.
Yang turut hadir, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali. Bagaimanapun, Pas hanya diwakili Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli.

Ketiadaan pemimpin kanan Pas dalam persidangan itu menimbulkan persoalan tentang hubungan kedua-dua parti yang semakin tegang dan telah berlarutan sejak enam bulan lalu berikutan krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.

Baru-baru ini, pemimpin kedua-dua parti turut bertikam lidah apabila Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang.

Sementara itu, dalam ucapannya, Guan Eng turut menyatakan kesetiaan DAP menunggu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan hukuman penjara akibat kesalahan liwat.

“Di sini saya ingin memberi ja--mi-nan kepada Kak Wan (Wan Azizah), sekiranya Anwar masuk penjara, jangan bimbang kita akan tunggu sampai beliau keluar penjara,” katanya.

Sebelum ini, DAP telah menyatakan pendirian untuk menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum.

Selain Guan Eng, Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dalam ucapannya turut mempersoalkan beberapa pihak yang cuba memperkenalkan undang-undang bersifat keagamaan di negara ini.

Beliau yang tidak menjelaskan perkara itu secara khusus berkata, Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara, justeru sebarang dasar yang cuba mencabulinya tidak boleh dibiarkan.

Dalam pada itu, perwakilan dari Perak, Wong Kah Woh semasa perbahasan meminta mana-mana pemimpin pakatan pembangkang yang tidak bersetuju dengan keputusan dibuat gabungan itu supaya segera berundur.

“Ini penting, pemimpin daripada parti yang ingkar untuk ikut keputusan tersebut atau mahu vetokan keputusan, beliau tidak layak jadi pemimpin dan harus undur diri,” katanya tanpa merujuk kepada mana-mana parti

5

Bagus
18

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anak_Nogori 15-12-2014 08:51 AM
Dewan Ulama Pas tidak gentar tentangan DAP
15 Disember 2014 1:33 AM
  0  0 Google +0
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Dewan Ulama Pas menegaskan, parti itu tidak akan berganjak sama sekali daripada pendirian untuk melaksanakan hudud di Kelantan walaupun ditentang oleh DAP.
Pemangku Timbalan Ketuanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, pelaksanaan hudud merupakan antara perkara pokok yang mendasari perjuangan parti tersebut.
Menurut beliau, DAP juga tidak berhak untuk menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan kerana negeri itu adalah di bawah pentadbiran Pas.
“Kita pun ada hak juga. Hudud yang juga dasar utama dalam Pas adalah perintah Allah SWT dan bukannya perintah Lim Guan Eng,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu ketika berucap dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya, Selangor hari ini antara lain menyatakan, pakatan pembangkang perlu mempunyai pendirian yang tegas dan kedudukan yang jelas untuk tidak melaksanakan hudud jika ingin merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).
Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama Pas mengingatkan Guan Eng bahawa majoriti penduduk Kelantan menunjukkan sokongan terhadap pelaksanaan hudud apabila mereka masih mengundi Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau turut meminta Guan Eng agar tidak mencampuri pentadbiran kerajaan Pas Kelantan khususnya dari segi penguatkuasaan hudud ke atas umat Islam di negeri berkenaan.
“Hudud di Kelantan untuk orang Islam sahaja, tidak melibatkan bukan Islam. Itu pun dia nak masuk campur,” ujarnya.
Mahfodz secara sinis menempelak sikap Guan Eng yang seolah-olah ingin mengarahkan Pas yang juga sekutu DAP dalam pakatan pembangkang untuk mengikut telunjuknya.
“Apa juga yang hendak dilakukan hendaklah melalui perbincangan kerana pakatan ini mengamalkan prinsip demokrasi, bukan autokrasi atau diktatorial,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.qhcpmpYa.dpuf

