CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Mlm 2014: Saya Cukup Kecewa Dengan Komen Fazura – Ropie Comey

24-12-2014 12:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27205| Komen: 99

Description: “Saya Tidak Nafikan, Komen Yang Diberikan Oleh Datuk Jalaluddin Hassan Dan Farah Quinn Mungkin Boleh Menyelematkan Kedudukan Comey. Setiap Persembahan Kami Ada Mesej Tersendiri Dan Bukan Hanya Buat L ...
Mlm 2014: Saya Cukup Kecewa Dengan Komen Fazura – Ropie Comey


Pelawak, Ropie akui terkilan dengan komen berat sebelah yang diberikan oleh Fazura terhadap kumpulan Comey di minggu keenam MLM sedangkan idea dan persembahan  mereka bukan hanya ‘tangkap muat’.

Menurut Ropie, komen Fazura mengenai lagu yang tidak bersesuaian dengan persembahan memberi sedikit impak kepada undian kumpulan Comey sehingga diumumkan sebagai kumpulan yang tersingkir.

“Secara jujurnya saya kecewa dengan komen yang diberikan oleh Fazura kerana kami berusaha untuk fikirkan idea yang menarik untuk persembahan di minggu ‘Muzikal’. Malah lebih terkilan apabila Fazura hanya beri kami dua bintang sehingga menjejaskan undian yang diterima oleh Comey.

“Sebenarnya persembahan kami bukan semata-mata untuk buat lawak sahaja, ada mesej disebalik pemilihan lagu. Bila Fazura cakap lagu tidak bersesuaian dengan persembahan, rasanya seperti tidak adil buat kami.


“Ya memang kami gunakan lagu-lagu baru tetapi bukan hanya kumpulan Comey sahaja. Ada juga kumpulan-kumpulan lain turut guna lagu-lagu baru seperti kami. Jadi bila Fazura beri komen demikian saya rasa macam itu sesuatu yang sangat mengecewakan sedangkan Dato’ Ac Mizal sendiri turut beri pujian dengan persembahan dan juga pemilihan lagu kami yang sesuai,” ujar Ropie dengan nada kecewa kepada Astro Gempak.

Tambah Ropie, ramai di antara peminat di laman Facebook dan Twitter meluahkan rasa terkejut dan kecewa selepas kumpulan Comey terpaksa meninggalkan pentas MLM sedang persembahan mereka semakin konsisten dari minggu ke  minggu.

“Ramai juga yang jumpa saya luahkan rasa kecewa apabila kumpulan Comey tersingkir. Tapi nak buat macam mana semuanya terletak pada undian juga markah daripada barisan pihak juri. Mungkin rezeki kami hanya di minggu keenam.

“Insya Allah tahun hadapan Comey akan kembali dan kami sedang merancang beberapa strategi dan idea baru untuk MLM,” jelas Ropie lagi.

Dalam pada itu, Ropie tidak menolak jika komen Datuk Jalaluddin Hassan atau Farah Quinn mungkin memberi sedikit peluang untuk mereka terus kekal berada di pentas MLM.

“Saya tidak nafikan, komen yang diberikan oleh Datuk Jalaluddin Hassan dan Farah Quinn mungkin boleh menyelematkan kedudukan Comey. Setiap persembahan kami ada mesej tersendiri dan bukan hanya buat lawak semata-mata.

“Apabila terima komen dan bintang yang terima sedikit, saya rasa memang boleh buat undian jadi rendah sehingga tersingkir. Apa pun terima kasih kepada pihak barisan juri dan para penonton yang tidak putus-putus memberi sokongan dan sanggup mengundi kami sehingga mampu kekal di minggu keenam.

“Mungkin bukan rezeki kami untuk terus berada di pentas MLM untuk edisi kali ini,” tambah Ropie mengakhiri perbualan.


