CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Vanidah Imran 'Larikan' Buku Cek, Zed Zedi Report Polis

22-12-2014 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 42727| Komen: 256

Description: Zed Berkata, Tindakan Tersebut Dilakukan Selepas Beberapa Kali Memberi Amaran Kepada Pelakon Itu Agar Memberi Kerjasama. Katanya, Vanidah Bukan Sahaja Tidak Mahu Menandatangani Cek Tersebut, Malah Mem ...
Vanidah Imran 'Larikan' Buku Cek, Zed Zedi Report Polis


Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis pada Jumaat selepas kehilangan buku cek yang diberi tanggungjawab terhadap bendahari persatuan iaitu aktres Vanidah Imran.

Presidennya, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, kehilangan buku cek tersebut menyukarkan Seniman untuk menjalankan aktiviti serta membuat sumbangan kebajikan.

"Saya melaporkan kehilangan buku cek persatuan yang dibawa keluar daripada pejabat oleh bendahari iaitu Vanidah Imran sejak memegang jawatan tersebut September lalu.

"Dia membawa pulang dan langsung tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan duit bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Zed ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati di sini pada Jumaat berhubung kejadian itu.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden Seniman iaitu Zack (Kool) , Setiausaha Kehormat, Zahrin Ishak dan Penolong Setiausaha Rena Tan.

Menurut Zed, dia akan menyerahkan laporan polis tersebut kepada pihak bank bagi menggugurkan nama pelakon tersebut dan mengeluarkan buku cek baharu. Malah, satu mesyuarat undi tidak percaya akan dilakukan tahun depan terhadap aktres tersebut.

"Sekarang kita mahu bank gugurkan nama Vanidah sebagai salah seorang yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran duit persatuan.

"Kita juga akan usulkan perkara ini dalam mesyuarat untuk membuat undi tidak percaya kepada dia," katanya.

Zed berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas beberapa kali memberi amaran kepada pelakon itu agar memberi kerjasama. Katanya, Vanidah bukan sahaja tidak mahu menandatangani cek tersebut, malah meminta persatuan mengeluarkan surat kepadanya terlebih dahulu.

"Dia tidak tahu apa tugas dia sebagai bendahari dan meminta persatuan untuk keluarkan surat untuk dia tandatangan buku cek tersebut.

"Apa yang dia lakukan telah menjejaskan perjalanan persatuan ini. Malah persatuan terpaksa berhutang sebanyak RM22,000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat dan gaji pekerja akibat tindakannya," ujarnya.

Tambah Zed lebih dikesalkan apabila persatuan tidak dapat mengeluarkan wang sumbangan kepada bekas presiden iaitu Allahyarham Mustapha Maarof yang meninggal dunia pada 15 Disember lalu.

"Kita buat aktiviti sebelum ini atas duit tajaan beberapa pihak cuma saya terkilan tidak dapat beri sumbangan kepada Allahyarham Datuk Mustapha yang banyak berjasa kepada persatuan.

"Kalau dia tidak mahu jawatan itu lebih baik letak sahaja jawatan beri pada yang benar-benar mahu bekerja," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 19-12-2014 05:10 PM
polisss
tangkap vahidah
Quote Syd 19-12-2014 05:10 PM
@encikWawad
tak buat kije laa neh..

kesian Jed Return Of the Jedi ke hulu ke hilir sensorang
Quote qqOfficial 19-12-2014 05:14 PM
Syd posted on 19-12-2014 05:10 PM
@encikWawad
tak buat kije laa neh..

alaaaa....abis tercemar nama kak vee...  dia ni kan macam baik je...suci tulus mulus...  heheee..
Quote Syd 19-12-2014 05:18 PM
qqOfficial posted on 19-12-2014 05:14 PM
alaaaa....abis tercemar nama kak vee...  dia ni kan macam baik je...suci tulus mulus...  heheee..
...

