Che Isa Kreatif Membina Rumah Di Saat Susah Begini Walaupun rumah dibina di Kampung Banir Belikong, Selising agak daif , namun Che Isa Che Daud, 43, terpaksa menebalkan muka semata-mata untuk perlindungan dan keselamatan ahli keluarganya. Menurutnya, rumah itu akan didiami isteri Maskah Awang, 35, dan tiga anak berusia dua bulan, 18 dan 20 tahun serta seorang anak saudara yang dipelihara ketika berusia 18 tahun. Katanya, rumah itu menjadi kediaman mereka sekeluarga kerana tidak mempunyai tempat tinggal lain kerana tidak mampu membayar sewa. Che Isa yang bekerja kampung berkata, pelbagai kerja dilakukannya demi mengubah kehidupan keluarga, namun masih tidak berubah. “Saya dan keluarga bernasib baik kerana masih ada tanah kecil milik ibu untuk membina rumah berkenaan. “Disebabkan tidak mempunyai pekerjaan tetap menyebabkan saya tidak berani menyewa, sebaliknya bertekad membina rumah sendiri sejak sebulan lalu,” katanya ketika ditemui, semalam. Menurutnya, RM600 dibelanjakan untuk membeli atap nipah, simen dan bahan lain manakala buluh dan pokok gelam dicari sendiri di hutan berhampiran. “Dinding rumah diperbuat daripada buluh yang sudah dipecah-pecahkan manakala tiang daripada batang pokok gelam. “Lantai konkrit dibuat secara berperingkat kerana tidak mampu membeli simen dalam kuantiti banyak sekali gus,” katanya. Katanya, dia masih belum memikirkan kemudahan lain untuk rumah berkenaan seperti bekalan elektrik, bilik tidur, tandas dan bilik air. “Apa yang penting saya perlu siapkan segera rumah ini bagi membolehkan keluarga berlindung. “Saya tidak peduli apa orang kata asalkan saya dan keluarga tidak menyusahkan mana-mana pihak, malah setiap hari saya berdoa semoga hidup kami sekeluarga dipermudahkan,” katanya. Che Isa bersama isteri dan anak bongsu mereka di hadapan rumah yang dibina daripada buluh dan batang pokok gelam di Kampung Banir Belikong, Selising.
|
jejaka00 posted on 15-12-2014 01:19 AM
kesian tgk orang macam ni, hulur-hulurkan la bantuan kat diorang kalo mampu
GhostWalking posted on 15-12-2014 09:21 AM
tapi bagusnya ada usaha nak buat rumah dan nampak elok rumahnya.
awanearisu posted on 15-12-2014 01:41 AM
tengok laman sekeliling pun bersih je. tak macam sesetengah rumah golongan miskin yang lain.
awanearisu posted on 15-12-2014 09:21 AM
bertanggungjawab sungguh abam ni. sekurang-kurangnya berusaha juga nak sediakan tempat berteduh untu ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058574 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.