CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pu Yeop Tak Sedar Anak Hilang?

16-12-2014 05:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13758| Komen: 96

Description: “Saya Dan Suami Nampak Kanak-Kanak Tersebut Juga Cuba Berlari Untuk Mendapatkan Kenderaan Yang Dinaiki Bapanya, Namun Kenderaan Tersebut Terus Berlalu.
PU Yeop (kanan) dan Muhammad Iskandar (baju merah) bersama keluarga yang membawa anaknya pulang.


IPOH - "Ketika kami sampai di R&R itu, dia mengadu sakit perut dan nak berhenti buang air, maka saya pun berhenti.


Selepas dia keluar dari kereta ke tandas, entah macam mana tidak lama selepas itu, saya terlupa hal dia yang belum masuk kereta dan teruskan perjalanan.

"Mungkin kerana terlalu memikir selepas itu saya ada ceramah di Kuala Kangsar," kata pendakwah PU Yeop mengimbas insiden beliau tertinggal anaknya, Muhammad Iskandar Zulqarnain, 8,  di sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Lebuh Raya Utara Selatan di Gurun, Kedah, Ahad lalu.

  • Muhammad Iskandar (kiri) bersama adiknya.
ALOR SETAR - “Kami cuba mengejar kenderaan bapa dia, namun tidak berjaya,” kata Siti Masmerah Arifin, 38, penyelamat Muhammad Iskandar Zulqarnain, anak kepada PU Yeop yang secara tidak sengaja ditinggalkan bapanya itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi, Muhammad Iskandar Zulqarnain, 8, dilihat meraung memanggil bapanya yang sedang bergerak menaiki kenderaan dari stesen minyak hentian  R&R tersebut.

Siti Masmerah berkata, ketika kejadian, beliau dan keluarganya singgah sebentar ke R&R tersebut untuk mengisi petrol sebelum meneruskan perjalanan ke Bagan Serai.

“Semasa suami saya isi minyak, saya yang berada dalam kereta melihat seorang kanak-kanak dekat dengan tandas di situ menangis sambil memanggil bapanya.

“Saya dan suami nampak kanak-kanak tersebut juga cuba berlari untuk mendapatkan kenderaan yang dinaiki bapanya, namun kenderaan tersebut terus berlalu.

“Suami saya bertanya kenapa menangis, dan mengesyaki bapanya tidak menyedari dia ditinggalkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, walaupun cuba mengejar kenderaan milik PU Yeop, namun tidak berjaya dan terpaksa membawa Muhammad Iskandar Zulqarnain bersama ke Bagan Serai untuk menghadiri satu majlis kenduri kahwin.

“Suami saya cuba kejar namun tak berjaya, dan dalam perjalanan itu saya cuba bertanya kepada dia, namun dia masih dalam keadaan trauma.

“Namun selepas makan tengah hari, dia menyebut bapanya adalah PU Yeop, dan saya minta dia memberitahu di mana lokasi rumahnya,” katanya.

        Katanya, dengan berpandukan arahan Muhammad Iskandar Zulqarnain mereka berjaya tiba di rumah PU Yeop kira-kira jam 3.30 petang.

        Siti Masmerah berkata, pengalaman tersebut memberi pengajaran kepadanya sekeluarga supaya sentiasa berhati-hati dan memeriksa semula anak-anak di dalam kenderaan sebelum bergerak ke sesuatu tempat.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/pu-yeop-tak-sedar-anak-hilang-1.342089


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 16-12-2014 10:17 AM
pastu dia nk bagi ceramah tentang ape? tentang bagaimana jaga anak dgn betuL?

Quote chaintea 16-12-2014 10:20 AM
dia manusia biasa..

tp mmg ada pon yg tertinggal..dok kalut sgt kan
Quote batusembilan 16-12-2014 10:23 AM
ha ha ini mmg lawak.

pu yeop pun manusia biasa......terlupa
Quote pumpkingirl 16-12-2014 10:23 AM
8thn pegi toilet sorang2 ke?? Hmm..
Quote whadda 16-12-2014 10:29 AM
owhh gambar budak ni yg nampak kat fb smalam... anak PU Yeop rupenye... nasib baik dapat kat orang yg bertanggungjawab hantarkan...
Quote zamnie 16-12-2014 10:31 AM
Kesiannya bdk tuh... nasib baik bijak gak dpt smpai rmh
Quote talapia 16-12-2014 10:37 AM
klau aku anak dia... aku sedih gile kot.. bole terlupa anak kt tandas. adehhh... takleh terima betul la...