Bagus
3

Marah
2

Terkejut

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissQwerty 22-12-2014 08:29 PM
Aku pun rasa yg sama. Kump comey xdekla teruk mlm tu. At keast kasila 3bntang.f
Quote no_el 22-12-2014 08:33 PM
Aku setuju je ngan fazura
xlawak mana pun kump. ni
Quote dauswq 22-12-2014 08:41 PM
selayaknyalah
Quote cruz2 22-12-2014 08:46 PM
Comey ni utk jadi juara MLM2014 macam tak la..tapi utk terkeluar minggu lepas tu macam terkejut jugak sebab ada yg lagi
layak utk dikeluarkan dahulu..contohnya kump.shake tu..
Quote ellZack 22-12-2014 08:48 PM
Jadi, siapa sepatutnya yang keluar pada pandangan comey? Virus? :lol
Quote AMDTurion 22-12-2014 08:59 PM
Dah kuar nak wat camne. Bukan ramai yg undi kumpulan tuh. Virus xuma harapkan populariti jer.
Quote feedback99 22-12-2014 09:04 PM
sepahtu gak yang best
Quote hussycancer 22-12-2014 09:44 PM
Ala klu xleh trima kritikan xpayah la msk bertanding..lgpon bkn fazura sorg bg markah..juri2 lain pon bg markah gak..klu stakat nk dgr puji2an jek ptt msk AF kot
Quote satusembilan 22-12-2014 09:57 PM
mmg tak best pun lawak comey minggu muzikal komedi
Quote eyrA622 22-12-2014 10:23 PM
Comey mmg tak best pun minggu lps..terima jerlah dh tersingkir
Quote Orix 22-12-2014 10:54 PM
hussycancer posted on 22-12-2014 09:44 PM
Ala klu xleh trima kritikan xpayah la msk bertanding..lgpon bkn fazura sorg bg markah..juri2 lain po ...

AF sekarang hencapan lg byak dr puji2an chuol. lg2 bile bung ramli jd pengkritik...
Quote LembingDayanti 22-12-2014 10:57 PM
yg sedara mara aku dok bising adalah pasal group zizan tu (tak tau nama sebab aku tak follow). dia org kata walaupun bosan juri tetap puji melambung group zizan like wtffff hahahaha
Quote mohdael 22-12-2014 11:40 PM
Shake n virus lawak ke?
Quote 311gurl 22-12-2014 11:40 PM
Ya ampun comey mmg nak masuk Mlm smpai ada
Peluang jadi juara ke?

Sedih agt ni

Dah lawak kau tak fresh..terima je la..
Lagipun if fanbase kuat,Faz tak bagi bintang lamgsung pun ada peluang kau tak disingkirkan sbb undi brgelen2
Masuk
Quote mizzmimi 22-12-2014 11:47 PM
Bukan mlm based on undi ker? Komen pajura jugak ko salahkan, kelakarnya idok. Next kumpul orang undi ko yer comey.. Olololo..
Quote happydot 23-12-2014 12:11 AM
MLM xde la best sgt... byk kumpulan yg buat joke bodoh aka slapstik jokes - hanya harap pd stail dressing yg dipakai or pergerakan terjatuh la terpukul la etc  & joke double meaning yg ntah apa2.... Jenis yg perasan lucu sendiri pun ada (dia buat joke, dia yg gelak dulu...sedangkan org lain yg dgr terpinga2 tak paham apa yg lucu...).

Susah nak jumpa pelawak yg betul2 lawak di M'sia ni. Ada tapi seorg dua jer.... yg stail lawaknya lucu coz isi yg nak disampaikan tu ada makna tapi masih kelakar...  yg xperlu nak buat gerakan badan yg melebih2 utk melawak...yg xperlu guna double meaning yg pelik2....  yg bila melawak, selamber jer cam takde apa2 tapi still boleh buat pendengar ketawa.
Quote aireen24 23-12-2014 12:18 AM
Kumpulan zero mlm tu pun kena cam comey...juri x faham lawak yg disampaikan. Sedangkan lagi best dr nabil..
Quote cupu 23-12-2014 12:21 AM
xbest pun..dah la pakaian xsenonoh..xyah nak kecewa dgn komen juri.betol dh tu..nasib bg dua.klu aku bg satu jer...hehe
paling tgi nk bg pun 4jer..5 xyah mimpi..nant syok berangan jer semua.
Quote Kangkung1M 23-12-2014 12:27 AM
LembingDayanti posted on 22-12-2014 10:57 AM
yg sedara mara aku dok bising adalah pasal group zizan tu (tak tau nama sebab aku tak follow). dia o ...

sebab...penaja utama MLM adalah kitkat, dan zizan ialah duta kitkat m'sia....so haruslah juri beri pujian melangit & markah bombastic kt kump tu walaupon persembahan dorang haktuih!!!


Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.074878 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top