P/s;- Dewan ulamak PAS je ke yg berani hantam DAP?...Hadi, Mad Sapu, Mahfus, Khalid Samad mana?.
Quote Perutkaembong 15-12-2014 09:18 AM
ala takpe...gabung dulu dah menang pilihanraya nanti gaduh lagi seround...tak puas ati guling2 rempuh pagar baling kerusi ambik bini jadi mb

hahahah malaysia aman
Quote mdhelmi 15-12-2014 09:25 AM
kalau melibatkan pakatan pembangkang jarang org ambil sumber dari UTUSAN
Quote Anak_Nogori 15-12-2014 09:34 AM
Perutkaembong posted on 15-12-2014 09:18 AM
ala takpe...gabung dulu dah menang pilihanraya nanti gaduh lagi seround...tak puas ati guling2 rempu ...

dia kata apa?...atas dasar tahaluf siyasi..tapi yg asik kena PAS...

setidak2nya DAP dah buat resolusi sokong sebulat suara tolak hudud PAS dan minta mana2 pemimpin PR tak setuju dgn resolusi DAP...boleh keluar dari PR....yg PAS bila plak nak buat resolusi sebulat suara tetap akan laksanakan Hudud dan mana2 pemimpin PR yg tak setuju diminta keluar juga dari Pakatan...baru jantan...ni macam pondan...bacul plak tu..
Quote Anak_Nogori 15-12-2014 09:35 AM
mdhelmi posted on 15-12-2014 09:25 AM
kalau melibatkan pakatan pembangkang jarang org ambil sumber dari UTUSAN

kenapa plak?..
Quote Anak_Nogori 15-12-2014 11:50 PM
DAP boleh keluar pakatan jika tidak selesa dengan Pas - Mohd. Amar
15 Disember 2014 8:27 PM

SEMANGAT perjuangan golongan ulama seperti mana dipaparkan dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-33 pada tahun 1987 harus terus dipelihara oleh ahli-ahli parti itu - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Advertisement
KOTA BAHARU 15 Dis. - Pas hari ini membidas DAP sambil menyarankan parti itu keluar dari pakatan pembangkang sekiranya ia tidak selesa dengan perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, DAP dialu-alukan untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya ia tidak yakin dapat memenangi pilihan raya umum ke-14 jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
"Kita (Pas) tak akan keluar dari pakatan pembangkang. Kalau dia (DAP) tak selesa dan rasa tak boleh menang dengan pakatan pembangkang, mereka boleh keluar bila-bila masa.
"Tak jadi masalah kepada kita dan kita tak akan tukar perjuangan kita (laksanakan hudud), kita tak akan korbankan perjuangan semata-mata untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Mohd. Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang mahu pakatan pembangkang jelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-14.
Mohd Amar berkata DAP perlu menghormati perjuangan Pas yang selama ini ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
"Resolusi yang dibuat itu untuk DAP dan bukan untuk Pas, kita ada perjuangan kita sendiri dan mereka tidak boleh paksa kita.
"Ia (resolusi) adalah untuk anggota dan pemimpin mereka, DAP perlu hormat rakyat Kelantan dan perjuangan Pas kerana isu hudud ini dah wujud sebelum pakatan pembangkang wujud," katanya.
Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata kerajaan Kelantan akan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai Hukum Hudud pada 29 Disember ini. - - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.an6f1WyK.dpuf

P/s;- back tu asal..DAP cabar PAS, PAS cabar DAP...Mad Sabu tetap peluk cium Kit kena siang..
Quote Anak_Nogori 16-12-2014 02:32 PM
Ignoring allies, Kelantan PAS charges ahead with hudud plan
BY MD IZWAN

Published: 16 December 2014

Kelantan Deputy Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah says the plan to implement hudud in the state will come to fruition soon. – The Malaysian Insider file pic, December 16, 2014.
Kelantan Deputy Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah says the plan to implement hudud in the state will come to fruition soon. – The Malaysian Insider file pic, December 16, 2014.
Eight technical meetings, five state and three federal-level discussions later, Kelantan Deputy Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah is confident that the state's plan to implement hudud will come to fruition soon.