1.. anak 8  tahun ko biar gi toilet sorang2 kt RnR yg tak biasa ko kunjungi. Klau kt tesco yg tiap minggu dia pegi ke.. bole terima lagi la...
2.. ko bole tak perasan anak takde dlm kereta? kelam kabut sangat la tu.. dh lambat nk bagi ceramah ke apa

iye... dia pon manusia biasa.. tapi sbb dia PU ..konon dia dimaafkan. ini mujur sebab anak dia selamat. cuba tajuk jadi lain... anak kene culik ke hape... kan ke menyesal tak sudah. tak kirala ko sape.. tapi perbuatan ini tetap salah.... beringatlah kita.. semoga kita jadi parents yg lebih aware akan keselamatan anak2 kita
Quote harimau76 16-12-2014 10:38 AM
ntah la.. haku pun bukannya perfect sgt.. tp tak sengaja tertinggal anak kat r & R ????? apa2pun kita2 boleh la amik sbg penagajaran agar lebih berhati-hati bila melibatkan anak2.. mujur tak jadi apa2.. tak sanggup nak bayangkan sbb terlalu byk risks yg involved.. esp kalau anak dia berlari ke tengah highway sbb kejar kereta bapak dia...
Quote lazim 16-12-2014 10:40 AM
apesal aku tergelak plk ni. yelah terbayang lagu duet PU yeop rgn alif nyerongin nyerongin juga. aleh2 tertinggal anak.

[youtube]-_5Mee6cf04[/youtube]
Quote jazaa 16-12-2014 10:43 AM
Org lelaki memang cuai jaga anak....
Quote Mary_jane 16-12-2014 10:44 AM
Nsblah kak masmerah jdk penyelamat.

Quote cikmi 16-12-2014 10:47 AM
umur 8 thn biar masuk toilet public sorang2? kalau aku, aku tak berani nak bg. sbb skrg ni mcm2 kes jadi... even kt restoran anak2 sedara nk basuh tgn pun kalau nk pi sorang2, pastikan tmpt basuh tu kitaorg nmpk. so blh nmpk dia pi dan blk. kalau tak, kitaorg teman
Quote leylapple 16-12-2014 10:50 AM
apa bila harta dimiliki dgn cara yang mudah, tidak dihargai mmg selalu dilupakan...

tapi, bila dah takder, baru terhegeh2 nak cari...

p/s hargailah amanah yang diberikan kepada kita sebaik mungkin....kalo tak empunya 'harta' mintak balik..
Quote kenarikelabu 16-12-2014 10:51 AM
Ayat biasa....sape2 buat salah, pastu ckp maafkan lah dia...   Patut kena peka la tak kira bila atau di mana sewaktu dgn anak2 kita. Betul la mcm yg atas2 ni ckp, bila dah terjadi musibah....baru la nk menggogoi menangis, menyesal....
Quote Pikir 16-12-2014 10:53 AM
cuba najib dan rosmah tertinggal anak camtu mau berbaldi kena hamun....ekekek...apapun pu yeop ni cuai le...2jam perjlnan tak sedar anak tertinggal...dgn bini dia pn tak sedar anak takde dlm keta. Dah sampai rumah baru tau...hurmmmm
Quote rospinki 16-12-2014 10:54 AM
betul..aku tk pecaya satu sen pun bapak diorg ni jaga anak2 dia..mau ilang merata
Quote tagas 16-12-2014 11:11 AM
Nampak benor mereng kepale hotak PU YOP nih.. kecuaian yg tak boleh di maafkan..byg kan kalo anak tu kena culik kena bwk thailand siam bagai kena jual organ smpai tak jumpe lg
Quote stania83 16-12-2014 11:16 AM
Berapa jam PU Yeop sedor anak dia hilang? Ke sampai org lain kena anto anak dia kat rumah.
Quote chickenwing 16-12-2014 11:18 AM
so bila yg dia sedar anak dia xde? selepas bagi ceramah?

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.062154 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top