CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Isteri Chef Riz, Shikin Maembong Hamil Dua Minggu

29-12-2014 03:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 121707| Komen: 526

Description: "Memandangkan kami menjalani perniagaan bersama, maka agak susahlah nak berenggang. Rasa seronok dan apatah lagi berita gembira mengenai kehamilan Shikin membuatkan hidup kami lebih bermakna," tut ...
Isteri Chef Riz, Shikin Maembong Hamil Dua Minggu

PETALING JAYA: Cef Riz meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Shikin Maembong, 31, kini sedang mengandung dua minggu selepas bernikah pada 5 Disember lalu.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, menyifatkan ia sebagai satu rezeki besar buat keluarganya kerana dia tidak menyangka isterinya hamil dalam masa terdekat.

"Pada minggu lalu, Shikin sering tidak sihat, lemah dan kerap muntah. Hati saya terdetik juga adakah dia mungkin mengandung. Apabila membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan dia mengandung.

"Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tetapi tak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah perkahwinan kami masih baru lagi. Apa-apapun, ini rezeki yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah, syukur," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.


Tambah Chef Riz, berita gembira itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk bekerja bagi membuat persiapan kelahiran anak sulungnya nanti.
Anak kepada Datuk Chef Wan itu turut berharap kandungan tersebut adalah anak lelaki, namun tidak kisah sekiranya dikurniakan anak perempuan.

Sementara itu, Chef Riz berkata, sejak mendirikan rumah tangga pada 5 Disember lalu di Bora Ombak, Ampang, dekat sini, dia dapat merasakan perubahan dalam kehidupannya yang semakin terurus.

"Alhamdulillah, daripada segi jadual kerja, makan dan pakai semuanya isteri yang uruskan dan ia membuatkan susun atur aktiviti  harian saya lebih mudah.

"Memandangkan kami menjalani perniagaan bersama, maka agak susahlah nak berenggang. Rasa seronok dan apatah lagi berita gembira mengenai kehamilan Shikin membuatkan hidup kami lebih bermakna," tuturnya.

Shikin merupakan anak kepada pelukis terkenal tanah air, Ismail Embong dan kakak kepada aktres Emma Maembong.

Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012.




Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaogi 29-12-2014 01:30 PM
Bila masa kawin ni....tak tau pun....

Apa2 pun tahniah lah yea....
Quote misskitty 29-12-2014 01:33 PM
tahniah!
Quote cmf_blingblings 29-12-2014 01:33 PM
gossip dlm paper tu harap2 bukan depalah
Quote tapibukanaku 29-12-2014 01:36 PM
cmf_blingblings replied at 29-12-2014 01:33 PM
gossip dlm paper tu harap2 bukan depalah

gossip apa uols?
Quote Lavender_Violet 29-12-2014 01:37 PM
Shikin ni mmg tua banyak dari Chef Riz ke?

Nampak mcm kakak2 pada Chef Riz
Quote cmf_blingblings 29-12-2014 01:37 PM

yg kahwin express tu
Quote Munnalicious 29-12-2014 01:38 PM
Tahniah diucapkan.
Quote GhostWalking 29-12-2014 01:42 PM

kahwin express nape kaka
Quote tapibukanaku 29-12-2014 01:43 PM

owh mintak2 bukan lah depa tu
Quote GhostWalking 29-12-2014 01:45 PM
chuols semalam chuols reply msg kat thread, iols sampai ke sudah tak jumpa nak baca tau kat sebelah.sori OT
Quote makton 29-12-2014 01:47 PM
tahniah..... dpt baby lps raya. best2!!
Quote tapibukanaku 29-12-2014 01:49 PM
GhostWalking replied at 29-12-2014 01:45 PM
chuols semalam chuols reply msg kat thread, iols sampai ke sudah tak jumpa nak baca tau kat sebelah. ...

itu lah. iols reply komen uols. tapi uols tak reply semula pun. ingatkan da dibawa arus banjir..
Quote Syd 29-12-2014 01:51 PM
advance skrg ek..
dua minggu nak tahu

tahun depan, dua hari pung orang dah tau peknen

Quote tapibukanaku 29-12-2014 01:51 PM
Syd replied at 29-12-2014 01:51 PM
advance skrg ek..
dua minggu nak tahu

tahun 2015 nanti belum peknen da tau tarikh due..
Quote de_ikea 29-12-2014 01:52 PM
Tahniahhh. Nnt kuarlah pregnancy calculator versi shikin
Quote GhostWalking 29-12-2014 01:53 PM
tapibukanaku replied at 29-12-2014 05:49 AM
itu lah. iols reply komen uols. tapi uols tak reply semula pun. ingatkan da dibawa arus banjir..:l ...

iols click nak cari komen uols(guna fon semalam)mencarik iols takde nampak komennyasorry
Quote GhostWalking 29-12-2014 01:53 PM
Syd replied at 29-12-2014 05:51 AM
advance skrg ek..
dua minggu nak tahu

bukan ke heols ni heshe Syd
Quote GhostWalking 29-12-2014 01:54 PM
Syd replied at 29-12-2014 05:51 AM
advance skrg ek..
dua minggu nak tahu

bukan ke heols ni heshe Syd
Quote mahalnya 29-12-2014 01:55 PM
tahniahla chef riz...sharp shooter gituh

Lihat semua komen(526)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.180951 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top