No matter the warnings by its Pakatan Rakyat (PR) ally, DAP, whose adviser Lim Kit Siang said last night that PAS's insistence on hudud could well be the opposition pact's downfall.

All the state government is waiting for now, Amar said, was the proposal and recommendation from both state and federal committees before moving to table in Parliament a private member’s bill on the implementation of the Islamic law.



Details are expected to be laid out during a special state assembly sitting this December 29 to table and pass amendments to the Kelantan Shariah Criminal Code II.
PAS in Kelantan is clearly barging ahead with its plan to enforce Shariah criminal law in the state, despite opposition from DAP.

PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who leads the opposition pact, yesterday said Kelantan's move was "problematic" and that he was still in the dark over the provisions of the proposed amendments.

"I'm feeling positive that it will be implemented. But first, we want to see the proposals (from the technical committee), then we will decide," Amar told The Malaysian Insider.

In May, PAS decided to postpone the tabling of a private member's bill in Parliament to give sufficient time to a joint Putrajaya and Kelantan government technical committee to study the implementation of the Kelantan Shariah Penal Code II.

The party had also agreed that the technical committee should be chaired by Amar while Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom would supervise a federal-level technical committee under the Malaysian Islamic Development Department (Jakim).

Despite the postponement, PAS deputy president Mohamad Sabu had said that the party was determined to implement hudud.

Amar said the state and federal-level discussions were serious, all of which pointed to the likelihood that the law would be implemented.

"Nonetheless, everything is still in the discussion stage. Let's see the results of the technical committee, what are their proposals," he said.

Amar said the Kelantan government was relying on professionals, including Shariah Chief Judge Datuk Daud Muhammad, and not politicians, to see to the implementation of hudud law.

"We sent out professionals, no politicians are involved. We want the experts, such as lawyers to 'slug' it out first.”

As for the party's Pakatan Rakyat partners, especially DAP, which has repeatedly stated its opposition to hudud, Amar said those in PR should respect the Islamist party's position on the matter.

"The issue of hudud has long been decided even before the formation of PR. It is not something new. So, in my view this should not be a problem.

"This we have decided before the alliance," he said.

PAS has repeatedly stated that it remained firm on implementing hudud despite opposition from its allies.

On Saturday, PAS’s Ulama wing acting deputy chief Datuk Mahfodz Mohamed reiterated the Kelantan government’s assurance to non-Muslims in the state that the Islamic Penal Code would only apply to those professing Islam.

He said PAS has given its “full commitment” to plans to implement the Islamic law within the framework of the existing democratic system, and would continue to push for hudud.

Hudud, he added, was a policy of PAS enshrined in the party’s constitution.

Mahfodz also claimed that more than 70% of voters in Kelantan have expressed their support for the implementation of the Islamic penal code.

PKR central committee member Latheefa Koya today questioned the timing of the assembly meeting to discuss implementing hudud in Kelantan, just as Umno and Barisan Nasional were thrust firmly under the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) spotlight.

"It is strange that Kelantan PAS suddenly calls for a special state assembly meeting to table an amendment to the Shariah Criminal Code Enactment II," she said, after Kelantan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob announced it.

DAP secretary-general Lim Guan Eng, when delivering his keynote address at the party's 2014 national conference on Sunday, also highlighted that PR's choice for prime minister as well as a united position against hudud were crucial if the coalition hoped to win over moderate Malaysians.

Lim's call comes after one of the coalition's most fractious years, which saw PR almost torn apart over the Selangor menteri besar saga and Kelantan PAS's attempts to push for hudud in the state.

DAP's Lim Kit Siang yesterday also warned that the Kelantan government’s plan to amend its Shariah laws would only work against PAS and its partners.

He said PAS' insistence on hudud could cause PR to lose both Putrajaya and Kelantan.

