CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berbogel Dan Berasmara Di Dalam Kolam Jakuzi

15-12-2014 03:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8885| Komen: 0

Description: Menurut Wanita Terbabit, Pasangan Berkenaan Tidak Menghiraukan Orang Lain - Termasuk Kanak-Kanak Yang Memerhati Mereka Berasmara.
Berbogel Dan Berasmara Di Dalam Kolam Jakuzi


Singapura: Sepasang kekasih didakwa berbogel dan berasmara di dalam kolam jakuzi di Equarius Beach Villa, Resorts World Sentosa (RWS), lapor media semalam.

Gambar aksi melampau pasangan itu dimuat naik seorang wanita yang menyaksikan kejadian ke laman web Stomp.

Menurut wanita terbabit, pasangan berkenaan tidak menghiraukan orang lain - termasuk kanak-kanak yang memerhati mereka berasmara.

Menurut akhbar The Straits Times, saksi dikenali sebagai Lee, 41, berkata dua anaknya dan sepupu mereka yang berusia lima hingga 11 tahun mengadu melihat wanita terbabit tidak memakai seluar mandi.

Lee terus memaklumkan pihak pengurusan sebelum mengarahkan kanak-kanak terbabit supaya tidak memandang pasangan itu yang jelas dilihat mengadakan seks di dalam jakuzi berkenaan.

Pasangan itu hanya menghentikan perbuatan mereka selepas ternampak Lee mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya.

RWS berkata, perkara itu masih dalam siasatan. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.066399 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top