CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Fauziah Nawi Difitnah Kenakan Caj Rm8,000 Untuk Kelas Teater!!

16-12-2014 04:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8196| Komen: 26

Description: Fauziah Berkata, Tuduhan Itu Sama Sekali Tidak Berasas Kerana Setiap Kursus Yang Diadakan Adalah Anjuran Sesebuah Agensi Atau Syarikat Produksi Manakala Khidmatnya Sebagai Tenaga Pengajar Untuk Berkon ...
Fauziah Nawi Difitnah Kenakan Caj RM8,000 Untuk Kelas Teater

Fauziah Nawi tidak pernah kenakan bayaran terhadap kelas teaternya.

PETALING JAYA: Pelakon Fauziah Nawi kesal selepas tersebar fitnah kononnya dia mengenakan caj tidak masuk akal bagi menyertai kelas lakonan teater sehingga mencecah RM8,000.

Fauziah berkata, tuduhan itu sama sekali tidak berasas kerana setiap kursus yang diadakan adalah anjuran sesebuah agensi atau syarikat produksi manakala khidmatnya sebagai tenaga pengajar untuk berkongsi tentang lakonan persembahan teater.

"Saya tidak pernah mengenakan bayaran secara individu terhadap pelajar yang memasuki kelas teater saya selama ini.

"Kelas teater saya dibuat secara percuma kerana saya dibayar oleh pihak tertentu seperti Finas atau produksi teater yang memerlukan khidmat saya untuk mengajar," ujarnya kepada mStar Online.

Fauziah berkata demikian ketika diminta menjelaskan mengenai status tidak puas hatinya yang dimuat naik di Facebook miliknya berhubung tuduhan dia mengenakan caj tidak masuk akal sehingga mencecah RM8,000 bagi 16 jam kelas teater yang dianjurkan.



Fauziah Nawi menjelaskan tentang bayaran tersebut di laman sosial Facebook miliknya.
Dalam pada itu, Fauziah berkata, dia kecewa apabila ramai yang tidak bertanya dengannya terlebih dahulu sebelum mempercayai khabar angin tersebut.

"Saya didatangi oleh seorang pelajar yang memberitahu bahawa selama ini dia sangka yang saya meletakkan harga tinggi untuk kelas latihan teater.

"Saya sedar mungkin ada orang yang tidak suka kita dan memburuk-burukkan kita, malah orang lain pula tidak mahu tanya sendiri perkara itu kepada saya," katanya.

Dalam pada itu, Fauziah berkata, ketegasannya ketika bercakap membuatkan orang yang melihat caranya mengajar sebagai seorang guru yang garang dan mudah marah.

Jelasnya, pelajar yang berminat seharusnya bertemu dan mengenalinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi tentang dirinya.

"Saya dengar macam-macam yang buruk tentang saya, bukan mengenai harga sahaja, mereka juga takut kerana sangka yang saya garang dan suka marah.

"Sebaliknya, saya bukan begitu, suara saya yang kuat dan tegas membuatkan mereka fikir saya sedang marah," katanya.

Sementara itu, Fauziah berkata, dia bersama seorang rakan dalam perancangan untuk menganjurkan kelas latihan teater berbayar pada tahun depan.

Katanya, kelas tersebut akan diadakan dalam kelompok yang kecil bagi memudahkan dia mengenali setiap pelajar dengan lebih dekat.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 13-12-2014 03:47 PM
kesian dia
bersabar eh
tapi suara die mmg kuat dan org akan sangka die garang
tp sebenarnya karekter dan suara die mmg mcm tu walopon tgh melawak
Quote malaywood.NET 13-12-2014 03:48 PM
Sorry ot jap. Oh @maxim ko kata aku gila eh. Dah knpa..  
Quote malaywood.NET 13-12-2014 03:49 PM
Bertabah lah dikau kalau betul fitnah.
Quote malaywood.NET 13-12-2014 03:52 PM
Aku tension nie...
Quote munchkin 13-12-2014 04:43 PM
Whatever. Dia ni host rancangan islamic kan?
Quote Mary_jane 14-12-2014 12:39 AM
Kesian ibu fauziah. Tabahlah.

Quote encikWawad 14-12-2014 12:55 AM
kalau caj pun - dah patut kot
dengan ilmu yang sheols ada - susahkot nak dapat mana2 pengjar yang ada pengalaman cam sheols ni
normah nordin tak kuar pun tv - fati abu bakar - pun tak sepoplarr FN
Quote tomet05 14-12-2014 09:40 PM
kesian sapa la fitnah dia nih kan
Quote mrsLucky 14-12-2014 09:47 PM
encikWawad posted on 14-12-2014 12:55 AM
kalau caj pun - dah patut kot
dengan ilmu yang sheols ada - susahkot nak dapat mana2 pengjar yang a ...

I akan join kelas dia kalau ada..
Nak acting skill for fun..
Quote ayjay 15-12-2014 08:19 AM
Gigih dah sekarang ni pelakon pengarah buat kelas berbayar. Haritu ada pengarah yg gamaknya mmg anak seni hencap semua ni. Sebab dah melampau sampai kena masuk kelas lakonan baru boleh join sessi casting. Ada pelakon ni gigih every weekend je dlm 3k masuk poket buat kelas lakonan. Mudah je tak perlu sekolah tinggi buat duit mcm ni.
Quote dekmieDandy 15-12-2014 09:31 AM
aku smpi skrg anti ngan dia ni, pasai pa x tau
Quote Gospodinkvic 17-12-2014 11:49 AM
sabar lah, biasa lah tu kalau ada yang tak senang tengok orang....
Quote maxim 17-12-2014 11:51 AM
ayjay posted on 15-12-2014 08:19 AM
Gigih dah sekarang ni pelakon pengarah buat kelas berbayar. Haritu ada pengarah yg gamaknya mmg anak ...

selayaknyalah masuk kelas lakonan dlu..klo x makin ramai lak pelapis pelakon kayu spt lisakayusampahani
Quote hensem2012 17-12-2014 12:25 PM
FN nie dulu penyanyi ok..pernah rakam Piring Hitam tahun 1974/1975..suara beliau best..lagi sedap dr nek Anita
Quote AwgSagi 17-12-2014 03:08 PM
hensem2012: FN nie dulu penyanyi ok..pernah rakam Piring Hitam tahun 1974/1975..suara beliau best..lagi sedap dr nek Anita


no wonder suara & alunan dia sedap masa bernasyid & berqasidah... dlm one of her drama.
Quote MariaClara 17-12-2014 03:37 PM
suke sgt dgn fauziah nawi.....
Quote amyainsamad 17-12-2014 04:10 PM
kalo dia nk caj 10k pn..pe slhnya kot
Quote Wazzul 17-12-2014 04:38 PM
encikWawad: kalau caj pun - dah patut kotdengan ilmu yang sheols ada - susahkot nak dapat mana2 pengjar yang ada pengalaman cam sheols ninormah nordin tak kuar pu ...


Iya agreed sgt.

Quote pearl.silver 17-12-2014 05:14 PM
selalu tertukar antara
fauzi nawi dgn fauziah nawawi

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.107803 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top