Among the crimes under the focus of the Islamic penal code are adultery, consumption of alcohol, and slander over adultery. – December 16, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.5k8YSd8y.dpuf
Quote Anak_Nogori 16-12-2014 10:32 PM
ditor: Adamyan | Diterbitkan pada: 16 December 2014| Kategori: Adamyan,Utama | Add Comment »

DAP Nak ‘Susun’ PAS, Baru Sedar Ke?


inShare
1
BAGUSLAH bila ada pemimpin PAS mula sedar bahawa DAP sedang cuba menyusun parti itu dengan meletakkan orang-orang tertentu di tempat-tempat strategik dalam parti tersebut.  Walaupun agak terlambat sebab dah ada orang yang makan gaji dengan DAP dapat jadi Timbalan Presiden parti, tapi kata orang “better late than never”.

Ini setelah penulis membaca banyak rungutan dari pemimpin-pemimpin PAS di peringkat pusat dan negeri mengenai kebimbangan DAP mula mencatur PAS dari dalam bila DAP masuk campur dalam urusan PAS nak melaksanakan hudud di Kelantan – bukan DAP ada waima satu kerusi DUN pun kat negeri tu, tapi dia pulak yang lebih banyak cakapnya.

Cuma persoalannya, apa selepas ini?  Persoalan ini wajib ditanyakan sebab ikut sejarah, tanya pemimpin PAS ni, semua benda pun dia tahu, semua benda pun dia maklum, tapi apa tindakan untuk menghentikannya?  Pochik, yilek.

Sebab yang penting bagi PAS ialah kuasa, kuasa dan kuasa.  Sampaikan parti dia sendiri nak tergadai dek DAP pun, masih tak sedar-sedar diri lagi.

Penulis sebenarnya lebih suka lihat PAS yang lama, dimana PAS pada waktu itu adalah sebuah parti penuh retorik dan selalu buat kenyataan bodoh dengan membabitkan agama sekali dengannya.

Meriah dunia politik Malaysia dengan PAS yang macam itu.  Hampir setiap hari, ada sahaja perkara yang nak digelakkan bila PAS buka mulut pasal hukum hakam, nak nak kalau mulut tu kepunyaan Nik Aziz.

Dah lama kita tak dengar PAS keluarkan fatwa-fatwa kelakar, antaranya boleh mencarut macam Tuhan mencarut dan yang seperti itu.  Sejak jadi hamba suruhan DAP dan PKR ini, PAS kadang kala lebih liberal pulak dari 2 parti tu.

Jadi harapannya selepas ini, PAS bolehlah jadi seperti mana dulu bila orang-orang DAP yang cuba meliberalkan parti tersebut dari dalam, di singkirkan dari parti dan menyertai PasMa.

Barulah dunia politik negara kita ada ‘warnya’nya semula.
Quote Anak_Nogori 19-12-2014 12:38 AM
Dewan Ulama Pas tempelak sikap DAP
17 Disember 2014 1:36 AM
  0  0 Google +0
KUALA LUMPUR 16 Dis. – Dewan Ulama Pas menempelak sikap DAP yang berterusan mempertikaikan dasar Pas untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan sehingga menyebabkan keretakan hubungan antara pe-mimpin dalam pakatan pembangkang.

Mohd. Khairuddin Aman Razali
Sambil menegaskan Pas tidak akan tawar-menawar dalam menegakkan undang-undang Islam, Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan DAP menolak pelaksanaan itu merupakan serangan berangkai ke atas Pas yang berlarutan sejak krisis jawatan Menteri Besar Selangor tercetus beberapa bulan lalu.
Tegasnya, respons daripada pemimpin Pas untuk mempertahankan parti tidak boleh dielakkan, jus-teru pemimpin-pemimpin DAP sepatutnya lebih berhemah dalam setiap kenyataan melibatkan dasar Pas.
“Menegakkan undang-undang jenayah Islam termasuk hukum hudud adalah sebahagian perjuangan Pas yang tidak boleh tawar-menawar. Ia telah dikanunkan oleh Pas di Kelantan pada tahun 1993 dan di Terengganu pada 2002, jauh sebelum wujudnya pakatan pembangkang selepas 2008.

