DAP Perlu Terima Hudud Atas Semangat Demokrasi - PAS
DAP perlu menghormati semangat demokrasi termasuk menerima keputusan suara majoriti jika usul Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 dibawa ke Dewan Rakyat, selewat-lewatnya akhir tahun ini. Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata DAP tidak boleh menghalang usaha Pas membawa usul itu untuk diluluskan di Parlimen kerana ia adalah hak demokrasi yang perlu dihormati oleh semua pihak.
"Saya (Pas) tidak boleh minta PR gugurkan prinsip demokrasi dan saya tidak boleh minta gugurkan konsep demokrasi. "Semua itu kerana kembali kepada proses demokrasi termasuk di Kelantan (laksana hudud)," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang memberi amaran kepada pimpinan PR supaya bertegas untuk tidak melaksanakan hukum hudud di negara ini jika menang pada PRU14. Guan Eng juga menegaskan kepimpinan PR perlu menyatakan pendirian yang jelas dan tegas dalam hal tersebut bagi memenuhi aspirasi pengundi khususnya dari Sabah dan Sarawak. Mengulas lanjut, Mahfuz bagaimanapun berkata Pas juga perlu akur kepada prinsip demokrasi jika usul hudud itu tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen. "Pas hormati semangat demokrasi, Pas akur kepada keputusan demokrasi mengikut keputusan undian dalam Parlimen. "Pas juga kena ikut suara majoriti, kalau Jawatankuasa Teknikal memutuskan pindaan itu akan dibawa kerajaan pusat, maka terpulang. "Semua ahli Parlimen bebas buat pendirian, kalau pendirian mereka menolak pelaksanaan hudud, saya kena terima," ujarnya. Beliau menegaskan Pas akan terus mempertahankan semangat demokrasi dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak guna cara yang salah. "Demokrasi kena dipertahankan, kita tidak boleh paksa (DAP sokong hudud) dan melalui pintu belakang. "Pas berpegang kepada konsep demokrasi, tetapi jangan halang Pas buat (hudud) ke Parlimen, kena ikut demokrasi," katanya lagi. |
PAS pernah keluar dari Barisan Alternatif pada tahun 2001
|
|
|
|
uniq61 posted on 19-12-2014 05:58 PM
KENA TAHU SEJARAH ISLAM TENTANG PERLAKSANAAN HUDUD..DAN SIAPA YANG LAYAK JADI HAKIM.
dess402 posted on 25-12-2014 08:48 AM
kan . setakat berpuloh tahun ini , tidak ada satu hujah pun
yg bersandar kepada agama bagi ...
koliba posted on 25-12-2014 03:13 PM
Johan bercakap bohong adalah anwar ibrahim dan pkr
bohong tentang 16 september
uniq61 replied at 16-12-2014 04:58 PM
MCA Keluar BN Jika Kelantan Laksana Hudud?Betulkah MCA mengugut akan keluar Barisan Nasional sek ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-4-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.065247 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.