tak ker ada sesuatu
kalu dah libatkan report polis bagai etc

harap kembali ke pangkal jalan


Quote prettyuglybabe 19-12-2014 05:21 PM
aik.. dia jadi president balik ke? ketinggalannya aku

strictnya vanidah.. tiap kali nak issue cheque kena tulis surat
kalu vanidah tak nak sign, apa guna timbalan bendahari?
Quote owhgee 19-12-2014 05:23 PM
Yekeeeeee, mesti ada sebab nih. Mohon vanidah keluarkan kenyataan plssss.
Quote mawarika 19-12-2014 05:26 PM
Vee ni tegas skit orgnya. Apa2 kita dgr komen vee dulu ye.
Quote fcl29 19-12-2014 05:26 PM
betul la tu.. kalo melibatkan duit yg bnyk, haruslah buat paperwork... kalo amount sikit, amek aje dr peti cash... ntah2 dorg ni pakai mintak aje duitnya.. tp kalo utk byr duit sewa bagai xperlu kot tandatangan bagai... ke cane ntah pengurusan syarikat... lu orang lagi hebat
Quote matsyeh 19-12-2014 05:27 PM
Mungkin dia berhati2 bila time mesyuarat agung nanti sebab bendahari akan bentang penyata akaun, kalau ada surat senang sikit dia nak jawab.
Quote mat_arof 19-12-2014 05:27 PM
Vanidah

Habislah nanti polis datang cari
Kena gari tangan
Quote mixed 19-12-2014 05:34 PM
peerrrrgh biar betul
Quote RUZANA 19-12-2014 05:46 PM
Vee sbg bendahari dia mmg kenalah tegas..setiap pengeluaran duit kena paperwork sbg buktikan?bukan susah pun buat je paper work serahkan je..setakat lisan xda hitam putih nnt apa2 hal vee yg tanggung jgk..apa pun tunggu sajalh kenyataan dr vee..
Quote alyafea 19-12-2014 05:48 PM
Tp rsnya mmg btl kot kna mntk surat kuarkn duit .. Nnt klu ada yg pecah amanah vanidah yg kna tanggung .. Klu ada surat br la ada bukti duit tu gi mana ...
Quote maxim 19-12-2014 05:53 PM
tggu la vanidah snirik jawab
Quote hotzzplate 19-12-2014 06:00 PM
bagus vee xkuarkan cek atas sebab xde black & white..yela, membuta tuli nak sign cek nk watpe..bodoh betul la zed jedee nih....xpasal2 nnti vee yg kena...

lagi 1 pekerja2 tu xwat keje laa..surat pon xleh wat..pehal....bgus vee ni, tegas..
Quote qqOfficial 19-12-2014 06:02 PM
Kalau betullah kene buat paperwork bagai kalo nak keluarkan duit, Takkan si jed jedi ni taktau s.o.p pengeluaran duit dr bendahari atau proses keluaran duit yg dr bendahari...dia kan presiden...  ermm... ni sampai buat report bagai...

kak Vee sila jawab.......   meolss adalah peminat kak vee..  huhuu...
Quote selayaknyalah 19-12-2014 06:03 PM
RUZANA posted on 19-12-2014 05:46 PM
Vee sbg bendahari dia mmg kenalah tegas..setiap pengeluaran duit kena paperwork sbg buktikan?bukan s ...

ayork....semua benda nk report polis...tp betol jgk kate ko kaka ruzana...kena la ade paper works...kalau kuarkan buta gitu jek karang kate pecah amanah pulak....kalau xkuarkan paperwork..kena ade bukti la duit tu keluar utk ape....
Quote daiman 19-12-2014 06:05 PM
tak penah aku tak dengar seniman club ni tak de masalah... memang malang betul
Quote RUZANA 19-12-2014 06:10 PM
selayaknyalah posted on 19-12-2014 06:03 PM
ayork....semua benda nk report polis...tp betol jgk kate ko kaka ruzana...kena la ade paper works. ...


Huiiii...bab duit ni jgn main2..lagi2 bendahari kan?duit tu amanah persatuan so mana boleh suka suki keluarkan tanpa ada hitam putih..zed kata vee mintak paper work/voucher..betulla cara vee tu...kalau ada audit bukti sedia ada..laporan kewangan yg dbentangkan nnt lengkapla keluar masuk duit tu..dr mana masuk..keluar utk apa..xda bukti vee jgk kena..pndpt ai la..ni masalah presiden yg xtaw prosedur..takat keluar air liur je pandai.. Last edited by RUZANA on 19-12-2014 06:21 PM

Lihat semua komen(256)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.061486 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top