CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Upah Kupas Kulit Bawang 10 Sen Sekilo

17-12-2014 04:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8173| Komen: 49

Description: “Pada Mulanya, Saya Bekerja Sebagai Penjual Besi Buruk, Namun Keadaan Kesihatan Tidak Mengizinkan Memaksa Saya Bertukar Pekerjaan Dengan Mengambil Upah Mengupas Kulit Bawang Meskipun Hanya Menerima ...
Upah Kupas Kulit Bawang 10 Sen Sekilo

Ulu Tiram:  “Saya juga mahu hidup selesa serta memiliki rumah  seperti orang lain dan berharap impian itu menjadi kenyataan,” kata Rogayah Yunos, 51, yang hidup serba kekurangan di rumah usang di Batu 16, Kampung Banjar, Sungai Tiram di sini.

Rogayah, tinggal di rumah milik bapa saudaranya itu sejak enam tahun lalu bersama dua anak berumur 20 dan 13, dua cucu berumur dua dan empat tahun serta seorang menantu.

Menurut Rogayah, kepayahan hidup memaksa dia mengambil upah mengupas kulit bawang bagi meringankan beban menantunya,  Mohamad Farizan Selamat, 27, yang hanya bekerja sebagai pemungut buah.

“Sebelum ini, saya tinggal di Bukit Benut, Kluang dan berpindah ke sini selepas ditinggalkan suami yang pulang ke Indonesia.

“Sejak itu, saya  memulakan hidup baru bersama anak, menantu serta cucu dan mujurlah bapa saudara mempelawa kami tinggal di sini.

“Pada mulanya, saya bekerja sebagai penjual besi buruk, namun keadaan kesihatan  tidak mengizinkan memaksa saya bertukar pekerjaan dengan mengambil upah mengupas kulit bawang meskipun hanya menerima pendapatan 10 sen bagi setiap kilogram,” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan dan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di sini, semalam.

Sumbangan hamper dan  RM1,000 itu disampaikan Pegawai MAIJ Daerah Johor Bahru Nor Hisham Md Shawal.

Rogayah yang menghidap darah tinggi berkata, dia bercadang  berpindah ke rumah  lebih selesa, tetapi hasrat itu terbantut berikutan masalah kewangan.

Katanya, kedudukan rumahnya kini agak jauh dan menyukarkannya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerana perlu berjumpa pegawai perubatan setiap bulan.

ROGAYAH (kanan) bersama anak dan cucunya mengambil upah mengupas kulit bawang untuk menambah pendapatan keluarga.




Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 17-12-2014 02:01 PM
kesiannya...
10 sen sekilo... mak aihhhh..
aku kupas bawang dua 3 ulas sesekali pun da pedih mata
sekilo boleh banjir aku menangis
Quote kentel 17-12-2014 02:07 PM
terpedaya janji jejaka lombok
Quote musangcomel 17-12-2014 02:10 PM
alahai 10sen je upah sekilo
bapa kilo la yg perlu dikupas utk sesuap nasi
sedihnya
Quote izabellemylia 17-12-2014 02:16 PM
kalau 10kg pun baru rm1....hurmmm....
Quote PICes_Boy 17-12-2014 02:19 PM
kesian mak cik ni..mmg kesian..tp maaf ckp..anak2 nya sihat2 btul..cukup makannya..
Quote redz85 17-12-2014 02:21 PM
anak dia yang gemuk tu baru 20 tahun.. anak dah 4 tahun.. haiiiii dikk patut nya dulu kau habis kan sekolah.. mungkin sekarang kau tokey bawang
Quote melia_star 17-12-2014 02:21 PM
melampaunya lah pun org yg mengupah kopek bwg neh...x bleh ke kasi lebih sket sedekah kt org miskin....pahala dpt berganda....bisnes insyaallah maju.....

wallahualam....
Quote redz85 17-12-2014 02:23 PM
melia_star posted on 17-12-2014 02:21 PM
melampaunya lah pun org yg mengupah kopek bwg neh...x bleh ke kasi lebih sket sedekah kt org miskin. ...

menantu dia tu buat apa? setakat pungut buah?
Quote prettyuglybabe 17-12-2014 02:48 PM
seposen aje? astaga.. kejamnya tokeh bawang

tapi susah-susah pun, syukur anaknya cukup makan
sampai terlebih-lebih
Quote snipersnake 17-12-2014 02:49 PM
mesti acik nih menikah masa dia form 3
Quote sekngucing 17-12-2014 02:49 PM
pakcik aku masa tahun awal 90an pernah upah aku dan adik2
kupas kulit bawang, rm 5 splastik, ada la dlm 2 kilo rasanya
tang bawang putih tu yg sakit tangan, bengkak woo
Quote chaintea 17-12-2014 02:53 PM
mcm berita lama je

dulu pon cmni gak..
org dok tgk anak2nya yg sihat walafiat itu
Quote pearl.silver 17-12-2014 03:04 PM
penah baca berita yg mak kena tinggal ank2..
ngadu kat sokabar die keja kupas bawang je nk sara hidup..
upah lebih kurang gini gk..
sampai hitam2 jari makcik tu kena getah bawang hari2...
Quote jazaa 17-12-2014 07:25 PM
pearl.silver posted on 17-12-2014 03:04 PM
penah baca berita yg mak kena tinggal ank2..
ngadu kat sokabar die keja kupas bawang je nk sara hid ...

Tu kat kedah...

Mcik tua..umor 70lebih kott.

Quote MissNigga 17-12-2014 07:45 PM
pompuan pompuan malaysia kena ambik ikhtibar dari kisah hidup mocik nie ...
kawin ngan lelaki indon.... last2 lelaki indon lik indonesia ...
biler balik tu .. cerai dah dilapaskan ker tak?
balik cam tu jer.. habis tu... tanggung jawab ke atas anak ditinggalkan cam tu jer????
Quote sayawifenikmie 17-12-2014 08:39 PM


sampai hati sungguh ...........
Quote FOTHER-MUCKER 17-12-2014 08:51 PM
Tangkal jering betulah.
Quote zorrro_03 17-12-2014 09:46 PM
Zalimnya majikan beliau.   
Quote noor2 17-12-2014 09:48 PM
Semua bambam.....

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.105928 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top