Advertisement
“Menjadi hak Pas untuk terus memperjuangkan pelaksanaan undang-undang ini di dua negeri majoriti Islam dengan pelaksanaannya terhadap penjenayah orang Islam sahaja melalui Mahkamah Syariah melainkan jika bukan Islam juga meminta untuk dilaksanakan ke atas mereka prinsip perundangan mutatis mutandis (perubahan-perubahan yang diperlukan atau penting),” katanya dalam kenya-taan di sini hari ini.
Beliau mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.
Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.

Advertisement
Persidangan tersebut yang dihadiri 938 perwakilan juga sebulat suara meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.
Mohd. Khairuddin berkata, Pas sentiasa menghormati hak demokrasi untuk DAP berbeza pandangan serta tidak bersetuju, namun sikap DAP berterusan mempertikai Pas adalah merupakan cubaan meretakkan hubungan dalam pakatan pembangkang.
Katanya, persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang adalah untuk menentang polisi Barisan Nasional (BN), bagaimanapun asas kepada persefahaman itu adalah setiap parti menghormati dasar dan perjuangan masing-masing.
“Dasar-dasar bersama yang boleh dikompromi menjadi sebahagian manifesto bersama dalam pilihan raya umum berasaskan konsep negara berkebajikan dan negara adil untuk semua. Dalam masa sama, setiap parti menghormati perbezaan dasar dan perjuangan yang dipegang, hal ini adalah asas kepada persefahaman pakatan pembangkang.
“Sikap DAP yang secara berterusan mempertikaikan hak Pas untuk memperjuangkan undang-undang ini di Kelantan khususnya, sangat tidak baik dan tidak wajar. Ia adalah cubaan meretakkan hubungan dalam pakatan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.51bAVF2B.dpuf
Quote Anak_Nogori 19-12-2014 12:40 AM
DAP persenda dasar Pas - Perkasa
18 Disember 2014 2:28 AM
  32  0 Google +0
Asri Ali

Advertisement
Asri Ali
KOTA BHARU 17 Dis. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri menyifatkan DAP sebagai tidak menghormati Pas apabila secara terbuka mempertikai dasar parti itu dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

Yang Dipertua Perkasa negeri, Asri Ali berkata, dalam hal ini, DAP sepatutnya perlu profesional dan lebih berhemah ketika mempersoalkan setiap perkara terutama melibatkan dasar dan perjuangan parti sekutunya itu.

Malah, katanya, tindakan DAP itu juga sekali gus membuktikan tahaluf siyasi antara kedua-dua parti itu sebelum ini sebenarnya gagal memberi impak positif kepada perjuangan politik pembangkang dalam menjaga hak kepentingan rakyat termasuk agama.

“Melihat kepada situasi ini, Pas perlu mengambil tindakan drastik dengan meninggalkan pakatan pembangkang agar parti itu dilihat lebih bermaruah selain perjuangannya untuk melaksanakan hukum Islam lebih mudah.


Advertisement
“Sebagai sebuah parti yang mendukung perjuangan Islam, Pas tidak sepatutnya membiarkan perjuangan atau dasarnya dipersendakan oleh sekutunya terutama dalam isu membabitkan hukum agama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai masa depan Pas dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP khususnya berhubung isu hukum hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP baru-baru ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang.

Pas sebelum ini pernah dicabar Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook agar parti itu keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya bertegas mahu laksanakan hukum hudud.

Mengulas lanjut, Asri berkata, masyarakat Melayu dan umat Islam harus bersatu dalam usaha mengangkat atau mempertahankan kesucian agama daripada dirobek oleh musuh politik.

Tambahnya, perjuangan Pas akan dilihat lebih relevan sekiranya bersatu dengan UMNO dalam memperkasakan misi perjuangannya untuk memartabatkan syiar Islam di negara ini.

“Kerana UMNO merupakan sebuah parti orang Melayu, beragama Islam dan dasar penubuhan UMNO juga adalah untuk membela dan mempertahankan Islam,” katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.K0J1Mf3L.dpuf

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.055456 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top