CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Mawi-Ekin Ditaja Menerusi Program Kembara Umrah

17-12-2014 04:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14411| Komen: 64

Description: Diberi Nama Program Mwe Tabung Bantuan Gaza Palestine 2014, Kata Mawi, Program Itu Disertai 30 Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Dan Turut Mendapat Kerjasama Daripada Pertubuhan Aman Palestin Malay ...
Mawi-Ekin ditaja umrah ditaja menerusi program Kembara Umrah


WALAUPUN kurang publisiti, itu tidak bermakna Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani semakin kurang popular.
       
Jika tidak, masakan IL Creatives Ventures dan Halcent Discovery Holidays Sdn Bhd mahu menaja juara  Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu dan isterinya, Ekin mengerjakan umrah buat kali kedua.
       
Pasangan sama cantik, sama padan itu ditaja menerusi program Kembara Umrah VIP Muhasabah Cinta pada Februari 2015 di bawah bimbingan Ustaz Hanafiah Abd Malek.
       
"Sejujurnya, saya sememangnya bercadang nak pergi umrah buat kali kedua bersama isteri dan anak kami,  Cahaya Malaika.
       
"Ketika pertama kali saya dan Ekin mengerjakan umrah, doa kami adalah untuk mendapatkan Cahaya Malaika. Oleh sebab itu, setiap kali memandang Cahaya saya berniat nak bawa dia bersama.
       
"Tak sangka pula tiba-tiba ditawarkan peluang seperti ini. Alhamdulillah, ia rezeki kami," katanya.
       
Dalam pada itu, Mawi menerusi syarikat miliknya, Mawi World Entertainment Sdn Bhd baru saja menjalankan program konvoi motosikal berkuasa tinggi bagi mengutip dana Tabung Kemanusiaan Gaza pada 6 dan 7 Disember lalu.
       
Diberi nama program MWE Tabung Bantuan Gaza Palestine 2014, kata Mawi, program itu disertai 30 penunggang motosikal berkuasa tinggi dan turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Aman Palestin Malaysia.
       
"Konvoi itu berlangsung selama dua hari di lima lokasi di Johor iaitu Tebrau, Pagoh, Mersing, Kota Tinggi dan Pasir Gudang.
       
"Kami berjaya mengumpul sehingga RM34,000 di lima lokasi berkenaan.
       
"Semua kutipan terus diberikan kepada Aman Palestin yang menyumbang untuk pembangunan infrastruktur Gaza," katanya.
       
Oleh sebab sambutan yang baik, Mawi berhasrat menganjurkan program yang serupa khas buat masyarakat di negara ini yang memerlukan bantuan.
       
Dalam perkembangan lain, sempena kedatangan Tahun Baru 2015, Mawi berhasrat membuat persembahan istimewa khas buat peminatnya ekoran sudah sedekad usianya di dalam industri seni hiburan.
               

11

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
22

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BebeQ 17-12-2014 12:22 PM
gambar baru ke ni?
Quote deananie 17-12-2014 12:25 PM
comelnya ank dorang nih.

untung badan ade org sponsor pi umrah.
Quote ikaizraa 17-12-2014 12:27 PM
ko adik kandung kpd si D tu ke
Quote cik_tonggek 17-12-2014 12:31 PM
dar the tt, motip ko ader @ @ bagai??



Quote Syd 17-12-2014 12:31 PM
sabo je lah tengok ID si TT
Quote cik_kembong 17-12-2014 12:33 PM
comel baby diorg...
Quote Jagendas 17-12-2014 12:34 PM
bagus la mawi dah low profile skarang
lagu2 dia pon sedap
Quote ais_kosong 17-12-2014 12:46 PM
baguslah...
Quote DayangKirana 17-12-2014 12:53 PM
orang tu dah sah2 la mampu pegi..2nd time plak tuh..
cube la taja orang yang memang tak mampu langsung.. buat la amal sket..ni semua nak nama jer..

tapi ye lah..dah nama pun Kembara Umrah VIP Muhasabah Cinta ye dok... spoil le kalau kalau nak tunjuk muka mokcik pokcik yang tak komersil kan?

Quote abil_tetra 17-12-2014 01:11 PM
DayangKirana posted on 17-12-2014 12:53 PM
orang tu dah sah2 la mampu pegi..2nd time plak tuh..
cube la taja orang yang memang tak mampu langs ...

Mana tau diaorg x pernah taja org susah?
Quote hanakikan 17-12-2014 01:14 PM
Kejap lg keluar lah iklan krim tembam kepala dara
Quote sepitsiput 17-12-2014 01:21 PM
Jika tidak, masakan IL Creatives Ventures dan Halcent Discovery Holidays Sdn Bhd mahu menaja juara
Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu dan isterinya, Ekin mengerjakan umrah buat kali kedua.


Yg sbnrnya duorg ni pergi umrah dua kali or dah 2 kali ditaja sykt sama pergi umrah? Xkan mawi x pergi umrah masa top dulu.. rasanya byk kali kot senyap2  

Anyway.. juara af tahun ni bila nk g umrah?
Quote kucen_miang 17-12-2014 01:35 PM
sepitsiput posted on 17-12-2014 01:21 PM
Yg sbnrnya duorg ni pergi umrah dua kali or dah 2 kali ditaja sykt sama pergi umrah? Xkan mawi x ...

kannn ari tu meraung melalak mintak simpati nak bwk mak. bila lagi?
Quote kucen_miang 17-12-2014 01:37 PM
tajuk ketahian apakah ini???


Juara AF3 akan buat UMRAH. Alahmdulillah.

Quote putehkundor 17-12-2014 01:48 PM
sepitsiput posted on 17-12-2014 01:21 PM
Yg sbnrnya duorg ni pergi umrah dua kali or dah 2 kali ditaja sykt sama pergi umrah? Xkan mawi x ...

Rasanya depa laki Bini mcm tiap2 tahun gi umrah...


Quote putehkundor 17-12-2014 01:49 PM
Mak teh rindu zaman Malaya dilanggar ombak tsumawi dahulu...
Quote DayangKirana 17-12-2014 02:18 PM
abil_tetra posted on 17-12-2014 01:11 PM
Mana tau diaorg x pernah taja org susah?

pernah ke?



Quote aikee04 17-12-2014 02:41 PM
Cantekkkkkk....
Quote apikwaeh 17-12-2014 02:49 PM
Wohooo mawi. tsumawi

ok. lagu Haq sedap.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.194913 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top